Sunday, May 16, 2021

Israel teragak-agak, takut, gentar lancar serangan darat, mengapa?

 

1. Zionis Israel takut lancar serangan darat – TG Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Menang kalah sesuatu perperangan bukan ditentukan melalui perperangan udara, tetapi perperangan darat, kata Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, kejayaan Palestin membalas serangan Zionis Israel secara bertubi-tubi dan bertali arus adalah sesuatu perkara yang baharu dalam perperangan antara pemilik tanah Palestin dan penceroboh itu.

Bahkan, serangan yang dilancarkan Palestin hanyalah serangan udara, bukan serangan darat.

Malah katanya, beliau melihat Zionis Israel teragak-agak, takut dan gentar untuk melancarkan serangan darat kemungkinan bimbang terperangkap di dalam kecanggihan senjata Palestin.

“(Kita lihat) apa yang berlaku ialah serangan udara secara bertubi-tubi dan bertali arus dan dibalas oleh Palestin. ‘Smooth’ kepada Palestin menggunakan senjata yang diberi (kepada) mereka, melancarkan serangan balas ke dalam Israel.

“(Itu) apa yang tidak dapat dibuat selama ini. Ini adalah serangan udara sahaja, yang menjadi penentu kepada peperangan menang dan kalah ialah perperangan darat. Kita menunggu perperangan darat bila (akan) berlaku.

“Kita nampak bagaimana Israel teragak-agak dan takut untuk melancarkan serangan darat, mereka takut terperangkap dengan senjata yang canggih, yang dipunyai oleh Palestin, belum lagi Iran, Turki yang ada di Syria, Lubnan, belum lagi. Yang ada di Palestin, mereka sudah tidak boleh mengatasi.

“Apa yang disebut (dimaksudkan) ialah sistem pertahanan kubah besi (iron dome) untuk melindungi Israel daripada serangan roket, ditembusi oleh serangan-serangan Palestin dengan senjata yang canggih,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Pelancaran Kempen #Aid4Palestine yang diadakan secara maya, malam ini.

Tambah Presiden PAS itu, dengan kejayaan yang diperoleh Palestin dalam menentang Zionis Israel ketika ini, kemungkinan besar akan berlaku usaha Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar dunia memujuk negara-negara Islam dan Arab menggenjat senjata.

Kononnya genjatan senjata tersebut adalah untuk berdamai, sedangkan agenda sebenar adalah untuk menyelamatkan Zionis Israel, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

“Dengan sebab itu kemungkinan besar berlaku usaha genjatan senjata, oleh Amerika dan kuasa-kuasa besar dunia (untuk) mempengaruhi negara-negara Islam, negara Arab supaya menerima genjatan senjata, tujuannya bukan untuk mendamai, untuk selamatkan Israel yang ganas.

“Usaha sedang dijalankan sekarang, kita mengharapkan supaya kemenangan itu dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa, supaya kita dapat menunjukkan (bahawa) Islam adalah suatu kekuatan ummah, yang mesti ditegakkan,” katanya lagi.

Beliau di akhir ucapan menyeru rakyat Malaysia membantu mengikut kemampuan serta berdoa untuk Palestin yang sedang menentang musuh paling besar umat Islam, iaitu Zionis Israel. – HARAKAHDAILY 15/5/2021

2. MB Kedah jual kereta bantu Palestin 

Muhammad Sanusi sanggup menjual kereta Volvo miliknya untuk disalurkan kepada tabung kemanusiaan Palestin. - Foto fb Muhammad Sanusi

ALOR SETAR: Demi membantu penduduk Palestin yang sedang diserang rejim Zionis ketika ini, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sanggup menjual kereta Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) untuk disalurkan kepada tabung kemanusiaan PAS Relief.

Muhammad Sanusi menerusi hantarannya di Facebook hari ini, berkata kereta itu ditawarkan dengan harga bidaan bermula RM55,000 selepas membeli kereta itu dengan harga RM60,000 pada 2018.

"Kereta ini saja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat kepada kereta ini, tetapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

"Sejak beli, saya membuat pembaikan, tukar alat ganti yang kurang elok dengan yang baharu, sedikit demi sedikit sampai rasa macam bawa kereta baharu, tetapi tidaklah 100 peratus macam baharu.

"Pendek kata, keadaan kereta ini terbaik, tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi jika bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit. Saya belum sempat bawa pergi baiki," katanya.

Semalam media melaporkan, jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.

Sejak serangan yang berlaku pada Isnin lalu, sekurang-kurangnya 103 orang maut termasuk 27 kanak-kanak, manakala 580 lagi cedera dan ini disahkan Menteri Kesihatan Palestin di Gaza.

Muhammad Sanusi berkata, mereka yang berminat melakukan bidaan kereta itu boleh terus menghubunginya menerusi akaun Facebook Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, bidaan itu akan dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada jam 3 petang Selasa ini.

"Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini dan mereka boleh membayar terus ke Akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PAS Relief (564070614481 atau 564070612333)," katanya. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Harga bidaan menarik agak agak Marina Gereja atau Siti Kassim Dr Farida G25 nak beli tak lelong murah tu yerr nak bantu sedara mereka kat Palestine sana...!!

Anonymous said...

Hati mereka tak terpetik dengan rakyat palestin. Hati mereka terpetik sakit jika mangsa itu bangsa dap. Siti, Marin dah Dr, jenis liberal yg langsong tak faham islam.

Anonymous said...

Jom doakan agar Hamas dapat mengebom landasan2, runway/infra jet2 Israel.

Anonymous said...

Harap negara2 OIC yg diketuai oleh Erdogan dapat menghantar dengan segera sejumlah tentera dari negara masing2 dan juga bekalan senjata2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails