Thursday, March 15, 2018

Buddha Pasti Akan Membantu Rohingya – Dalai Lama



NEW DELHI: Buat pertama kalinya, Dalai Lama bercakap mengenai krisis pelarian Rohingya dengan mengatakan bahawa Buddha pasti akan membantu Muslim Rohingya melarikan diri dari keganasan di Myanmar. New Straits Times melaporkan, pemimpin utama Buddha yang merupakan pemegang anugerah Nobel Keamanan ini merupakan individu terbaru yang menentang keganasan yang berlaku terhadap Muslim Rohingya. 

“Mereka yang mengganggu segelintir Muslim perlu mengingati Buddha,” kata Dalai Lama kepada wartawan yang menyoalnya berkenaan krisis yang berlaku (di Rakhine). 
“Dia (Buddha) pasti akan membantu Muslim yang teraniaya itu. Saya berasa amat sedih.” 

Penerima anugerah Nobel Keamanan yang lain seperti Malala Yousafzai dan Desmond Tutu turut mengkritik tindakan ketua de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi yang membisu dalam isu keganasan terhadap Rohingya. 

Menurut utusan khas hak asasi manusia di Myanmar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keganasan yang tercetus telah menyebabkan lebih dari 1000 orang terbunuh, yang kebanyakannya adalah umat Islam Rohingya. 

Majoriti penduduk Myanmar merupakan penganut agama Buddha dan mereka amat membenci rakyat Rohingya. Bahkan, Muslim Rohingya dinafikan hak kerakyatan dan dilabel sebagai imigran haram Benggali. 

Pembersihan etnik yang sedang berlaku di Myanmar telah mengorbankan ribuan nyawa dan mewujudkan ratusan ribu pelarian hanya dalam masa beberapa minggu sahaja. 
(https://www.menara.my/buddha-pasti-akan-membantu-rohingya-dalai-lama/)



IKLAN
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki
Boleh walau Bukan Warga Malaysia
Dikehendaki Segera!! 
Tukang Gunting Rambut Lelaki 
-Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
-Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
-Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
-Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 

Kelebihan / Kemudahan 
- Majikan yang prihatin 
- komisyen dan gaji terjamin. 
- lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
oleh ramai penduduk. 
- Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
- kedai berhawa dingin. 

Boleh bukan warga Malaysia.
Lokasi : Cheras, Selangor  & Chow Kit, KL.

Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 
011 33111321

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails