Thursday, March 15, 2018

DAP Takut Isytihar Harta, Mahu Hanya Bila Jadi Pegawai K'jaan.

Post Pic

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP hanya akan mengisytiharkan harta selepas mereka dilantik menjadi pegawai kerajaan, kata setiausaha publisiti  DAP Tony Pua. 

"Sebaik sahaja mereka menjadi ahli majlis eksekutif negeri, menjadi menteri, kami mesti dan akan mengisytiharkan aset kami.
"Ini adalah pendirian DAP," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu kepada pemberita pada sidang media di Parlimen hari ini. 

Pua diminta mengulas berhubung pengisytiharan harta oleh beberapa bakal calon berpotensi dari Pakatan Harapan semalam. Sejumlah 103 bakal calon pilihan raya menandatangani pengisytiharan aset hasil inisiatif badan penyelidik dari PKR Invoke Malaysia. Tahun lalu, 27 ahli politik menandatangi perjanjian itu. 

Calon terbabit juga berjanji untuk meneruskan agenda perubahan sekiranya dipilih. Di bawah perjanjian itu, setiap calon berkenaan perlu membayar RM20 juta sekiranya mereka gagal menghormati kontrak itu. 

Antara nama-nama besar yang menandatangani perjanjian dengan Invoke malam ini adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, bekas menteri besar perak Nizar Jamaluddin, bekas speaker Pulau Pinang Abdul Halim Hussain dan pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Menurut Invoke pengisytiharan harta itu boleh diakses di laman webnya. -ze

DAP takutkah?


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

Anonymous said...

Ha..ha.. bila dah menang lain pula alasan nya nanti.. auta lebih.. tapi ada juga orang islam yang nak angkat kapir lidah bercabang ni jadi ketua..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails