Tuesday, November 02, 2021

PRN Melaka (18): Hampir diputuskn, 2 B/ADUN UMNO sertai PH.

MELAKA: Nasib dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sama ada berpeluang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini, masih dalam perbincangan dan hampir diputuskan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu masih lagi dibincangkan dalam kalangan parti komponen PH membabitkan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

"Sekarang hampir dimuktamadkan, hanya dua ADUN yang asalnya daripada UMNO (dan) status mereka boleh diterima. Ada juga perbincangan panas, yang panjang untuk memuktamadkan keputusan," katanya dalam ucapan pelancaran jentera PH bagi PRN Melaka diadakan secara maya, malam ini.

Mengenai calon yang akan bertanding pada PRN berkenaan, Anwar yang juga Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson berkata, ia belum dimuktamadkan dan masih lagi di peringkat saringan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November, manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

4 comments:

Anonymous said...

ENEMY AT THE GATE PART 10: KHAS UNTUK BARUA DAP@LEE KWAN YEW : BAGUS SANGAT KAH SINGAPURA.!?

http://www.ibnuhasyim.com/2021/11/penyanyi-rap-singapura-didakwa-dap.html?m=1

ANDA NILAIKAN CATATAN SAUDARA YANG MENDAKWA DIRINYA BEKAS WARGA SINGAPURA

NUKILAN DARI ZAHARAH SHAH ALAM����BEKAS WARGA SINGAPURA.

Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa selain dari bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini orang Melayu Singapore pun terperanjat & 'confused'.

Untuk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu dan anak-anak muda di sana telah mula mengundi pembangkang.

Yang PM Lee kata pasal 2 orang PILOT, itulah saja pilot Melayu yg mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sahaja. Army dalam 'Special Force' pun Melayu tidak boleh masuk.

Kenapa saya boleh kata begitu ? Saya bekerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 16 tahun. Kami yg menjaga semua urusan Politic PAP, Economy, Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ, Traffic Police & Education.

Pasal masjid, Mendaki etc, yang disebut oleh PM Lee, ingin saya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura diWAJIBkan menyumbang dengan kenakan potongan gaji setiap bulan ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid ditanggung oleh orang Melayu / Islam sendiri.

Orang sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di'control' oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, "PAY AND PAY".

Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave & Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi.

Semua pekerja kena potong gaji setiap bulan untuk biaya rawatan. Bagi orang-orang tua yang tidak mampu, anak-anaklah kena tanggung bayar. Kalau tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak peduli.

Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 dan SEMUA TANGGUNG BERES.

'Carpark' di HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 utk open space atau $180 utk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bulan. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu & cukai tahunan. Rumah flat lama yang mahu diperbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat.

CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap orang mesti ada duit simpanan dalam CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung orang Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan $280-$450 sahaja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dalam akaun CPF itu.

Untuk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection utk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk sahaja kerana sudah dianggap tiada harga jualan lagi. Kalau mahu maintain juga mesti kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi.

Ketika saya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun & insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun untuk kenderaan 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri.

Pada barua DAP@Lee Kwan Yew masa barua nak puja puji tokong dah tamat... insaf insaf dan insaf lahh...!!

sambung...

Anonymous said...

haahh sambung...!!!

Pernah ke orang Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kpd “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee & family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P & legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dengan pembangkang.

"Ini lah pemerintah super kroni super nepotisme ultra kiasu..yg barua DAP@LeeKwanYew terkinja bangang tak keruan..!!"

Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP-lah yang membantu DAP Lim Kit Siang untuk menang.

Kenapa saya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, saya diwajibkan masuk PAP, & saya juga terlibat dalam politik PAP. Kerana saya pemegang Scholarship Lee Kuan Yew dalam bidang Economy & Political Science. Atas sebab itu dan keahlian PAP jugalah saya sebagai satu-satunya anak Melayu yang boleh bekerja di National Safety Council of Singapore.

Masa Malaysia - Indonesia eratkan hubungan ekonomi budaya sesama serumpun dan tinggalkan lupakan Singapura yang tidak membantu.. If you friend with Singapore then you don't need enemy.. Lupakan Singapura tinggalkan Singapura

Anonymous said...

125 saksi dijangka dipanggil bicara rasuah Lim Guan Eng. Kes bunuh saksi utama rasuah torwong di P. Pinang sudah masuk 4 minggu berlalu. Haramjadah tak ada perkembangan lansung...!!!!

Seramai 125 saksi termasuk beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, kepada media selepas selesai prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini.

"Antara dokumen yang diserahkan kepada pihak pembelaan adalah laporan forensik telefon, laporan bahagian analisis kewangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes rasuah Lim Guan Eng menyatakan seorang Saksi beli jam tangan mewah berharga RM40,000. Seorang broker jam tangan hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng, membeli seutas jam tangan mewah buatan Switzerland bernilai RM40,000 daripadanya.

G Rajan, 66, berkata, beliau membeli tangan jam berjenama Maurice Lacroix daripada seorang pengedar atas permintaan Zarul Ahmad, pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Bicara kes rasuah Guan Eng sebanyak RM31.269 juta dibayar melalui dua lot tanah.
Mahkamah Sesyen di sini diberitahu dua bidang tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang digunakan sebagai pembayaran bagi projek melibatkan tiga jalan utama dan projek terowong dasar laut di negeri itu sekitar 2011.

Lim didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Daripada jumlah tersebut, pemindahan masing-masing melibatkan tanah bernombor LOT 702 dan 713 digunakan bagi membayar Kos Kebolehlaksanaan melibatkan tiga jalan utama sebanyak RM31,269,325.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Seorang ahli perniagaan terkenal yang meninggal dunia selepas terjatuh dari kondominium di Pulau Pinang adalah saksi utama dalam kes rasuah projek terowong dasar laut bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng, kata sumber.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, lelaki berusia.
Sampai Hari Ini Sudah 3 Minggu Saksi Penting Kes Rasuah Yang Mati Jatuh Kondo Di P Pinang Masih Belum Tahu Siapa Punya Angkara ?? Siasatan Polis sudah sampai mana..!? Tak kan tiba tiba senyap pekak dan bisu ..!!

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Anonymous said...

Ayuh kita sokong pas. Akar umbi pas terdiri daripada pelbagai golongan. Ada juga golongan profesional dan ulamak. Mereka semua sangat tenang tetapi bersemangat dengan kepimpinan pas yg bersih dan bebas rasuah. Sopan dan tersenyum tetapi punya buah fikiran yg terkehadapan dan bersemangat. Tolak tepi perkara remeh dan kebudakan. Kejayaan dan kemodenan di bawah Islam zaman khalifah jadi ikutan negara barat. Tolak budaya rasuah, lompat parti, faham liberal. Kita bantu tin milo sebagai lambang jihad dan lambang perpaduan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails