Tuesday, March 13, 2018

Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah..


Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi bercakap kepada media sambil diiringi Wakil Peguam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim (kanan), Peguam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Fadhly Yaakob (kiri) selepas selesai membuat laporan polis berhubung tindakan khianat dan sabotaj seorang individu dipercayai telah mencuri dokumen yang mengandungi maklumat sulit syarikat, di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 MAC 2018


KUALA LUMPUR – Selepas hampir seminggu menyepikan diri akhirnya, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi tampil memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya dan PPIM.
Rupa-rupanya kekecohan yang berlaku baru-baru ini berpunca akibat salah faham mengenai caj pengurusan terhadap kes-kes yang diadu kepada PPIM melibatkan orang dalam persatuan itu sendiri.
Dalam pertemuan hari ini Yusuf mendakwa menjadi mangsa fitnah empat orang kakitangannya yang dikatakan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan imej dan maruahnya dipandangan mata masyarakat.
Malah katanya, individu-individu terbabit telah mencuri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang diketuainya dengan cara menceroboh pejabat tersebut.
Langkah seperti itu diambil oleh individu-individu terbabit dengan tujuan mahu mendedahkan maklumat sulit pengadu-pengadu yang membuat aduan kepada PPIM dengan tujuan tertentu.
Gerak geri mereka dapat dilihat secara jelas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pejabat berkenaan meskipun mereka yang terlibat cuba menghapus bukti rakaman itu apabila didakwa memotong pendawaian alat sistem tersebut.
“Kenapa mereka semua nak khianat kepada saya. Kalau benar saya ada buat silap pergi buat laporan polis,” katanya.
Yusof hairan kenapa dirinya cuba dijadikan mangsa sedangkan usahanya selama ini hanya dengan satu niat iaitu mahu membantu membela nasib-nasib pengadu-pengadu yang kebuntuan setelah diganggu oleh samseng-samseng daripada kumpulan ah long.
Sementara itu, Yusof turut mendedahkan bahawa individu terbabit turut melakukan kerja-kerja songsang yang melanggar Standard of Prosedur (SOP) PPIM apabila mereka mengutip bayaran daripada pengadu tanpa merekodkannya ke dalam sistem data di pejabat.
“Saya dapat tahu ini semua setelah saya melihat CCTV. Mereka sebelum ini pernah mencadangkan kepada saya supaya menambah caj bayaran pengadu dalam kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah.
“Saya kata tak boleh sebab kita hanya boleh mengenakan caj pengurusan kepada orang yang memohon pertolongan kita dan itu hanya bayaran untuk peguam. Saya kata kalau buat begitu ia sudah melanggar polisi-polisi,” ujarnya.
Yusof turut mendedahkan seorang daripada kakitangan yang terbabit baru sahaja diambil bekerja di syarikat konsultan tersebut dalam tempoh dua bulan, seorang baru sahaja bekerja dalam tempoh tiga bulan, seorang lagi bekerja dalam tempoh lebih setahun manakala seorang lagi merupakan rakan sekolah adiknya yang baru bekerja selama tiga bulan.
Pada Sabtu lalu, seorang menuntut PPIM membayar semula wang pinjaman ah long yang dibuat kepada persatuan itu berjumlah RM160,000.
Wanita berkenaan yang bekerja di sektor swasta mendakwa, sejak Disember tahun lalu dia sudah membuat empat pembayaran sebanyak RM250,000 kepada PPIM yang menjadi orang tengah mengendalikan urusan pinjaman kepada ah long.
Bagaimanapun, pekerja sektor swasta itu mendakwa dia mula berasa musykil sejak Januari lalu selepas sukar mendapat resit pembayaran daripada PPIM.
Terdahulu, Yusof membuat laporan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini dengan ditemani, peguam yang dilantik Mohd Fadhly Yaacob dan peguam PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. – MalaysiaGazette
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Riba masih diizinkan dalam pemerintahan kerajaan umat Islam Malaysia. Bagaimana mengelaknya? Undilah partai Islam se Malaysia (PAS), yang akan mentadbir negara secara Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

6 comments:

Anonymous said...

Dikhianati ahli memamg mennyakitkan. Contohnya PAN adalah pengkhianat tegar kerana bersengkongkol dengan DAP ug anti Islam


http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Dulu pemimpin-pemimpin parti PANIPU pimpinan Mike Selfie DADA Amoi khadam harbi DA-Pig berlagak hero bollywood dengan mengkhianati parti Islam iaitu melarikan kerusi parti Islam.

Sekarang hero-hero bollywood tersebut telah menjadi pondan menangis tergolek-golek mengeluarkan air mata buaya kerana kerusi mereka pula disamun oleh kak jah liberal, mahafiraun dan sifu evangelis yang menjadi boss PANIPU.

Pengkhianat menangis apabila dikhianati oleh geng sendiri.

Huwaaaaa huwaaaas huwaaaaa !

Allah Maha Adil !

Anonymous said...

lobai2...
org lain punya kes..DAP jugak yg kau tuju.
ingatkan betoi la lobai...
Rupanya lobai sangkut ja
he5

Anonymous said...

Itulah lebai celup tukang salak DAP.. hi hi hi

Anonymous said...

Anda ingin tahu siapakah penyokong Lanun Bugis yang suka hati songlap duit rakyat Malaysia seperti kepala otaknya yang punya?.

1.Zahid Bangla
2.Datin Rosmah
3.Pemimpin2 UMNO.
4.Hadi
5.Ibnu Hasyim.

Anonymous said...

Terima kasih kepada parti kafir harbi DA-Pig kerana 66 skandal rasuah DA-Pig untuk spnglap duit rakyat dan kerajaan telah menjadikan negara kita terkenal dalam kes rasuah.

Masalah rasuah akan berkurangan jika kita berjaya menumbangkan rejim DA-Pig dalam PRU14.

Marilah kita undi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang mempunyai rekod yang bersih dari rasuah dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails