Thursday, March 15, 2018

'Saya Penganut Buddha, Bukan Islam' Katanya Melalui Peguam Hina Islam.



Kuala Lumpur: Seorang wanita yang berasal dari Selangor mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Buddha dan bukannya beragama Islam mahu pihak mahkamah mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Muslim sepertimana yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online.

Rosliza Ibrahim, 37 tahun, dengan bantuan peguamnya, Aston Paiva, telah membawa permohonan beliau untuk diisytiharkan sebagai bukan Islam ke Mahkamah Rayuan dua hari yang lalu. 

“Wanita ini dilahirkan sebagai seorang penganut Buddha oleh ibunya, beliau terus mengamalkan ajaran Buddha sehingga ke hari ini dan mahu meneruskan kehidupan beliau sebagai seorang penganut ajaran Buddha secara aman di Malaysia,” kata Aston Paiva dalam penerangannya. 

Rosliza turut mendakwa bahawa Undang-Undang Islam Negeri Selangor dan bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak terpakai ke atasnya kerana beliau bukan seorang penganut agama Islam dan tidak pernah mengamalkan mana-mana ajaran Islam. 

Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa beliau dilahirkan sebagai anak luar nikah dimana ibunya yang beragama Buddha dan bapanya yang beragama Islam tidak pernah berkahwin mahupun mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat pihak berkuasa agama termasuk di sepuluh buah negeri selain Selangor. 

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada tahun 2017 membuat penghakiman bahawa kedua-dua ibubapa beliau mungkin telah bernikah tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka. Dalam penghakiman yang sama turut dinyatakan bahawa menurut Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor boleh mendengar dan memutuskan perkara-perkara membabitkan orang-orang Islam jika ia bersabitan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. 

Aston Paiva, peguam Rosliza Ibrahim sebelum ini terlibat dengan kes Indira Gandhi membabitkan penukaran agama anak secara unilateral dan beliau juga pernah mendakwa dalam sebuah forum anjuran kumpulan G25 baru-baru ini bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak berperlembagaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang penganut agama Buddha bukan beragama Islam mahu pihak mahkamah Malaysia mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Muslim sepertimana yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online. Peguam Rosliza Ibrahim, Aston Paiva, peguam Rosliza sebelum ini terlibat dengan kes Indira Gandhi membabitkan penukaran agama anak secara unilateral.

Dan beliau juga pernah mendakwa dalam sebuah forum anjuran kumpulan G25 baru-baru ini bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak berperlembagaan. Kenyataan ini memang keterlaluan, tetapi Malaysia melayani mereka dengan baik, bukan seperti Myanmar melayan rakyatnya yang beragama Islam. Pembersihan etnik yang sedang berlaku di Myanmar telah mengorbankan ribuan nyawa dan mewujudkan ratusan ribu pelarian hanya dalam masa beberapa minggu sahaja. 

Tetapi, penganut Buddha di sini melalui peguamnya, boleh menghina Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sewenang-wenangnya. Apakah seolah-olah Agama Islam di Malaysia tidak berdaulat? Kembalilah kepada Islam supaya mampu mentadbir negara umatnya sendiri.

Melalui...
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

1 comment:

Anonymous said...

Helllo Ted, Orang Kuat merapu meraban pun dah lama masuk PAN. Orang Kuat goreng pernah

a. Mimpi 15x jumpa allayarham
b. Sumbu Ajaib jimat minyak
c. Kambing Jamnapari
d. Jembalang Tanah
e. Bukti Audio sebab tak da Video camaera kat phone. Mungkin sebab pakai hp motorola bata tahun 1997
f. Ada jin boleh dengar orang discuss



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails