Wednesday, November 10, 2021

Dron AS hampiri latihan tentera: Iran keluar amaran

 

Gambar fail diperoleh pada 7 November 2021 menunjukkan jet pejuang ketika latihan tentera Iran yang dikenali sebagai 'Zulfiqar 1400', di kawasan pantai Teluk Oman, Iran. (Foto Agensi Berita Asia Barat)/Edaran melalui Reuters.

DUBAI: Tentera Iran memberi amaran kepada dron milik Amerika Syarikat yang cuba mendekati latihan perang Iran berhampiran muara Teluk, kata penyiar negara, IRIB pada Selasa.

Latihan tahunan itu berakhir pada hari Selasa, beberapa minggu sebelum penyambungan semula rundingan antara Tehran dan kuasa dunia itu untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015.

“Pesawat ini (drone RQ-4 dan MQ-9 AS) bagaimanapun menukar laluan mereka selepas menghampiri sempadan Republik Islam Iran berikutan pemintasan dan amaran tegas pertahanan udara Iran,” lapor IRIB.

Latihan itu meliputi kawasan dari timur Selat Hormuz ke utara Lautan Hindi dan sebahagian daripada Laut Merah. Kira-kira satu perlima minyak yang digunakan secara global perlu melalui laluan air strategik Selat Hormuz di Teluk.

Konfrontasi berkala telah berlaku antara tentera Iran dan tentera AS di Teluk sejak tahun 2018, apabila bekas Presiden AS, Donald Trump keluar daripada pakatan nuklear dan mengenakan semula sekatan keras terhadap Tehran. – HARAKAHDAILY 9/11/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Pesawat ini (drone RQ-4 dan MQ-9 AS) bagaimanapun menukar laluan mereka selepas menghampiri sempadan Republik Islam Iran berikutan pemintasan dan amaran tegas pertahanan udara Iran,” lapor IRIB.

Rupanya, takut juga AS kepada Iran. Bagaimana pencabulan Singapura ke atas ruang angkasa Malaysia tempoh hari?

Sila lihat siri PRN Melaka:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails