Thursday, March 15, 2018

Wanita Bogel, Gosok Badan Pada Batu Ini, Mengapa?



SEORANG pelancong wanita telah mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan selepas dia didapati menggesekkan tubuhnya yang bertelanjang bulat pada sebuah batu berbentuk zakar lelaki.

Wanita berambut perang itu dilihat menanggalkan seluar dalamnya bersebelahan batu yang dikenali sebagai Hin Ta atau Grandfather Rock, yang terletak di pulau Koh Samui, Thailand, pada 12 Mac yang lalu.


Dia kemudiannya dirakam sedang ‘menggoyangkan’ pinggulnya pada batu berketinggian 12 kaki itu, yang dipercayai oleh masyarakat Thai ‘didiami’ oleh roh seorang lelaki tua. Rakyat tempatan di situ kini mahu pihak polis untuk menjejak wanita itu dan menuntut permohonan maaf daripadanya.

Dia kemudiannya dirakam sedang ‘menggoyangkan’ pinggulnya pada batu berketinggian 12 kaki itu, yang dipercayai oleh masyarakat Thai ‘didiami’ oleh roh seorang lelaki tua. Rakyat tempatan di situ kini mahu pihak polis untuk menjejak wanita itu dan menuntut permohonan maaf daripadanya.

Kata salah seorang penjaja makanan di kawasan pantai itu, Sutida Wongyai, “Batu itu sangat istimewa dan menjadi kebanggaan pulau kami. Ianya amat kurang ajar untuk memperlakukan sebegitu terhadap batu tersebut.”



Hasil carian imej untuk pantai samui thaland

Batu Hin Ta itu dikatakan menyerupai bentuk alat kelamin lelaki dan merupakai salah satu tarikan pelancongan di Koh Samui. Terletak bersebelahan dengan Hin Ta adalah sebuah batu berbentuk alat kelamin wanita yang diberi nama Hin Yai.

Menurut lagenda, sepasang suami isteri warga tua telah berlayar ke pulau tersebut untuk mencari calon isteri yang sesuai untuk anak lelaki mereka. Malangnya, bot mereka terbalik semasa ribut dan telah mengakibatkan mas kahwin yang dibawa oleh mereka tenggelam ke dalam laut.

Akibat tidak mahu menanggung malu, mereka dikatakan telah terjun ke dalam laut sebelum dilahirkan semula sebagai dua buah batu ‘jantan’ dan ‘betina’. Pelancong biasanya akan memanjat batu tersebut dan melanggar larangan berbuat sedemikian.

Sementara itu, polis Thai telah mengesahkan menerima laporan mengenai insiden tersebut dan kini sedang menyiasat perkara tersebut.  -MYNEWSHUB.CC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah negara bukan Islam membuat promosi untuk menarik pelancong. Itu caranya. Kalau negara Islam Madinah di zaman awalnya mereka juga mempromosi. Mereka mempromosi dan memperkenalkan Islam ke seluruh dunia, maka dengan izin Allah SWT tersebarlah seperti yang ada sekarang, ulama warasatul ambia.

Di Malaysia, ulama-ulama dan mujahidin menyambung perjuangan Islam tersebut yang disanggah penjajah dari barat. Lahirlah mujahid-mujahid seperti Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan ramai lagi. Pada 1951, ulama-ulama Islam yang berhimpum dalam sangkar UMNO keluar menubuhkan PAS, kerana tidak sesuai, contohnya dalam kes judi loteri.

Perjuangan Islam yang bersih suci terkurung dalam sangkar asobiah. Mana boleh? Itulah PAS, bergerak seperti yang ada sekarang. Maka menjadi kewajiban setiap warga di negara ini menyokongnya, demi kebaikan bersama, 'rahmatan lil alamain'.

Oleh itu...
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails