Monday, September 03, 2018

Pagi Ini, 2 Lesbian Disebat Di K/T'ganu..



K/TERENGGANU, 22 Zulhijjah 1439H, Isnin – Kira-kira 100 orang hari ini berkumpul di luar kamar Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengikuti hukuman sebat terhadap dua lesbian yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis, baru-baru ini.

Pada masa sama ratusan lagi turut berkumpul di luar kompleks Jabatan Kehakiman Syariah di Jalan Sultan Mohammad di sini untuk mengetahui sendiri hukuman yang dijalankan di dalam dewan bicara 2 Mahkamah Tinggi Syariah.


Kes ini menjadi tumpuan berikutan ia adalah hukuman sebat pertama yang akan dilaksanakan bagi kesalahan hubungan sejenis sesama wanita atau lesbian di Malaysia.


Ismaweb.net turut berada di Kuala Terengganu untuk membuat liputan mengenai kes ini. Terus bersama kami untuk berita selanjutnya.



Ini gambar 2 wanita yang mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis menjalani hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini pada Isnin.
Hukuman dijalankan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail dengan disaksikan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun.
Kedua-dua pesalah masing-masing berusia 22 dan 23 tahun menjalani hukuman sebat enam kali seorang dengan disaksikan kira-kira 100 orang.
Ia adalah sebatan di khalayak umum pertama kali dilakukan di negeri ini.
Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan pada pukul 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.
Video Player
00:00
00:48

8 comments:

Anonymous said...

Ada juga faedah siar berita camni....

Paul Baggio said...

Puak Liberal Pakatan Hopless dan NGO LGBT mesti marah sakan ni!!

Anonymous said...

Boleh ibnu sahkan wanita lesbian ditangkap semasa pas perintah?..

Yg pasti undang2 ini dibuat di zaman umno bukan zaman pas...

Anonymous said...

Nasib baik ade pas...umno dan paul tak boleh diharap langsung..

Enti PAS BODO said...

Berita terbaru MCA kecam pas yg gunakam isu lgbt...tapi mvm mana lobai pas terhegeh2 nak kerjasama dgn mca yg anti pas?...pas ni nunafik sebenarnye..

andah said...

Anon 11:47. Anda mungkin ketinggalan bas. Undang2 tsb dibuat dan diluluskan semasa TGHA mmenjadi menteri besar dan diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan.Oleh kerana PAS tewas pd PRU bberikut undang2 tsb tidak dijalankan oeh kerajaan BN.Buat research dulu, sebelum komen nanti terserlah kobodohan kita.

Anonymous said...

cubaan melakukn hubungan? mcmana tu. dihukum jg ye.

hukuman tu betul2 ikut islam atau sipi mcm 355?

sat lg adalah walaun jwb ni ternakan dap menentang hukum islam. lain ditanya lain dijwb. khawarij syiah memang begitu. islam terpilih2.

Anonymous said...

lgbt tu alat saja bg walaun utk jatuhkn kerajaan islam ph. tnpa lgbt walaun tkde isu nk cari pasal. isu penyelewengan tksentuh sebb sama2 mentekedarah najis dedak.

walaun patut terimakasih pd lgbt. blh buat modal utk rampas kuasa demi nafsu khawarij syiah takfiri hadi n geng.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails