Wednesday, May 19, 2021

Berdosa langgar SOP hingga cetus kluster, walau untuk solat jemaah --Mufti K'tan

 

PETALING JAYA: Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, berkata tindakan melanggar SOP walaupun untuk menunaikan solat berjemaah di surau sehingga mewujudkan kluster Covid-19 dianggap berdosa.

Katanya, hadis Nabi jelas mengatakan jangan keluar apabila terdapat satu wabak di sesuatu tempat, begitu juga perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini bertepatan dengan sunnah.

“Saya akui jemaah mahu mengejar pahala yang banyak dengan solat berjemaah di masjid atau surau walaupun kerajaan tidak membenarkannya. Namun, jemaah kena ingat solat di rumah secara berjemaah juga tidak kira walaupun hanya berdua pahala tetap sama (dengan berjemaah di masjid atau surau).

“Tidak semestinya kita perlu berjemaah di surau barulah mendapat pahala yang banyak,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan penduduk di Kampung Pauh Lima yang dikatakan melanggar SOP apabila menunaikan solat Tarawih dalam gelap walaupun kerajaan mengeluarkan arahan hanya empat jemaah dibenarkan sepanjang PKP.

“Kita jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya perlu memikirkan kepentingan awam. Rakyat sepatutnya mengambil pengajaran apa yang berlaku di India.

“Saya sendiri tidak faham kenapa orang ramai masih tidak faham dan tidak mampu mengikut arahan kerajaan sedangkan sudah lebih setahun kita berdepan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, larangan itu hanya bersifat sementara dalam usaha memutuskan rangkaian Covid-19 dan orang ramai mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Pauh Lima. FMT

Hibur Hibur Sikit


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails