Friday, March 16, 2018

Muhyiddin Fitnah Abdul Hadi Di Parlimen..


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Timbalan Perdana Menteri sewaktu Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diluluskan di Parlimen pada April 2014.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, Muhyiddin malah ketika itu menyokong GST, tetapi membuat pusingan U di Parlimen semenjak menyertai Pakatan Harapan.
Malah, katanya, Muhyiddin cuba pula menabur fitnah di Parlimen semalam dengan mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong GST, bukan beliau.
“Semua pihak perlu sedar wayang yang cuba dilakonkan oleh Ahli Parlimen Pagoh ini. Rakyat Malaysia khususnya masyarakat Pagoh sepatutnya sedar dan masih ingat.
“Apa yang menarik, pada saat dan ketika itu, Ahli Parlimen Pagoh ini Timbalan Perdana Menteri dan beliau telah menyokong perlaksanaan GST,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, Ahmad Nawfa menyifatkan Muhyiddin yang dilantik sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dimalukan di Parlimen semalam apabila gagal menjawab fitnah yang dilemparkannya itu.
Beliau turut memaklumkan, PAS Kawasan Pagoh telah bersiap sedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh yang disandang Muhyiddin ketika ini. – MYNEWSHUB.CC


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

1 comment:

Anonymous said...

Ni lah penyokong PH. Bila tak boleh sanggah fakta, mula lah merepek. 4 kali komen tapi langsung takde isi atau lawan hujah. Memalukan betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails