Sunday, October 17, 2021

Lawak.. 'Tak jadi bunuh &bakar diri sebab panas'

 

Lori yang dibakar seorang lelaki di sebuah kandang lembu di Junjong. - Foto PDRM

KULIM: Berang dengan tindakan rakan sekerja menuduhnya mengambil wang sumbangan untuk membeli dadah, seorang lelaki bertindak membakar lori dan pondok kediaman pekerja ladang lembu di Junjong, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, lelaki berusia 30-an mendakwa dirinya tertekan dengan tuduhan berkenaan menyebabkannya bertindak membakar lori serta pondok untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazali Adam, berkata suspek bagaimanapun terpaksa membatalkan hasratnya membunuh diri dengan keluar daripada pondok itu kerana tidak tahan panas.

Beliau berkata, kejadian disedari pengurus ladang yang tiba di lokasi dan terkejut apabila melihat lori dan pondok yang menempatkan tiga pekerja terbakar.

"Pengurus ladang berkenaan kemudian menyoal pekerjanya dan suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

Pondok kediaman pekerja dibakar seorang lelaki di Junjong. - Foto PDRM

"Mendengarkan jawapan itu, pengurus terbabit terus membawa suspek ke Balai Polis Junjong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sazalee berkata, hasil siasatan lanjut suspek memberitahu dia membakar lori dan pondok kediaman pekerja itu menggunakan selimut.

"Suspek mendakwa dia tertekan dengan kata-kata buruk rakan sekerja yang menuduhnya mengambil wang sumbangan badan keagamaan untuk membeli dadah.

"Siasatan mendapati lokasi kejadian itu terletak jauh dalam sebuah ladang sawit," katanya.

Katanya, polis turut merampas sehelai baju, seluar jeans, sepasang selipar dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika membakar lori dan pondok itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 436 Kanun Keseksaan. (BH).


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails