Thursday, May 26, 2016

Rasuah Perempuan: Rafizi Mula Menyerang 'Khalid Ibrahim Ke 2'... Dedah Raja Petra.



Rafizi Mula Atur Langkah Kajang Kedua Terhadap Azmin
KUALA LUMPUR: Strategi menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali melalui Langkah Kajang yang kedua, telahpun dilancarkan, dakwa blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin.
Raja Petra, dalam satu tulisannya di laman Malaysia Today berkata, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menjadi dalang kepada Langkah Kajang 2.0, seperti mana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pandan itu dalam Langkah Kajang yang terdahulu sehingga membawa kepada pengunduran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tambahnya, dalam Langkah Kajang yang terdahulu, Rafizi sengaja membangkitkan isu rasuah dan salahguna kuasa, serta mendakwa Khalid sebagai seorang yang enggan bekerja dalam satu kumpulan malah, enggan mematuhi peraturan parti.


Jelasnya, kini, Azmin sedang  tuduhan yang sama seperti Khalid, tapi atas satu pengecualian, di mana dalam kes Azmin, terdapat dakwaan bahawa wanita dijadikan sebagai rasuah.
Namun, Rafizi dilihat semakin memperlahankan langkahnya dan memberi alasan bahawa dakwaan rasuah dan wanita tersebut bukan dakwaan umum, tetapi menyentuh hanya satu kes spesifik.
Walaubagaimanapun, menurut Raja Petra lagi, Rafizi enggan mendedahkan segala butiran terperinci berkenaan atas alasan kepimpinan tertinggi PKR hanya mahu menakut-nakutkan pihak yang terlibat, namun bukan berniat untuk mendedahkan secara serius mereka yang terlibat.
Jelasnya, perkara tersebut jelas menunjukkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Rafizi bukanlah mahu mengancam kerajaan negeri Selangor,tetapi hanya tertumpu kepada seorang individu sahaja.
“Rafizi enggan mendedahkan siapa penjenayah tersebut. Beliau hanya mahu mengugut untuk mendedahkan si pesalah jika pesalah terbabit telah melampaui batas dan melanggar semua kehendak parti,” katanya.
Terdahulu, satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan perempuan sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.
Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.
“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).
“Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat,” tulis Rafizi dalam kumpulan WhatsApp, Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Rasuah Perempuan',  Rafizi mula menyerang 'Khalid Ibrahim Ke 2'... Demikian kira-kira, dedah Raja Petra.

2 comments:

Anonymous said...

Ini cerita daripada orang yg pernah didapati bersalah kerana memfitnah TSKI dulu. Wajah perosak.

Anonymous said...

mungkin ke lpas prk sg bsr&kkangsr ada langkah pandan/gombak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails