Saturday, December 11, 2010

Bercium Di Aceh.. , Sebat & Hukum..

11 DIS 2010

KIKI HANAFILIA dirotan di pekarangan sebuah masjid di Jantho, Aceh semalam.

Pasangan kekasih dirotan selepas ditangkap bercium

JANTHO, Indonesia: Sepasang kekasih, Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, dikenakan hukuman rotan lapan kali di sebuah masjid di bandar Jantho, Banda Aceh semalam selepas mereka ditangkap kerana bercium.

"Mereka berdua sudah berkahwin. Ada orang menangkap mereka sedang bercium di kawasan hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu. Mereka juga baru hendak melakukan hubungan seks ketika ditangkap," kata pendakwa raya, Deby Rinaldi.

Menurutnya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di tempat lain ketika kejadian berlaku manakala Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.

Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumatera merupakan salah satu daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam.

Pada Oktober lalu, dua orang wanita dirotan di Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan. - AFP

Pasangan Britain kena penjara kerana bercium
2010/04/05

DUBAI: Mahkamah Rayuan Dubai semalam menolak rayuan pasangan Britain yang dihukum penjara sebulan kerana bercium di khalayak, di sini.

Ayman Najafi, 24, dan Charlotte Adams, 25, juga diperintah keluar dari Dubai selepas menjalani hukuman penjara kerana didapati bersalah bercium dan minum arak di sebuah restoran tepi laut bulan lalu. Pasangan itu mendakwa mereka hanya mengucup pipi tetapi mahkamah sebelum ini menolak dakwaan berkenaan. Pasangan itu ditahan November lalu selepas seorang wanita Muslim membuat aduan kepada polis bahawa beliau melihat Najafi dan Adams melanggar undang-undang kesopanan Dubai.

Mahkamah kemudian mendengar aduan bertulis daripada ibu berusia 38 tahun itu dan mendapati pasangan berkenaan bersalah.

Pengadu berkata beliau terganggu dengan insiden di Jumeirah Beach Residence itu kerana ketika kejadian beliau sedang makan bersama anaknya di restoran yang sama dengan pasangan berkenaan.

Anak perempuan saya memberitahu bahawa beliau melihat pasangan itu bercium di mulut. Selepas itu saya sendiri dan beberapa pelanggan lain melihat mereka berbuat demikian, kata wanita itu. - Agensi

Justin Bieber & Jasmine Villegas Ditangkap Bercium di Venice

by siti fathiah
Salam dan Hello...


Baby, baby, baby..ooo..thought u always be mine..hehe ni lirik lagu Baby nyanyian Justin Bieber..and untuk pengetahuan, lagu Baby ni nye music video hits no.1 ranking in youtube and unbeatable hingga kini..

hmm mesti tanya siapa Jasmine villegas? perempuan ni laa yang acting dalam video klip lagu Baby tu..dan sekarang dah tersebar satu dunia yang justin dan jasmine 'ditangkap' gambar bercium didalam kereta (seat passengers..hehe)..to all Beliebers jangan sedih atau confirm lepas ni ada surat ugut nak bunuh jasmine..huhu

jika tak caya, boleh tengok bukti gambar dibawah yang ditangkap oleh seorang tourist:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails