Friday, May 27, 2016

Muslim China, Dipaksa Patuh Ateisme Marxis, Di M'sia, Muslim Dipaksa Patuh Sekularisme Anti Hudud.

Presiden China Xi 

Presiden China Xi Jinping sebagai pemimpin tertinggi Parti Komunis yang berkuasa, memberi amaran kepada rakyatnya, khususnya yang tinggal di Wilayah Xinjiang, untuk meninggalkan amalan ibadah Islam dan tetap memegang teguh ajaran ateisme Marxist.

Kenyataan Xi itu disampaikan dalam Persidangan Kerja Nasional Kedua Bidang Agama yang secara meluas dilaporkan oleh stesen televisyen kerajaan CCTV, seperti dilansir Indian Express, Kamis (26/5).

Xi berkata amaran itu ditujukan langsung kepada warga muslim Uighur yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dianggap menentang negara dengan pelbagai protes dan serangan. Menurut kerajaan Negeri Buluh itu, sebahagian besar warga di Xinjiang sudah teradikalisasi dan keadaan ini boleh memberi kesan serius.

Wilayah Xinjiang memang terletak berdekatan dengan sempadan Pakistan dan dari sanalah pemahaman Islam garis keras (??) masuk ke China. Menurut sejumlah kalangan pidato Presiden Xi dalam persidangan itu juga ditujukan kepada kerajaan Pakistan supaya menghentikan aliran pemahaman Islam garis keras ke Xinjiang.

Xi dengan tegas menyatakan tidak ada kompromi dalam dasar kerajaan untuk isu Islam garis keras ini. Dia juga memberi amaran kepada rakyat untuk menolak segala pengaruh atau ideologi dari kumpulan pelampau Islam.

Para pegawai Parti Komunis China jelas menyokong kenyataan Xi itu. Mereka memberi amaran kepada warga untuk menentang segala jenis makanan halal. kerajaan China. (IH)

China larang muslim ibadah, harus patuh pada ateisme Marxis
Muslim Uighur. muslimvillage.com 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di negara China, rakyatnya yang Muslim dipaksa mengamal ajaran agama negaranya A
teisme Marxis. Di Malaysia rakyatnya yang beragama Islam, dipaksa menganut ajaran sekularisme yang melarang perlaksanaan perundangan Islam, demi menjaga hati puak-puak keturunan pendatang bukan beragama Islam, yang diberi kerakyatan.

Di China, tuduhan yang dilebelkan kepada orang Islam ialah 'pemahaman Islam garis keras'. Di Malaysia orang Islam yang disebut 'golongan yang mahu kepada hudud'. Atau golongan yang menentang 'Islam liberal dan pluralisme (kononnya Islam sederhana, sesuai dengan masyarakat plural)'. Tuduhan yang hampir-hampir sama.

3 comments:

Anonymous said...

kalau betul apa yang kata - pm diam saja kenapa tak membantah keras
atas sikap china kominis ni
takut manusia atau takut Allah

Anonymous said...

PAN pula takut rocket. Al maklum khadam.

Jadi tak payah mengata la. Dulu Mat Sabu kata kami mahu jadi wakil rakyat bukan wakil tauey. Tapi la ni PAN jadi khadam (Kira lagi barua dari wakil) DAP .

Anonymous said...

DAP mahu memusuhi Islam: Hadi Awang


MARANG, Jumaat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam.

Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.

Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan.

“DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.

“Saya turut kesal dengan PAN (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik,” katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, Abdul Hadi mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu.

Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedang­kan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Abdul Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik.

Abdul Hadi berkata ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini.

“Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam.

“Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan,” jelasnya. – Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails