Tuesday, May 18, 2021

5 ahli kumpulan Abu Sayyaf ditembk mati di Beaufort, Sbah.

Lima ahli kumpulan ASG yang mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan polis Kontinjen Sabah di kawasan rumah setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort.

KOTA KINABALU: Polis Sabah melumpuhkan kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG) selepas menembak mati lima lelaki di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, semua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah yang menjalankan operasi Ops Khas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, seorang daripada suspek adalah 'sub leader' kumpulan pengganas itu dikenali sebagai Mabar Binda, yang dinamakan dalam senarai dikehendaki oleh Kerajaan Filipina.

Beliau berkata, tiga lagi suspek dikenali sebagai Abhirsham Samsula@Samseed, Jurakhdam Binda, Alsimar Sukarno, manakala seorang lagi belum dikenal pasti namanya, dan semuanya berusia antara 20-an hingga 40-an.

Katanya, ketika melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan, seorang lelaki dikatakan secara tiba-tiba membuka pintu sebelum terus melepaskan tembakan ke arah pasukan polis.

Pada masa sama, katanya, beberapa lagi suspek lain yang bersenjatakan pistol dan parang turut keluar dan melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan.

"Dalam usaha mempertahankan diri dan menghentikan ancaman, pasukan polis terpaksa membalas tembakan.

"Serangan berjaya dihentikan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima lelaki ditumpaskan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati, dua daripada suspek memegang pistol manakala tiga lagi bersenjatakan parang," katanya pada sidang media di IPK Sabah, hari ini.

Hazani berkata, hasil operasi gabungan PDRM dan Esscom ini berjaya melumpuhkan satu sel Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah yang mempunyai kaitan atau baiah dengan kumpulan Daesh atau IS.

Katanya, pihaknya mengesyaki masih ada saki-baki atau tali barut kepada kumpulan Abu Sayyaf ataupun pejuang Daesh yang bersembunyi di Malaysia, khususnya di Sabah.

"Kita percaya dengan kejayaan ini, kita berjaya menghapuskan Sel Abu Sayyaf di negeri ini dan PDRM Sabah akan terus meningkatkan risikan di seluruh negeri bagi mengesan saki-baki ataupun sel-sel dari negara jiran yang bersembunyi di sini," katanya.

Hazani berkata, polis turut merampas dua pucuk pistol, dua magazine peluru, 20 peluru hidup .45, dua kelongsong peluru dan tiga bilah parang.

"Dalam insiden ini, semua anggota dan pegawai polis terselamat," katanya.

Mayat kelima-lima mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian menggunakan lori PDRM di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort. NSTP/Juwan Riduan

Katanya, berdasarkan kepada maklum balas pihak berkuasa Filipina, empat suspek yang ditembak mati disahkan sebagai ahli kumpulan kecil militan Abu Sayyaf (ASG).

"Dua yang ditembak mati ini juga disahkan pernah terbabit dalam insiden pengeboman lori tentera pasukan keselamatan Filipina," katanya.

Hazani ketika sidang media susulan lima ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditembak mati dalam berbalas tembakan di kawasan setinggan belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort. NSTP/Juwan Riduan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails