Tuesday, September 04, 2018

Najib Cabar KERAjaan PH Tubuh S/Siasatan Diraja, Buktikan RM16B Hilang.


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kehilangan wang tuntutan bayaran balik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM16 bilion. 

Menerusi entrinya Facebooknya hari ini, Najib berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seolah-olah mengaku tidak faham sistem perakaunan kerajaan apabila mendakwa wang tuntutan balik LHDN sebanyak RM16 bilion masih ‘hilang’. Katanya, bukan semua tuntutan balik kepada LHDN oleh pembayar cukai semestinya diluluskan serta-merta kerana perlu diaudit untuk kesahihan mengikut undang-undang oleh lembaga percukaian tersebut. 

“Berhentilah mahu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lama oleh kerana kelemahan pentadbiran sendiri. 
“Lebih baik jika prosiding Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) atau RCI diadakan secara telus untuk mencari kebenaran. Ini soal RM35.4 bilion termasuk RM19.4 bilion cukai jualan dan perkhidmatan (GST)). Takkan isu ini tidak layak dijalankan RCI ataupun PAC untuk mencari kebenaran secara telus,” katanya. 

Guan Eng semalam memberitahu, sebanyak RM16 bilion cukai yang tidak dibayar balik tetap hilang daripada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) sama ada kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai terubah atau sistem akruan. Sementara itu, Najib berkata, mengikut penyata akaun Akauntan Negara bagi akhir 2017, kedudukan kumpulan wang disatukan kerajaan pusat adalah sebanyak RM42.184 bilion (2016: RM39.37 bilion) iaitu RM18.064 bilion dalam bentuk wang tunai dan simpanan tetap (FD) jangka pendek dan RM24.12 bilion dalam Pelaburan Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am. 

Katanya, fakta-fakta itu boleh diakses Guan Eng memandangkan beliau adalah Menteri Kewangan. “Saya juga tidak faham mengapa Guan Eng perlu masa tiga bulan setengah untuk menyedari bahawa RM16 bilion wang LHDN sudah ‘hilang’ dan hanya membangkitkan isu ini selepas menyedari bahawa kerajaannya sudah berkurangan hasil sebanyak RM31 bilion oleh kerana tiga bulan pengecualian cukai dan pungutan hasil SST bakal jauh lebih rendah dari GST. 

“Besar kemungkinan kerajaan PH sudah menggunakan sebahagian besar dari kumpulan wang disatukan sebanyak RM42.184 bilion yang kerajaan BN tinggalkan bagi menampung kerugian atau kelompongan ketika tax holiday dan kini mahu menuding jari dan mempersalahkan kerajaan BN dahulu,” tegasnya.  – UTUSAN

19 comments:

ted manoff said...

Siasatan diraja isu forex yg dibuat najib gagal kaitkn tun@tiada bukti tun terbabit..tiada sapa pedulikn najib lagii..kwn pun ramai dh cabut,najib dh xde keuntungan pun pada umno..cuma pas saja yg terhutang budi atas pemberian 90 juta oleh najib..pokoknya apa yg dikata najib udah xpenting lagii..

ted manoff said...

Bekas wakil rakyat pas selangor ditahan sprm kes beri projek pada syarikat ank sendiri..nasib baik pas selangor klh pru14 lalu klau tk tuan ibnu masih anggap pas parti suci bebas rasuah..

Anonymous said...

Astro Awani ☰

BERITA | MALAYSIA
RM16.04 bilion cukai tidak dikembalikan, LHDN sahkan kenyataan Guan Eng
Sinar Harian | Published Ogos 24, 2018 20:23 MYT
SABIN: Penangguhan bayaran balik cukai terlebih bayar ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan dalam TBBC yang tidak mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA
SABIN: Penangguhan bayaran balik cukai terlebih bayar ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan dalam TBBC yang tidak mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia mengesahkan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa terdapat kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, sehingga 31 Mei 2018, baki berjumlah RM16.04 bilion masih belum dibayar balik kepada pembayar cukai yang tertunggak sejak lebih enam tahun lepas.

Menurutnya, ia membabitkan sebanyak 1,653,786 kes melibatkan syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

“Penangguhan bayaran balik cukai terlebih bayar ini terutamanya disebabkan oleh peruntukan dalam TBBC yang tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan LHDN, hari ini.

Anonymous said...

BERITA | MALAYSIA
'Tukar sistem perakaunan pun, cukai RM16 bilion tetap hilang' - Guan Eng
Bernama | Published September 02, 2018 19:04 MYT

GUAN ENG: Soalan penting yang harus dijawab oleh Najib ialah kenapa beliau membenarkan RM16 bilion cukai tidak dikembalikan kepada 1.65 juta pembayar cukai dalam masa yang ditetapkan mengikut undang-undang? - BERNAMA

PUTRAJAYA: : Sebanyak RM16 bilion cukai yang tidak dibayar balik tetap hilang daripada Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) sama ada kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai terubah atau sistem akruan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang disahkan Jabatan Akauntan Negara yang juga menggunakan sistem perakaunan tunai terubah, menunjukkan baki kredit yang belum dibayar balik kepada pembayar cukai adalah berjumlah RM16.046 bilion setakat 31 Mei, 2018.

"Keadaan begitu serius apabila Ketua Pengarah LHDN ada menulis surat secara rasmi kepada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada 2016, untuk meminta lebih banyak wang dipindahkan daripada Akaun Wang Yang Disatukan kepada TBBC, tetapi tidak diambil peduli olehnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 1.65 juta individu dan syarikat tidak menerima bayaran balik cukai berjumlah RM16 bilion sejak lebih enam tahun lepas.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga bekas menteri kewangan, menerusi catatan di laman Facebook beliau semalam berkata Lim tidak memahami bahawa kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai terubah dan bukan standard perakaunan akruan sebagaimana digunakan di sektor swasta.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim...aku sudah bagi jawapan kpd persoklan najib...lu baca sendiri laa..

Anonymous said...

LHDN akan semak semula 'derma' RM2.6 bilion Najib

7 Jun 2018, 9:01 malam (Dikemaskini 7 Jun 2018, 9:05 malam)

A A
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata RM2.6 bilion yang diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini tertakluk pemeriksaan lanjut.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata susulan pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull dan siasatan sedang dijalankan berhubung semua isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kedudukan cukai bagi RM2.6 bilion yang diputuskan pada 16 Feb 2016 kini tertakluk untuk pemeriksaan lanjut.

Pada 16 Feb 2016, berdasarkan pada dapatan dibuat oleh agensi itu yang ditugaskan untuk menyiasat RM2.6 bilion itu, amaun yang diterima itu didapati adalah bayaran derma dan bersifat sukarela dan dengan itu bukan bercirikan pendapatan, katanya.

Oleh itu, katanya mengikut prinsip am percukaian berhubung pembayaran secara sukarela seumpama itu, ia bukan pendapatan yang tertakluk untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Pembayaran secara sukarela mungkin berubah cirinya dan tertakluk dicukai jika ia diberikan secara berulang kali, sebagai pertimbangan bagi perkhidmatan diberikan, sebagai balasan bagi sebarang faedah dalam apa-apa bentuk atau amaun digunakan dalam kegiatan perniagaan bagi membolehkan operasi perniagaan diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini susulan perkembangan terbaru berhubung RM2.6 bilion diterima bekas perdana menteri, serta wang tunai dan barangan berharga lain yang dirampas dari kediamannya dan premis lain baru-baru ini.

Sabin berkata dalam proses menentukan punca sebenar pembayaran itu, LHDN akan bekerjasama rapat dengan semua agensi dan pasukan petugas khas yang baru dibentuk yang terlibat dalam penyiasatan berkaitan 1MDB.

Anonymous said...

Ibnu hasyim...lu tau tak wang 2.6 billion tu wang yg dirompak oleh najib dari 1 mdb yg pas puashati...

Anonymous said...

najib seharusnya membeli cukup plaster utk ditampal mulutnya setiap kali cuba nk berckp. satu2 makhluk yg paling tklayak beri cadangan apapun.

Anonymous said...

Wakil rakyat PAS ko? Padan lah tak nak sangat letak jawatan exco dan lantikan politik PR lain.

PAS keluar PR kata nya PR takda Hudud, jadi bila sendiri boleh letak Hudud. Tup tup bila jadi PIGS terbalik pulak Hudud, RUU355, Amanat Hadi pun dah buang dari Manifesto sebab taawun kingmaker dgn kafir UMNO.


Doa munajat kat Selangor minta dirobohkan Pakatan bukan Islam yang menjajah Kerajaan Selangor tapi tengok sipendoa Ahli Majlis MBSA lantikan PR makan elaun, meeting jarang hadir ikut perangai Presideng ponteng Parlimen.

Berat jugak kes rasuah jawatan ni sebiji perangai UMNO Selangor.

ted manoff said...

Perempuan plk tu..muka sebiji mcm halimah..kalau walaun tgk mesti nk jadikn bini no 5..😋😋

Mohammad Azren said...

Hehehekikikihahahakahkahkah. Muslimah Pas rasuah. Berkat ber ummph...ummph dengan Umno.. Lagi satu , habaq kat NAJIB, takkan 3 tahun audit tak habis. Apa punya bangang ibnu penjilat buah pelir Najib. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Seperti biasa barua-barua ternakan abang besar biaDAP meroyan histeria menulis komen bodoh berganda-ganda untuk membela KERAjaan pakatun dengan menfitnah pihak lawan seperti PAS dan UMNO dengan pelbagai dakwaan karut marut tanpa sebarang bukti. Pakatun sudah muflis prinsip moral dan kewarasan!

Ini jelas membuktikan barua-barua ternakan abang besar biaDAP meletakkan otak mereka pada lutut mereka sendiri dan selipar Jepun di atas kepala mereka.

Mohammad Azren said...

Inilah hasil PAS bercemolot dengan UMNO. PAS terpalit dengan rasuah. PAS UDAH UPGRADE tika kini.Kalau MUSLIMAH pun berani songlap, apatah lagi MUSLIMAT. @ MUSIBAT. Hehehekikikihahahakahkahkah

Mohammad Azren said...

Orang Tua-tua ada memberi pesan. Berhati-hati dalam memilih kawan. Kawan dengan PH dapat jadi MENTERI. kawan dengan UMNO silap hari bulan dapat GARI. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Syaitan Azren,

Dari dulu hingga sekarang barua-barua ternakan abang besar biaDAP seperti kamu telah menulis pelbagai komen yang mengandungi pelbagai dakwaan karut marut tanpa sebarang bukti untuk menfitnah dan menghina parti Islam PAS kerana kamu semua dan abang besar biaDAP yang amat bencikan Islam dan umat Islam.

Kamu menyondol dedak cap roket maka kamu adalah setaraf dengan babi ternakan abang besar biaDAP. Sebab itulah kamu buta, pekak dan dungu !

Anonymous said...

Orang Tua-tua ada memberi pesan. Berhati-hati dalam memilih kawan. Kawan dengan pH dapat pelabagai janji palsu, putar belit, u-turn dan kencing manis.

kawan dengan pH silap hari bulan masuk neraka kerana pH telah menentang dan menghina Islam dan menafikan hak umat Islam. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Orang Tua-tua ada memberi pesan. Berhati-hati dalam memilih kawan. Kawan dengan lebai kulup biaDAP dapat jadi penyamun. kawan dengan lebai kulup biaDAP silap hari bulan dapat GARI.

Tunggu selepas PRU15, KERAjaan pakatun tumbang dan lebai kulup masuk penjara bersama dengan kroni-kroninya! Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Seronok ted manoff dan rakan2 fitnah pas taburlah fitnah tu selagi boleh tapi jangan lupa bertaubat dan mohon maaf pada mangsa fitnah. Allah maha pengampun kamu jangan lupa pulak bagi tahu pada kawan2 penyebar fitnah sekali jugak pada yg kafir masuklah islam sungguhnya kalau mereka masuk islam umpama kain putih suci tiada dosa tapi dah islam kena beramallah ok ted dan rakan2 fitnah2 jugak tapi jangan lupa diri pulak sampay lupa nak bertaubat.

Anonymous said...

Mohammad azren nnti kalau dah puas fitnah caci kutuk dan apa lagi atau kalau bila ph dah taknak kau lagi dan dedak pun nnt ph tak bagi jangan lupa bertaubat ajak kawan2 pengfitnah sekali sama2 bertaubat dan mohon ampun pada yg difitnah. Betul ke tak kamu sendiri pun tak tahu sebab sebar fitnah yg penting jangan lupa taubat dan mohon ampun sekali. Lagi satu ajak sekali yg bukan islam masuk islam moga kita sama2 kejannah ameeen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails