Wednesday, March 14, 2018

SPRM Tak Siasat Fitnah Dakwaan, 'PAS Terima RM90J Dari PM'.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.

Bagaimanapun, katanya, penilaian jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.

"Bagaimanapun, SPRM mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendak melaporkannya kepada pihak SPRM," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen.

Low berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu tahu sama ada SPRM atau pihak polis menyiasat dakwaan itu.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pada Ogos lalu mendakwa terdapat “spekulasi meluas” bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas naib presiden PAS yang berpaling tadah kepada AMANAH Datuk Husam Musa berkata wang itu dimasukkan ke akaun di Bank Affin, tanpa mendedahkan maklumat lanjut.

PAS menafikan dakwaan itu dan melantik peguam di United Kingdom (UK) untuk menyaman pengendali Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown yang beroperasi daripada London.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setakat ini tiada tuduhan dari pihak bertanggung jawab yang mampu membuktikan tuduhannya. Rendah sangat nilai personaliti dan akhlak pencetusnya. Kepada balaci-balaci DAP, tutup saja berita fitnah dan khabar angin itu. Cari saja isu lain.

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

2 comments:

Anonymous said...

Si munafik Azreen Poyo bangsat sibuk menjaja fitnah terhadap PAS kerana si munafik bencikan perjuangan Islam.

Si munafik ini telah gagal membuktikan semua dakwaan karutnya.

Dia juga telah gagal menjawab semya soalan dalam artikel yang lepas

Malangnya si munafik lidah bercabang ini muka tembok !

Anonymous said...

Nampaknya Sumbu kuasa 10 mimpi 15 kali sangat jahat kerana mencipta kes rasuah yang tidak pernah wujud untuk menfitnah PAS.

Kemudian si munafik ini mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas PAS.

Ini contoh kejahatan PANIPU khadam kafir harbi DA-Pig.

Ini pula 'fatwa' sesat PANIPU konon haram menggundi PAS kerana PAS mrmbela Islam dan umat Islam dan sunat mengundi Pakatan Munafik yang menentang dan menghina ajaran Islam.

PANIPU = Ajaran Sesat Dan Menyesatkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails