Monday, March 12, 2018

Bekas PM Pakistan Dibaling Kasut, M'sia Pun Ada..


ORANG ramai menahan pelajar yang membaling kasut ke arah bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di sebuah sekolah agama di Lahore. - Foto AFP 


LAHORE: Pelajar sebuah sekolah agama membaling kasut ke arah bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, hari ini, tindakan yang dianggap penghinaan besar di negara itu.
Sharif, yang disingkirkan tahun lalu berhubung dakwaan rasuah, kelihatan terkejut apabila kasut yang dibaling terkena bahunya ketika memberikan ucapan pada perhimpunan di sekolah itu di Lahore.
Kejadian berlaku sehari selepas individu membaling dakwat ke arah Menteri Luar, Khawaja Muhammad Asif, anggota parti pemerintah dan rakan rapat Sharif, ketika beliau berucap di perhimpunan parti di timur Pakistan.
Kejadian membaling kasut itu disiarkan secara langsung di saluran televisyen Pakistan.
Di dunia Islam, tindakan seumpama itu dianggap menghina.
Pelajar itu kemudian melompat ke atas pentas dan mula menjerit sebelum beliau ditewaskan orang ramai dan diserahkan kepada polis.
Menurut pegawai polis, lelaki berkenaan adalah pelajar sekolah itu.
Beberapa minit kemudian, pemimpin parti pembangkang, Pakistan Tehreek-e-Insaf, Imran Khan, dan musuh ketat Sharif yang kerap mengkritik bekas Perdana Menteri itu, mengutuk kejadian itu.
"Ini bukan saya untuk menonjolkan diri dan saya mengutuk siapa yang melakukannya," kata Khan. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia pun ada?. Sila lihat video ini..

(full video) - KEKECOHAN di Dewan Raja Muda Musa... MAHATHIR dibaling kasut... 13 Ogos, 2017


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

5 comments:

Anonymous said...

YAAA BENAR. KAT MALAYSIA ADA INSIDEN LEMPAR KASUT CUMA IA MUNGKIN GIMIK SAHAJA

https://www.thethirdforce.net/kekecohan-nothing-to-hide-2-0-dipercayai-perancangan-mahathir-sendiri/

Kekecohan Nothing to Hide 2.0 dipercayai perancangan Mahathir sendiri

“Dakwaan yang diajukan kepada Umno bahawa apa yang berlaku dalam program itu dengan kekecohan berlaku itu adalah perancangan Umno adalah tidak benar sama sekali”

KOTA BHARU: Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa menolak dakwaan parti Bersatu berhubung kekecohan yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 berpunca daripada perancangan Umno.

Ketua Penerangannya, Zarina Md Eusope berkata, berdasarkan pengalaman beksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengalaman politik yang luas, sudah tentu beliau dapat menduga apabila menganjurkan forum terbuka seumpama itu.

“Seolah-olah ada akan agenda, saya berpendapat bagi kes liwat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditimbulkan pada malam itu, ia berlaku pada zaman Mahathir, di mana Anwar hanya dikenakan caj salah guna kuasa.

“Kalau kita amati lebih jauh, saya percaya kejadian kekecohan di program Nothing to Hide 2.0 itu perancangan Mahathir sendiri,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian lempar kasut, baling kerusi dan suar pada program Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada Bersatu sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden ‘kerusi terbang’ Tun M selamat tidak tercedera]

Zarina yang juga Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa berkata, perkara itu berlaku kerana keegoan sendiri, sibuk dengan kuasa tanpa memikirkan nasib bangsa dan agama dan mengajak mana-mana parti, tidak kira Umno, Bersatu atau Pas berfikir sejenak dengan apa yang berlaku.

“Dakwaan yang diajukan kepada Umno bahawa apa yang berlaku dalam program itu dengan kekecohan berlaku itu adalah perancangan Umno adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Katanya, beliau berpendapat dalam situasi politik hari ini, tidak sepatutnya Mahathir menganjurkan forum sebegitu kerana sudah tentu akan menimbulkan huru-hara.

Sumber: Sinar Harian

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/11/mat-sabu-lempar-mikrofon-sebab-marah-pada-azmin/

Mat Sabu Lempar Mikrofon Sebab Marah Pada Azmin ?


FEBRUARY 11, 2016 AIDCNEWS2 COMMENTS
matAIDCNews- 11/2/16 –Seorang penyokong Parti Amanah Negara (PAN), Abe Awang Malaya mendakwa Presiden PAN, Mohamad Sabu (Mat Sabu) melempar mikrofon selepas berucap di ‘Himpunan 365-Genap Setahun Anwar Dipenjara’ di Penjara Sungai Buloh pada Selasa kerana marah dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak menghadiri program tersebut.

“Ya, Azmin… Azmin yang dulu kononnya orang yang paling setia kepada Anwar, digambarkan begitu selama berbelas-belas tahun…. Azmin yang dulu ketika baru bertatih nak belajar berjalan dalam politik, Abang Mat yang tolong pegang tangan takut rebah..Rupa-rupanya, semua itu hanya lakunan….

“Sikap dan perawakan Azmin yang separuh lembut, mukanya comel, cerah kulit, cakapnya teratur menyerlahkan budi bahasanya yang tinggi; semuanya itu menjadi selimut yang sangat berguna baginya.

“Dalam keadaan lanskap politik yang sudah jadi seperti ini, sekarang ini.. ketika Anwar masih dalam penjara, ketika Abang Mat sudah jadi Presiden Amanah, ketika Hadi Awang sudah berpeluk dengan Ibrahim Ali dan sudah pakai sedondon dengan Najib…. ketika ini…. menurut logika politik, Azmin sepatutnya menyebelahi Abang Mat, tetapi dialektika politik lebih memperlihatkan wajahnya.

“Rupa-rupanya, Azmin lebih menyebelahi Hadi Awang dan Najib….!!!,”katanya dalam Facebook semalam.

“Sekarang bukan main biadab lagi dia….. tak ada hati dan perasaan langsung terhadap kesengsaraan Anwar.. dasar muka tak malu….! Kamu naik kerana Anwar, sekarang kamu kurang ajar dengan orang yang nak bela Anwar, bekas musuh Anwar…!!!

“Mau Abang Mat tak baling mikrofon…..,”katanya lagi.

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/hangat/mat-sabu-dakwa-campak-mikrofon-perlahan/


Mat Sabu Dakwa Campak Mikrofon “Perlahan Saja”


KUALA LUMPUR – “Saya lontar mikrofon itu secara perlahan saja,” dakwa Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu.
Kata Mat Sabu, beliau berbuat demikian bagi menzahirkan kekecewaannya ke atas orang Melayu kerana tidak berani bangkit menumbangkan kerajaan melalui rusuhan dan demonstrasi jalanan.

Menurutnya, beliau kesal orang Melayu masih sibuk bercakap tentang khutbah di masjid dan ceramah di surau sedangkan Cina dan India tidak mendengar khutbah dan ceramah agama.

“Itu lambang kekecewaan saya kepada golongan pertengahan Melayu. Kalaulah 70 peratus rakyat bangun menolak Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan di laman Facebook rasmi PAN semalam.

Mynewshub pada 10 Februari lalu melaporkan Mat Sabu mencampak mikrofon di hadapan khalayak ramai dengan kasar selepas menyampaikan ucapan pada Himpunan Bebaskan Anwar baru-baru ini.

Tindakan itu dikecam orang ramai yang menyifatkan perbuatan berkenaan membayangkan mentaliti pemimpin pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memegang kuasa termasuk memupuk nilai-nilai agresif dalam kalangan pengikut mereka.

Mat Sabu dalam ucapannya, turut menghasut orang Melayu supaya berani melakukan rusuhan dan demonstrasi jalan seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kita di Malaysia apa kita buat. Nak kumpul 1 juta orang untuk jatuhkan Najib (Perdana Menteri) di Kuala Lumpur pun tak boleh,” katanya.

Beliau dalam pada itu menyelar ulama-ulama PAS kerana menjalin hubungan baik dengan kerajaan kebelakangan ini kerana perbuatan itu didakwa menyebabkan orang bukan Islam memandang serong kepada agama Islam. - MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Selfie d Amoy Mat Sabu Anggap cucu sahaja........ Kalau nak selfie langgar dada boleh la pakai alasan Mike Sabu

http://www.sinarharian.com.my/politik/dia-macam-cucu-saya-kata-mat-sabu-1.432249

'Dia macam cucu saya', kata Mat Sabu

SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohammad Sabu menjelaskan gadis Cina yang bergambar mesra dengannya semasa Himpunan Bersih 4.0 bulan lalu hanyalah dianggap sebagai cucu sahaja.

"Saya ingat dia macam cucu saya. Itu juga bukan jadi amalan kita. Ia berlaku di tengah-tengah ratusan ribu manusia, bukannya di taman bunga dan di tepi pantai," katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut langsung tidak dirancang oleh sesiapa. Orang puluhan ribu datang ambil gambar. Gadis itu bersama bapanya yang berada di sebelah kanan mahu berselfie.
"Anaknya yang begitu muda. Saya ingat dia macam budak sekolah, dianggapnya saya ini macam atuknyalah.

"Saya ingat budak tu macam cucu saya, (ketawa). Di tengah-tengah ramai yang hadir walau saya dikelilingi kawan-kawan yang menjaga. Nak jalan seratus meter pun kadang-kadang sampai sejam. Orang datang ambil gambar," katanya dipetik Malaysiakini.

Walaupun dikelilingi rakan-rakan yang mengawal pergerakannya, namun Mohamad berkata, tidak dapat berbuat apa-apa dengan kehadiran ratusan ribu peserta yang mahu bergambar dengannya.

Dalam pada itu, Mat Sabu turut menyangkal gerakan Harapan Baru gagal menarik peserta Melayu ke perhimpunan itu.

"Analisis itu sebagai suatu yang tidak adil.

"Kalau ada himpunan Bersih akan datang, kita lihat daripada Parti Amanah Rakyat, akan melimpah di Kuala Lumpur," katanya.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, peserta Melayu hanya kurang pada hari pertama perhimpunan tetapi ia bertambah pada keesokkan hari, sekali gus menafikan bahawa Bersih 4.0 adalah himpunan untuk kaum Cina

Anonymous said...

MENYOKONG DA-PIG MENYOKONG MUSUH ALLAH

Parti kafir harbi DA-Pig telah menyamun tanah tapak masjid dan menentang, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Dan berpuluh kampung dan gerai perniagaan Melayu Islam telah dirobohkan dalam negeri yang diperintah oleh rejim perkauman DA-Pig.

Bahkan pemimpin dan kroni DA-Pig terlibat dalam 66 skandal rasuah dll yang amat merugikan rakyat dan negara.

Malangnya sebilangan pemimpin dan barua munafik Melayu bersekutu, berkerjasama dan bersekongkol dengan DA-Pig menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU 14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails