Thursday, March 15, 2018

15 Fakta: PAS= 0 Kes, Parti Bebas Rasuah -Satu Analisis UKM.



FAKTA PAS BEBAS RASUAH?

1.  Bergegar dunia politik Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa seramai 92 pemimpin parti politik telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017. Fakta menunjukkan bahawa 
  • 71 orang daripadanya adalah dari Barisan Nasional (BN)
  •  manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Pakatan Harapan (PH). 
Fakta ini cukup mengejutkan kerana Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak disiasat sama sekali, sedangkan begitu banyak tuduhan dan dakwaan rasuah telah dilemparkan kepada PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

2. Bagaimana sebenarnya prosedur siasatan SPRM? Jika benar PAS bermasalah dan meragukan, mengapa SPRM tidak merekodkan sebanyak mungkin kes ke atas PAS Kelantan agar mudah BN merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 nanti? 
Jika benar SPRM ialah ‘alat BN’, mengapa tidak direkodkan jumlah siasatan kes ke atas BN sebagai ‘0’ sama seperti PAS? Mengapa tidak dinyatakan bahawa PH disiasat lebih daripada 100 orang agar musnah reputasi pakatan lawan?

3. Kesemua persoalan ini menjurus ke arah beberapa implikasi:
  • pertama, SPRM masih memiliki autonomi tersendiri dan tidak terikat sepenuhnya kepada parti pemerintah dalam melakukan siasatan. 
  • Kedua, SPRM berani mengemukakan fakta dan data secara jujur meskipun jelas laporannya tidak membantu reputasi BN menjelang PRU-14 nanti dengan 71 siasatan. 
  • Ketiga, meskipun kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mempunyai mekanisme semak dan imbang sendiri seperti SELCAT dan CAT, namun ia tidak sepenuhnya mampu mencegah persepsi rasuah hinggakan masih terdapat kes dilaporkan kepada SPRM. 
  • Keempat, meskipun mekansime pengisytiharan harta dipelopori oleh PH, terutama sekali kerajaan negeri DAP Pulau Pinang, namun persepsi dan siasatan kes rasuah masih wujud. 
  • Kelima, pemimpin PAS diiktiraf secara tidak langsung oleh SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Paul Low sebagai bebas rasuah.
4. Harus diingat, Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga tidak disiasat namun berbeza dengan PSM, PAS ialah sebuah parti politik yang telah menguasai kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1990. Malah, berbanding Parti DAP dan PKR yang baru menguasai Pulau Pinang dan Selangor pada tahun 2008, PAS lebih lama berkuasa di Kelantan iaitu selama hampir 28 tahun. Maka PAS jauh lebih berisiko untuk terdedah kepada rasuah, penyelewengan, mahupun penyalahgunaan kuasa. 
Demikian juga dalam kes BN, disebabkan parti pemerintah ini menguasai sebahagian besar kerajaan negeri dan pusat, maka skala siasatan ke atas mereka juga tentulah besar di mana berbeza dengan PAS yang tidak memiliki tapak yang kukuh seperti BN di Sabah dan Sarawak misalnya. Maka penelitian yang lebih lanjut perlu dilakukan ke atas prosedur SPRM.

5. Orang awam boleh mengakses laman sesawang rasmi SPRM terutama sekali di seksyen ‘Penguatkuasaan’ yang tertera maklumat asas berikut: 

“Strategi penguatkuasaan merupakan salah satu daripada strategi serampang tiga mata SPRM berdasarkan kepada Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan memainkan pelbagai peranan penting antaranya menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan yang diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)”.

6. Apakah komponen-komponen SPRM yang terlibat dalam siasatan ini? Hal ini boleh diakses dalam Sektor Operasi yang menghuraikan 4 bahagian teras utama SPRM: 
  • Jabatan Siasatan.
  • Jabatan Perisikan
  • Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
  • Bahagian Pengurusan Rekod Dan Teknologi Maklumat

7. Jabatan Siasatan memainkan “peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan tugas penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009”.

8. Jabatan Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat di mana “Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini”. Bahagian Perundangan dan Pendakwaan pula “bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan serta rayuan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. 
Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya”.

9. Bahagian Pengurusan Rekod & Teknologi Maklumat “bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem computer”.


10. Proses Siasatan SPRM pula bermula apabila pihak pengadu menyalurkan aduan dan maklumat melalui Sistem Pengurusan Aduan (Complaints Management System CMS) yang merupakan platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Hanya pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi sahaja yang akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.


11. Proses seterusnya adalah di Sistem Tapisan Keutuhan (eSTK) yang berfungsi untuk menguruskan pelbagai permohonan tapisan keutuhan secara dalam talian (online) bagi membolehkan permohonan tapisan diurus dengan lebih cekap, cepat dan sistematik. 

Ianya diwujudkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan tapisan keutuhan kepada SPRM secara elektronik tanpa melibatkan penghantaran permohonan secara fizikal. Tapisan Keutuhan yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan kepada Pekeliling Am Sulit 1/1985 melibatkan 5 jenis tapisan yang merangkumi Kenaikan Pangkat, Bersara Pilihan, Tapisan Am, Pengurniaan Pingat Persekutuan dan Pingat Negeri.

12. ‘Panduan Memberi Maklumat yang Bekualiti’ turut disertakan dalam laman sesawang rasmi SPRM agar setiap aduan yang dikemukakan boleh dipastikan benar-benar berasas. Enam aspek wajib yang perlu dikemukakan ialah: 
Bila kejadian berlaku (When), Di mana kesalahan dilakukan (Where), Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who), Apa kesalahan yang dilakukan (What), Kenapa kesalahan dilakukan (Why), dan akhirnya Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How).

13. SPRM menjelaskan bahawa mereka menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi mestilah disertakan alamat atau maklumat perhubungan. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. 

Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti sama ada Maklumat yang dikemukakan adalah berunsur rasuah atau tidak, Maklumat tersebut boleh diambil tindakan atau tidak, dan seterusnya adakah Orang yang ditohmah boleh dikesan / dikenalpasti atau tidak.

14. Kemudiannya, selepas proses saringan, maklumat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-pengarah Bahagian tertentu. Sekiranya disahkan bahawa terdapat unsur rasuah, maka Bahagian Perundangan/Pendakwaan/Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan.


15, Ringkasnya, proses aduan kepada SPRM bukanlah proses yang boleh dimanipulasi dan setiap kes serta siasatan yang dijalankan pastilah merupakan hasil daripada maklumat yang mempunyai asas yang kukuh.


Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Anonymous said...

Kredit kepada blog semut hitam

http://semuthitam80.blogspot.my/2018/03/dapigs-rasuah-punca-guan-eng-semakin.html?m=1

DAPigs RASUAH PUNCA GUAN ENG SEMAKIN CUAK!!!

Kalau tak kenal, kenapa Si Maharaja DAPigs, Lim Guan Eng ni meroyan tak tentu arah dan cuba mengaitkan orang lain dalam isu skandal rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang tu?


Tindakan Ketua Menteri Rejim DAPigs Pulau Pinang itu yang ‘sengaja’ menyebarkan gambar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star (SMG), sebenarnya satu tindakan terdesak.


Ini kerana Guan Eng seperti biasa akan sedaya upaya menunding jari tentang sesuatu isu tertentu bagi memutar belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat terutamanya di Pulau Pinang.


Guan Eng yang sepatutnya menjawab dakwaan berkaitan hubunganya dengan Gnanaraja memandangkan isu itu masih lagi menjadi tanya kerana dia enggan mengulas perkara tersebut.


Sebaliknya, Si Guan Eng tu mengeluarkan ugutan kepada pihak media agar tidak berterusan menyebarkan gambar dia dengan Gnanaraja atau berdepan dengan tindakan undang - undang.


Apa yang jelas, tindakan Si Lim Guan Eng itu membuktikan bahawa dia bukan sahaja berada dalam keadaan terdesak bagi melepaskan diri dari dikaitkan dengan skandal rasuah. Malah, dalam masa yang sama, tindakan dia hanya membodohkan diri sendiri!!!

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2018/01/16/66-skandal-kerajaan-kleptokrasi-dap-pulau-pinang/amp/

66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang

AIDCNews

pru14.tv – Seluruh rakyat Malaysia malah warga antarabangsa juga turut menunggu untuk melihat pilihanraya yang bakal kita hadapi. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sensasi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Barisan Nasional akan ditentang oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun pembangkang cuba mengambarkan individu tersebut adalah Mahathir.

Satu kumpulan sedang berusaha untuk mempertahankan kerajaan yang sedang membangunkan Negara dibawah Najib Razak dengan menutup segala lubang kesengsaraan rakyat yang diciptakan oleh 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Kerajaan dan kumpulan pakatan kleptokrasi sedang berusaha bertungkus-lumus untuk menjatuhkan kerajaan sekarang dan menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya agar mudah mereka merompak kekayaan Negara mengikut telunjuk kuasa yang ada pada mereka.

Siapakah yang akan menang nanti akan ditentukan oleh rakyat jelata yang bakal keluar mengundi pada PRU14 nanti. Setidaknya sekarang rakyat sudah melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh kumpulan Pakatan yang kleptokrasi di Pulau Pinang, Selangor dan sejarah 22 tahun Mahathir.

Apakah rakyat mahu memberikan Negara ini kepada Pakatan yang tidak langsung memikirkan hal ehwal kebajikan rakyat dan hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan tanpa mereka mampu melakukan apa juga idea untuk membantu walaupun dihadapan rumah mereka sendiri.

Anonymous said...

1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa
10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.
31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.
37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.

Anonymous said...

Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.

Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.

Hapuskan sebuah pakatan kleptokrasi yang tidak memikirkan hal berkaitan rakyat , difikiran mereka hanya ada wang dan kekayaan dan bagaimana untuk merompaknya di negara ini. Itukah Kerajaan Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh Kit Siang, Mahathir dan Guan Eng serta MB Selangor Azmin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails