Tuesday, December 07, 2010

Ku Li Derhaka Kepada Sultan Kelantan?

Tengku Razaleigh Hamzah.

KOTA BARU, 7 Dis 10: Bernama melaporkan Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan tokoh politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.

Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Saya juga tidak dititahkan untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan (Tengku Razaleigh) itu. Barangkali ia perlu dikaji oleh pakar yang berkaitan undang-undang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan Sultan Muhammad V, di sini, malam tadi.

Menurutnya, beliau perlu mendapat titah daripada Sultan sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Bekas Menteri Kewangan itu, dalam kenyataan kepada media semalam masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I).

Pada 5 Dis, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. — Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ku Li sudah mula menderhaka kepada Sultan Kelantsan?

3 comments:

Anonymous said...

Очень хорошая сообщение!! Админ пишите сообщения в том же духе!!!

Anonymous said...

takde ke blogger nak komen pasal ts musa hasan dilantik salah sorang penasihat raja kelantan?

Anonymous said...

Harap tak payah komen lah fasal istana Kelantan niihhh....

Anak raja gila kuasa.... La ni mana ada perkataan derhaka daaahhh..

Anak buag pak yang masih hidup daripada jadi eaja tuuuu lebih derhaka daripada Ku Li...

Ingaaaattt... 'do'a ibu dan bapa untuk anak derhaka akan di terima Allah'. Pi Mekkah awal tu elok lah sabelum, sumpah ibu mujarrab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails