Sunday, October 17, 2021

PRN Melaka (13): PAS letak calon. Siapa berapa?

 


KOTA BHARU: PAS meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun beliau berkata, berhubung dengan nama calon dan jumlah bilangan kerusi yang akan bertanding masih belum diputuskan.

Namun katanya, untuk berdepan dengan PRN Melaka satu jawatankuasa induk dan jawatankuasa operasi telah ditubuhkan bagi merangka strategi menghadapi keadaan serta perkara berkaitan khususnya.

“Berkenaan dengan bilangan dan calon masih belum diputuskan lagi, tetapi buat masa ini kita telah menubuhkan jawatankuasa induk PRN yang akan diketuai Naib Presidennya, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“PAS akan mengambil alih dalam PRN cuma macam mana konsepnya itu belum diputuskan lagi. Jadi saya sebagai Setiausaha Agung boleh mengesahkan bahawa kita mengusahakan dan mengharapkan pelaksaannan PRN Melaka juga berteraskan muafakat sebagaimana kita di peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu kali ke-54 di Hotel Grand Rever View (GRV), di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu turut dihadiri oleh Ahli PAS Kota Bharu yang menyertai secara hibrid.

Namun, dalam perkembagan sama, beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan terus komited dan bersama dengan semua parti yang turut bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Terahulu, DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membuat keputusan itu.

Ia selepas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran kepada Tun Mohd Ali susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Empat bekas ADUN itu adalah Dato’ Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Dato’ Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Dato’ Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Dato’ Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Mengulas lanjut kata Takiyuddin, Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 yang akan diadakan di Terengganu secara hibrid dengan sesi sama ada melibatkan kehadiran perwakilan atau secara maya.

Malah, sekiranya membabitkan kehadiran, jumlah kehadiran dihadkan sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

Sila lihat siri PRN Melaka:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails