Monday, November 01, 2021

Pemimpin tertinggi Taliban buat penampilan umum pertama

 

Pemimpin tertinggi Taliban, Haibatullah Akhundzada. - Foto AFP

KABUL: Pemimpin tertinggi Taliban, Haibatullah Akhundzada membuat penampilan umum pertamanya selepas berucap kepada penyokong di bandar Kandahar di selatan Afghanistan, hari ini.

Akhundzada menjadi ketua pemimpin agama gerakan Islam sejak 2016 tetapi kekal sebagai tokoh enggan dikenali, walaupun selepas kumpulannya merampas kuasa di Afghanistan pada Ogos lalu.

Sifat merendah diri beliau telah menimbulkan spekulasi mengenai peranannya dalam kerajaan baru Taliban dan juga khabar angin mengenai kematiannya.

Semalam, beliau melawat madrasah Darul Uloom Hakimah untuk bercakap dengan tentera dan pengikutnya yang berani.

Terdapat kawalan keselamatan yang ketat pada majlis itu dan tiada gambar atau video tetapi rakaman audio selama 10 minit dikongsi oleh akaun media sosial Taliban.

Akhundzada disebut sebagai 'Amirul Mukminin' atau panglima orang beriman kerana memberikan mesej agama.

Namun, ucapan itu tidak menyentuh politik, tetapi memohon keredaan Tuhan untuk kepimpinan Taliban.

Beliau mendoakan semua syuhada Taliban, pejuang yang cedera dan kejayaan pegawai Emirat Islam dalam 'ujian besar' ini.

Akhundzada dilantik sebagai ketua Taliban dalam peralihan kuasa yang pantas selepas serangan dron Amerika Syarikat 2016 membunuh pendahulunya Mullah Akhtar Mansour. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails