Tuesday, August 07, 2012

Ini Waris Ibrahim Pendek, Baru Nak Bela?


Waris Ibrahim Pendek seramai 17 orang tinggal di rumah usang di Tanjung Bruas, Melaka.

MELAKA – Penderitaan keluarga pelakon Allahyarham Ibrahim Pendek yang kini tinggal di sebuah rumah usang bakal berakhir apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersetuju membina rumah baharu untuk keluarga berkenaan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron yang berkata, rumah tersebut bakal dibina di atas sebidang tanah yang akan dikurniakan kepada keluarga pelakon filem komedi Ali Baba Bujang Lapok arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee itu.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, pihaknya telah berbincang dengan kerajaan negeri Melaka mengenai cadangan tersebut.

“Sekiranya ada mana-mana tanah negeri yang kosong, ia akan diberikan untuk ahli keluarga Allahyarham Ibrahim Pendek.
“Saya sendiri selaku Pengerusi SPNB telah bersetuju meluluskan pembinaan sebuah rumah untuk ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekarang baru nak bela, sebelum ini, buat apa?

1 comment:

Anonymous said...

sy ank arwah ibrahim pendek...d sini yg bnyk mmbantu sy adla datuk bandar zainal abu..tp sy masih blom mndpt rumah lg..tp tidak mngapa sy masih ad rumah lama lg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails