Sunday, October 31, 2021

China kecam kajian 'politik dan palsu' AS. PH tiru tektik jijik itu..

 

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin. - Foto AGENSI

China tolak laporan 'politik, palsu' AS mengenai asal-usul COVID-19

BEIJING: China mengecam kajian perisikan Amerika Syarikat (AS) mengenai asal-usul pandemik COVID-19 dengan menyatakan ia 'politik dan palsu' sambil menggesa Washington untuk 'berhenti menyerang' negara itu.

Kecaman Kementerian Luar China itu dibuat beberapa hari selepas Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan AS mengeluarkan versi lengkap penemuannya daripada penilaian 90 hari yang diarahkan oleh Presiden, Joe Biden.

Laporan itu menyatakan, tanpa maklumat baharu, agensi perisikan tidak akan dapat memberikan penilaian yang lebih baik sama ada virus itu muncul melalui penularan haiwan ke manusia atau kebocoran makmal.

Ia menambah bahawa kerjasama China mungkin diperlukan untuk mencapai penilaian muktamad pada asal usul, walaupun menegaskan bahawa Beijing terus 'menghalang penyiasatan global'.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menjawab dalam satu kenyataan bahawa Beijing membangkang tegas terhadap penemuan awal yang diterbitkan dalam laporan ringkasan pada Ogos lalu.

"Tidak kira berapa kali laporan ini diterbitkan dan berapa banyak versi yang diada-adakan, ia tidak boleh mengubah sifat ini menjadi politik dan palsu sepenuhnya.

"Fakta agensi perisikan telah diselidik dalam usaha mengesan asal-usul itu bukti kukuh politik dan menggesa AS 'berhenti menyerang' dan memburuk-burukkan China," katanya.

Ogos lalu, Biden berkata, China menyembunyikan 'maklumat kritikal' mengenai asal-usul COVID-19, sambil menambah bahawa pegawai China berusaha untuk menghalang akses bagi penyiasat antarabangsa.

Walaupun penilaian Biden dilancarkan semasa teori kebocoran makmal mendapat momentum, laporan itu menyatakan bahawa kebanyakan agensi percaya virus itu tidak direka bentuk secara genetik. - AFP

Komen weblog Ibnu Hasyim: Begitukah tektik dan strategi AS yang digunakan oleh PH (Pakatan Harapan) sewaktu merampas kerajaan 22 bulan di Malaysia tempoh hari? Tertipu habis rakyat Malaysia..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails