Monday, November 08, 2021

Penurunan harga lonjak rumah PP, baik untuk kera di hutan?

 

Penurunan harga lonjak permintaan rumah di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Ivory Properties Group Bhd menjangkakan peningkatan permintaan hartanah di Pulau Pinang, disokong oleh pembukaan semula sempadan, pelan rangsangan kerajaan dan penurunan harga hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Low Eng Hock berkata harga hartanah turun disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan ini dijangka merangsang pembelian hartanah daripada pelabur atau penghuni, terutama dengan pengumuman inisiatif oleh kerajaan dalam Bajet 2022.

"Kami menjangkakan peningkatan permintaan terhadap hartanah kediaman, terutama daripada orang luar dari Hong Kong, China, Singapura serta anak jati Pulau Pinang yang menetap di luar negara.

"Kami menjangkakan sempadan antarabangsa akan dibuka tidak lama lagi dan berharap dapat mengalu-alukan lebih ramai pembeli dan pelabur, serta penyedia kewangan asing kerana mereka adalah pemacu utama operasi kami," katanya kepada Bernama.

Semasa pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan jaminan RM2 bilion menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (HCGC) untuk memudahkan pinjaman kepada mereka yang tidak memiliki bukti pendapatan stabil serta pelepasan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi hartanah yang dilupus mulai tahun keenam dan seterusnya.

Projek dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.14 bilion sedang dalam perancangan.

Ketika ini, katanya satu daripada projek yang sedang dibangunkan kumpulan termasuklah podium komersial empat tingkat dengan 312 unit suite berperkhidmatan, The Wave, iaitu fasa ketiga projek Penang Times Square.

"Dengan anggaran GDV kira-kira RM500 juta, projek itu ketika ini telah 90 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2022," katanya.

Pada masa depan, katanya kumpulan hartanah yang berpangkalan di Pulau Pinang itu akan melancarkan beberapa projek dengan GDV RM2.14 bilion.

Menurutnya, satu daripada projeknya, Crown Penang, suite berperkhidmatan 40 tingkat bernilai RM340 juta yang terletak di kawasan seluas 0.81 hektar dijangka dilancarkan tahun depan dan akan menampilkan teknologi rumah pintar canggih seperti lift pintar, yang menyediakan tokokan nilai serta keselesaaan kepada pemilik rumah dan pelabur.

Ivory Properties juga merancang melancarkan fasa empat dan lima Penang Times Square, masing-masing terdiri daripada hotel moden dengan GDV RM410 juta dan hotel butik bergaya dengan anggaran GDV RM155 juta.

Eng Hock berkata, Ivory Properties meninjau beberapa kawasan utama dengan potensi pertumbuhan di luar Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas termasuk Kuala Lumpur dan Perak, tetapi beberapa rancangannya terpaksa ditangguh disebabkan pandemik.

"Kami berhasrat untuk membina jenama kami dengan membina rumah yang boleh dilaksanakan dan menguntungkan bagi kepentingan pemegang saham kami, sekutu perniagaan dan kakitangan.

"Terdapat beberapa projek yang sedang dalam perancangan pembangunan di luar Pulau Pinang termasuk pembangunan Grand Connaught dan Avenue 8 Residence di Sungai Besi," katanya.

-BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya penurunan harga lonjak permintaan rumah di Pulau Pinang tidak memberi apa-apa pembelaan kepada rakyat miskin berbagai kaum Pulau Pinang.. apa lagi kepada bumiputera atau anak jati pelbagai kaum yang tertindas di bumi Allah Pulau Pinang ini.

Kerajaan Pusat perlu campur tangan..

Kerajaan Pusat perlu campur tangan, ini juga masalah nasional. Terdapat beberapa projek yang sedang dalam perancangan pembangunan di luar Pulau Pinang termasuk pembangunan Grand Connaught dan Avenue 8 Residence di Sungai Besi.

Bagaimana rakyat miskin berbagai kaum, bumiputera atau anak jati tempatan tertindas di bumi Allah Pulau Pinang ini? Mereka tetap 'pi mai pi mai, tang tu jugak nu'. Harap kerajaan negeri? Kera di hutan disusukan, anak sendiri menangis ditinggalkan! 

Porrah!!

7 comments:

Anonymous said...

Aku tak sengaja.

Penulis Harakahdaily, Roslan Shahir yang menulis, “Husam: PAN parti diktator” dan disiarkan di portal rasmi Pas tersebut pada 14 September 2020 tampil memohon maaf hari ini. Dia yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor itu telah menuIis artikel tersebut selepas merujuk kepada satu laporan The Malaysian Insight pada tarikh sama bertajuk, “Husam letak jawatan naib presiden Amanah, kata sumber”. “Saya secara tidak sengaja telah menerbitkan berita yang disiarkan oleh portal The Malaysian Insight yang tidak dipastikan kesahihannya. “Pun begitu, saya sedar bahawa kandungan artikel tersebut boleh membawa maksud dan pemahaman yang berbeza kepada para pembaca terutamanya kepada YB Mohamad bin Sabu apatah lagi setelah YB Mohamad bin Sabu membuat penafian seperti yang disiarkan dalam satu laporan lain oleh portal The Malaysian Insight pada 15 September 2020,” katanya hari ini. Sehubungan itu, Roslan ingin memohon maaf kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja. Dalam masa sama, dia turut meminta pihak Harakahdaily menarik balik penyiaran artikel tersebut. “… saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Mohamad bin Sabu sekiranya artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama baik YB Mohamad bin Sabu. “Saya juga telah meminta pihak Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi menggunapakai dan membuat rujukan kepada artikel tersebut di masa hadapan,” katanya lagi.

Tmah 8 dah jadi 22. takdirr...
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anonymous said...

PRN Melaka | Awak YB atau sya YB..!! Norhizam tanding Bebas, 'Beliau' 80% keyakinan menang...

yg undi pun beliau beliau semua.. kikiki

Persoalan ke mana hala tuju bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terjawab selepas beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas.

#uYBatauiYB

Anonymous said...

Rekod terhebat sepanjang zaman rm 90 juta. Sekarang cabut lari. Minta maaf pun tidak.

Anonymous said...

Ingat lagi manifesto bukan kitab suci. Kitab tidak suci, gunanya untuk kencing rakyat.

Anonymous said...

UMNO ingat kah lagi PAS selamatkan BN pada tahun 2013/2014 bila mereka tolah black september oleh PKR dan sekutu mereka?

Anonymous said...

Rakyat dah bijak. Tolak politik rasuah. Tolak politik kencing. Tolak politik lompat lompat. Pilih parti yg istiqamah. Tolak politik yg mendewakan dap.

Anonymous said...

Mahkamah Tinggi hari ini menolak usaha kerajaan untuk melucut hak barangan mewah yang disita daripada Najib Razak, Rosmah Mansor dan anak-anak mereka oleh polis selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

Ini fitnah kerajaan ph, masa atok, abam dan eng guan bergabung tenaga menjatuhkan org melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails