Saturday, March 17, 2018

Sokong Usul Haramkan Alkohol Bar M'sia. -Peguam Mohd Amir



Kuala Lumpur: Usul untuk mengharamkam minuman beralkohol pada majlis-majlis Malaysia Bar AGM dibawa Peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor yang mengemukakan cadangan baru untuk dibangkitkan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-72 (AGM) pada Sabtu ini mendapat sokongan majoriti peguam-peguam Muslim badan profesional itu. 

Peguam yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Saudara Aidil Khalid berkata, beliau menyokong cadangan untuk haramkan alkohol tersebut kerana melihat ianya lebih harmoni selain ahli-ahli Malaysia Bar ini terdiri daripada Islam dan bukan Islam. 

“Jadi apa-apa majlis yang diadakan oleh Bar ia perlu mengambil kira kepentingan semua.” 

Menurutnya, rasional atau tidak disebalik tindakan tersebut ia akan dibahaskan Peguam Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor yang merupakan ahli Bar Malaysia pada Sabtu ini dan berharap ianya akan diterima baik ahli Bar Malaysia setelah ditolak pada sesi lepas. 

Beliau berkata, Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor mengusulkan perkara itu adalah sebagai hak beliau dibawah akta profession undang-undang untuk mengusulkan apa-apa cadangan yang hendak dicadangkan. 

“Saya akan menyokong usul tersebut walaupun sebelum ini saya tidak pernah hadir ke majlis Bar kerana kurang berminat disebabkan terdapat minuman arak yang dihidangkan.” 
“Pada pandangan saya sekiranya usul ini diluluskan ia akan menarik lebih ramai lagi peguam-peguam Muslim untuk terlibat dengan sebarang program termasuk makan malam atau dinner anjuran Malaysia Bar selepas ini,” katanya. 

Ditanya adakah menghidangkan alkohol ini menjadi kemestian dan sengaja dibuat bagi mengelakkan peguam Muslim hadir Aidil Khalid berkata, “Tidaklah sampai ke tahap begitu, bukan sengaja mereka menghidangkannya cuma mungkin kesedaran itu belum ada terhadap sensitiviti Muslim.” 

Aidil berkata, sebagai contoh, “Sebelum ini, dalam tahun-tahun 60an hingga 70an dahulu yang saya dengarlah daripada senior-senior peguam dan menurut mereka ketika itu di dalam majlis-majlis kerajaan juga ada dihidangkan alkohol tetapi kemudian kesedaran itu datang dan tidak lagi dihidangkan di abad ini.” 

“Cuma di peringkat Bar ini mungkin lambat sikit tetapi kita kena mulakanlah untuk tidak lagi menghidangkan alkohol memandangkan kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama tambahan, orang Islam terdiri daripada kelompok yang ramai jadi kena ambil kira isu sensitiviti orang Islam juga,” katanya. 

Sementara itu, peguam Faidhur Rahman Abdul Hadi daripada Young Professionals berkata, cadangan atau usul untuk haramkan minuman arak untuk Malaysian Bar AGM ini amat tepat pada masanya kerana Malaysian Bar AGM sebelum ini secara bebas menghidangkan minuman-minuman yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan ini mendatangkan ketidakselesaan kepada ahli-ahli Bar Malaysia yang merupakan peguam-peguam terutamanya yang beragama Islam. 

Menurutnya, jadi ini berprejudis kepada hak agama mereka juga dan agak wajar sekiranya jika cadangan ini diluluskan dan sudah pasti mereka lebih selesa untuk menghadiri acara-acara yang dikendalikan oleh Bar Malaysia. 

Beliau berkata, secara rasionalnya, peguam-peguam beragama Islam adalah majoriti ahli kepada Bar Malaysia jadi Bar Malaysia tidak sepatutnya mengadakan apa-apa acara atau majlis yang secara bebas menghidangkan alkohol. 

“Masalahnya sekarang apabila mereka mengadakan acara mereka akan dengan bebas menghidangkan alkohol tanpa mengambil kira sensitiviti peguam-peguam yang beragama Islam dalam Bar.” 

Beliau menambah, “Jadi apabila kita pergi ke majlis atau acara mereka secara terang dan depan-depan kita mereka akan hidangkan minuman beralkohol itu dan sudah tentu kita akan rasa tidak selesa.” 

Tegasnya, beliau menyokong pengharaman minuman beralkohol untuk tidak dihidangkan di majlis dan acara anjuran Bar Malaysia selepas ini. 

“Saya juga menyeru agar semua peguam-peguam yang lain untuk turut hadir pada hari tersebut dan memberi sokongan penuh mereka juga terhadap usul yang dikemukakan itu bagi keharmonian bersama,” katanya.

Read more at: https://www.menara.my/usul-haramkan-alkohol-bar-malaysia-disokong/


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

Anonymous said...

Apakah jenis loyar buruk yang suka menerima upah membela orang yang mahu murtad? Munafik? kafir harbi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails