Saturday, September 08, 2018

K'jaan PH Khianati B40 - MTUC. Undi PAS Hari Ini..


SETIAUSAHA Agung MTUC, J Solomon, menyifatkan kerajaan mengkhianati golongan berpendapatan rendah atau B40 dalam menetapkan kadar gaji minimum. - Arkib NSTP


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menzahirkan kekecewaan dengan kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,050 atau RM5.05 sejam bagi seluruh negara, yang diumumkan kerajaan, hari ini.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, menyifatkan kerajaan mengkhianati golongan berpendapatan rendah atau B40 dalam menetapkan kadar gaji minimum itu, dan terus memanjakan golongan peniaga.
Katanya, kenaikan sebanyak RM50 daripada RM1,000 adalah terlalu sedikit bagi golongan buruh di Semenanjung, manakala kenaikan RM130 bagi Sabah dan Sarawak pula tidak membawa kadar gaji minimum untuk lebih tinggi berbanding paras kemiskinan di Sabah, iaitu RM1,180.
“Kerajaan baharu gagal mengambil kira gaji kehidupan wajar kepada golongan pekerja yang diumumkan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2017, sedangkan gaji pimpinan tertinggi syarikat meningkat kerana ‘kadar pasaran’ yang dicipta golongan korporat.
“Pekerja asing juga enggan bekerja jika dibayar gaji kurang RM70 sehari, sedangkan gaji minimum baharu yang ditetapkan kepada pekerja tempatan adalah pada kadar RM35 sehari.
“Malah, turut dilaporkan pada 2016, pelarian Rohingya enggan bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan, tetapi kerajaan memilih untuk menetapkan RM1,050 sebagai kadar gaji minimum baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penetapan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Solomon berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah mengecawakan golongan pekerja yang selama ini mengimpikan perubahan apabila kerajaan sebelum ini tidak lagi memerintah.
Katanya, ketidakadilan terhadap golongan B40 yang dilakukan kerajaan terdahulu apabila menangguh semakan semula gaji minimum sejak 2015, diteruskan kerajaan baharu kerana kadar baharu itu juga hanya akan berkuatkuasa pada Januari tahun depan.
“Malaysia adalah satu-satunya negara yang meretifikasi Konvensyen 131 Penetapan Gaji Minimum Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), malangnya kerajaan tidak mengambil kira keperluan asas dalam menentukan kadar baharu ini.
“Buruh di Malaysia sudah sengsara sejak 1970-an lagi dan kami menolak kerajaan lama kerana mengharapkan kerajaan baharu lebih memahami kesusahan membelnggu golongan B40.
“MTUC ingin mengingatkan adalah tidak bijak bagi mana-mana kerajaan tidak menghormati serta membiarkan kumpulan pekerja dimanipulasi kerana kami akan bersatu menentang mana-mana pihak yang memandang rendah maruah golongan buruh,” katanya. (BH)
Berita PANAS
“Sayang PH, Undilah PAS” – Dr. Halimah

"KALAU sayang Pakatan Harapan (PH), undilah PAS,” itulah rayuan terakhir calon PAS, Dr. Halimah Ali kepada pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, hari ini.

Beliau berkata undi itu adalah untuk memastikan PAS boleh memainkan peranan semak dan imbang kepada PH dan kerajaan Selangor supaya tidak tersasar daripada landasan pentadbiran yang sepatutnya. “Sehingga kini, saya mendapat sokongan kuat dan mantap bukan sahaja daripada kepimpinan UMNO, tetapi juga daripada setiap komponen parti pembangkang yang lain.

5 comments:

Anonymous said...

oooo gitu.. kira mcm klu syg palestin..sokonglah israel ye.

bengong pun pendapat.

nk semak imbang apa pas jadi pasu bunga masa najib. dn masih mnyokong najib dgn memberi sedikit tekanan pd kerajaan ph yg bertungkus lumus membetulkn negara.

semak apanya semua pas puashati.

lagi pun kamu tkperlu masuk dewan utk semak imbang.... kamu buat je kt padang merbok. itu tempat kamu. klu dewan kamu tidor dan terpaksa hadapi hujah ph yg kamu susah nk menang.

kt padang kamu blh ckp sorang2 mcm jual obat.

undilah kerajaan ph untuk sama2 menyelamatkn negara ini. bukan 100 matlamat kita tp selama2nya utk kebaikn malaysia utk generasi akn datang.

jgn jd budak2 kecik yg merengek nk aiskrim sekarang dan tktau utk melihat masa depan.

MakoFSA said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Semalam Lokman Adam dgn 200 pengikut demo bengong dgn polis diSOGO utk selamatkan Najib. Dah lulus latihan diBkt Janda.

Hari ini giliran rakan taawun pulak bertarong utk tujuan sama.

Anonymous said...

Aku ada kawan nama lim g.e,dan lim g.e ni terencat akal.satu hari aku nampak lim g.e masuk bangunan DAPigs.aku hairan dan pikir mungkin lim g.e ni nak beli babi kot.ye lah nama papan tanda pun tulis DAPigs, kedai jual babi kot.rupanya lim g.e ni red bean army DAPigs.dalam pejabat DAPigs tu ada bilik komputer khas utk red bean army DAPigs fitnah orang.dgn duit gaji jadi rba pakaturn dapigs ni lim g.e beli banglo di jalan pinhorn....

Anonymous said...

Tuan haji hashim ni memang istimewa orangnya sampai tertunggu tunggu budak2 terencat akal dapigs ni utk komen setiap artikel yang tuan haji hashim post.power betul!!!blog tuan haji hashim tak payah orang pas lawati pun sebab budak2 terencat akal dapigs ni yg meramaikan dan baca setiap artikel yg di post tuan haji hashim ni dgn minat. Terbaik..!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails