Wednesday, March 14, 2018

Mahathir ‘U-Turn’ Jadi Calon DAP PRU-14




AKHIRNYA Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang belum disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), mengakui beliau sedia menjadi calon DAP.

Perkara itu memang sudah dijangka ramai penganalisis politik tempatan ekoran kemelut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mungkin dibubarkan RoS tidak lama lagi kerana melanggar perlembagaannya sendiri.
Mahathir, 92, dengan bangga berkata beliau sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti politik dalam PH termasuk DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, jika PPBM dibatalkan pendaftaran oleh RoS.
Pengerusi PPBM itu dengan nada yakin berkata perkara itu antara pilihan yang sedang difikirkan susulan krisis partinya berdepan tindakan RoS, sekali gus membuktikan beliau sanggup melakukan ‘pusingan U’ demi politik.
“Saya terbuka, malah saya sedia bertanding untuk DAP, mungkin presiden DAP,”kata Mahathir dengan sinis pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen di ibu negara pada Selasa.
Beliau diminta mengulas sama ada PPBM akan meletakkan calonnya tetapi perlu bertanding menggunakan tiket rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang pada PRU ke-14 jika parti kecil serpihan UMNO itu dibubarkan.
Ditanya sama ada permasalahan melanda PPBM itu menjadi halangan bagi PH pada PRU nanti, Mahathir berkata: “Memang, jika mereka (RoS) tidak meluluskannya, akan jadi sukar, tetapi kami akan berkempen sebagai pakatan.”
Baru-baru ini, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM mengkehendaki ia menyerahkan maklumat serta dokumen termasuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti kepada jabatan itu.
Pengamat politik tanah air meramalkan kemelut itu menyaksikan Mahathir bakal bertanding atas tiket DAP kerana dianggap lebih selamat berbanding dengan menjadi calon PKR atau serpihan PAS iaitu PAN yang jauh lebih lemah.
Krisis PPBM turut menjadi bahan jenaka netizen pro-Barisan Nasional yang menyindir parti berlambang bunga itu tidak mampu pun menguruskan dirinya tetapi ‘bernafsu besar’ memerintah Malaysia. – Agensi/IH. 
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

4 comments:

Anonymous said...

Biasanya orang yang suka buat u-turn akan terlibat dalam kemalangan yang dahsyat sama ada mati terkejut atau koma dalam ICU.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2017/08/05/10-bukti-dap-anti-islam-dr-ridhuan-tee/

10 Bukti DAP Anti Islam -Dr. Ridhuan Tee

AIDCNews -05/08/17 – Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

10 bukti itu adalah seperti berikut :

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,”katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

Yeaaaa Kaaa, Kira Husam pun kurang faham... Zaman sekarang orang tak main audio. Sapa2 boleh berlakun. AKu boleh mengaku Shah Rukh Khan dalam cakap kelantan kata dia masuk PAN sebab nak lawan Wan Rahim

Anonymous said...

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/04/17/kenapa-husam-tidak-saman-rpk-enggan-akuan-bersumpah/

Kenapa Husam tidak saman RPK, enggan akuan bersumpah?
KUALA LUMPUR – Dua perkara Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa tidak akan lakukan.

Pertama, tidak ada cadangan baginya untuk mengemukakan saman ke atas blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang mula-mula sekali mendedahkan beliau terlibat dengan penerimaan wang daripada Genting.

Kedua, Husam tidak akan melakukan akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan itu, yang turut dibangkitkan blogger Datuk Zaharin Mohd Yasin melalui akaun Facebooknya pada 10 April lalu.

Dalam sidang medianya di Wisma Amanah Negara di sini, hari ini, Husam menyatakan, beliau hanya akan memfailkan saman ke atas RPK sekiranya blogger itu balik ke Malaysia dan bebas dari kedudukan bankrupsi.

“RPK pun saya akan buat sedemikian (saman) jika beliau balik ke Malaysia dan beliau bebas dari kedudukan bankrupsi. Kalau dia bangkrup dan berada di luar negara adalah sia-sia untuk saya memfailkan saman.

“Cukuplah saya memfailkan saman ke atas Zaharin sebahagi bukti tuduhan yang dia viralkan melalui Facebook itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Bagaimanapun, Husam dengan nada lembut berkata, jika Zaharin tarik balik kenyataan itu, beliau bersedia untuk menyelesaikannya secara politik.

“Tetapi, kalau Zaharin kata dia ada bukti, dia boleh bawa ke mahkamah dan kedua-dua pihak (termasuknya) akan dapat penyelesaian politik secara lebih meyakinkan.

“Kalau dalam perjalanan proses itu dia rasa tak ada bukti, dia nak tarik balik, saya terbuka,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan membuat akuan bersumpah bagi membukti tidak terlibat dengan penerimaan wang dari Genting, Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, ini kes kecil.

“Saya rasa (kes ini) kecil sangat nak bersumpah dalam perkara macam ini. Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan) lain sedikit kedudukannya (buat akuan bersumpah dakwa seorang bekas pemimpin Pas terima wang dari 1Malaysian Development Berhad-1MDB).

“Dia (Rafizi buat akuan bersumpah kerana) yang mendakwa, saya dalam keadaan menafikan. Kalau proses mahkamah sudah cukup, saya rasa akuan bersumpah macam bermain-main pula dalam konteks saya, bukan dalam konteks Rafizi,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Husam berkata, beliau tidak pernah menerima duit satu sen pun daripada Genting, sama ada untuk dirinya ataupun untuk Pas.

Katanya, walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan, bila sesuatu (tuduhan) dikemukakan, mesti ada empat saksi, tetapi fitnah ke atasnya yang diviralkan melalui Facebook tidak mengemukakan walau seorang saksi pun.

“Ini adalah satu tindakan ‘double standard’ yang diamalkan dan saya memberikan notis (saman) ini kepada Zaharin supaya dia dapat menarik balik tulisannya dan sekiranya beliau tidak menarik balik tulisannya, saya akan failkan saman ke atasnya.

Menjawab soalan wartawan adakah tuduhan Rafizi sama kes beliau ini, Husam menjelaskan, beliau tidak tahu kerana belum berjumpa dengan Naib Presiden PKR itu.

Katanya, beliau tidak berjumpa atau berkomunikasi dengan Rafizi secara peribadi atas isu berkenaan.

“Saya tidak tahu apakah yang Rafizi bangkitkan terhadap bekas pemimpin Pas itu juga melalui transaksi Affin Bank atau berbeza dengan, saya tidak pasti. Saya kena jumpa Rafizi,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails