Thursday, October 21, 2021

Presiden PAS, ini kejayaan kita.. Bukan DAP?

 


Inilah kejayaan kita – Presiden PAS

KUALA LUMPUR: PAS menganggap penyatuan parti politik di bawah Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah kejayaan dalam usaha penyatuan parti politik Islam di Malaysia.

Pesidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata usaha menyatukan orang Islam bukan satu kerja yang mudah memandangkan orang Islam telah lama dipengaruhi fikiran penjajah.

Katanya, sebahagian orang Islam menganggap Islam hanyalah agama ketika beribadat sahaja, bukan agama yang sempurna.

“(Situasi ini berlaku) sehingga dalam kalangan orang Islam sendiri bercakap dan menghina hukum Islam kerana kejahilan mereka. (Oleh itu), kita terpaksa mengubati kejahilan ini.

“Alhamdulillah, hasil daripada kegigihan kita, kita telah berjaya menyelamatkan (orang Islam) daripada kejahilan ini,” katanya dalam ucapan khas sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan di laman rasmi Facebooknya, semalam.

Menurut Tuan Guru, pandangan mengenai agama tiada kaitan dengan politik sudah tidak kedengaran lagi, dan jika ada sekalipun hanya isu terpencil.

Katanya, pendapat bahawa hukum islam tidak sesuai di dalam politik juga sudah tidak berani diluahkan secara umum lagi.

Justeru itu, kata Tuan Guru, keadaan itu menjadi indikasi kejayaan PAS walaupun bukan semua rakyat Malaysia menjadi ahli PAS.

Menurutnya, kejayaan itu dapat dicapai melalui kerjasama yang dibina melalui parti politik Islam di tanah air bermula dengan Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

“Bermula dengan Gagasan Sejahtera, kita masuk pilihan raya secara bersendirian, dan kita berjaya memerintah dalam keadaan terus mempertahankan Kelantan, mengambil alih semula Terengganu dan memimpin semula kerajaan Kedah, ini kejayaan kita.

“Kemudian kita berjaya mengambil alih kerajaan pusat bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional, iaitu apabila PAS dan Umno mengajak parti Melayu yang berada di luar kerajaan untuk bersama,” katanya.

Menurut Tuan Guru lagi, tidak cukup dengan parti di luar kerajaan, Muafakat Nasional turut mengajak parti di dalam kerajaan, iaitu Bersatu untuk bersama dengan Muafakat Nasional.

Katanya, muafakat yang dijalinkan mestilah turut disertai oleh semua kumpulan islam, bumiputra dan orang bukan Islam untuk diajak bersama, bukan sekadar Umno dan Bersatu.

“Semua kita ajak bergabung, kalau sebahagian sahaja (yang diajak), itu tidak selari dengan sifat dan ciri parti Islam. Kita mengajak Muafakat Nasional disertai oleh tiga parti Melayu Islam yang besar untuk bersama.

“Oleh kerana kita memerlukan kerjasama dengan kalangan orang bukan islam, termasuk di Sabah dan Sarawak, maka kita tubuhkan Perikatan Nasional.

“Perikatan Nasional adalah tonggak yang penting sehingga kita berjaya mengambil alih pemerintahan negara sehingga hari ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/10/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden PAS, ini kejayaan kita.. Bukan DAP? Mengapa dikatakan 'bukan DAP'? Kerana DAP anti Islam. Lihat berita ini.. 

15 HUJAH DAP ANTI ISLAM

Hari ini adalah hari pendengaran keputusan Kes Saman Teresa Kok terhadap Ustaz Syarhan Humaizi Halim dalam kenyataan mendedahkan DAP anti Islam. Namun perbicaraan menjurus kepada point link yang dikongsikan dalam kenyataan Ustaz Syarhan tidak kepada Kenyataan sebenar Pendedahan Ustaz Syarhan KP PAS Selangor pada ketika itu.

Ada 15 Perkara Info Poster yang Dewan Pemuda PAS Selangor sediakan secara ringkas untuk kita memahami dan seterusnya mengetahui secara berfakta bahawa DAP ANTI ISLAM.

Insyallah Saya bersama dengan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor akan hadir pada sesi akhir pendengaran Keputusan dalam Kes ini.

Saya memohon kepada semua anak muda dan Rakyat Malaysia agar mendoakan kemenangan dala Kes ini, dan Insyallah ia membuka jalan kepada kita untuk membuktikan DAP ANTI ISLAM.

Ayuh Semua kita ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi sama-sama kita bersolidariti kepada Ustaz Syarhan Humaizi Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.

Ustaz Pi.
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Selangor

...

..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails