Tuesday, May 18, 2021

Palestin: ADUN DAP biadab &x patriotik!

 

1. Palestin: ADUN DAP biadab &x patriotik!  

KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1442H, Selasa – Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang, Selangor daripada DAP yang mengkritik pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan rejim zionis Israel ke atas Palestin disifatkan sebagai biadab dan tidak patriotik.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris berkata kritikan Teng Chang Khim yang juga Exco Kerajaan Selangor itu tidak melambangkan keperibadiannya sebagai seorang Exco, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu itu juga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP itu.

“Justeru, saya mendesak Teng Chang Khim memohon maaf kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabtu lepas, Teng yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor didakwa telah memuat naik komen di Facebook yang mengkritik Perutusan Khas Mengenai Palestin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Razali turut membidas Teng yang mendakwa kononnya pendirian Malaysia yang disampaikan Muhyiddin itu bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu COVID-19 dan menegaskan bahawa dakwaan Teng itu tidak berasas. – Bernama

2. Briged Al Qassam beri amaran akan bom Tel Aviv

(Gambar 1)

PEMUDA Palestin lengkap bersenjata kelihatan berkumpul di Ramallah bersiap sedia di atas gesaan kumpulan pejuang Palestin untuk bertindakbalas sempena hari kebangkitan yang bermula pada Selasa ini. (Gambar 1)

Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto buat kali ketiga dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan PBB yang diadakan buat kali ke tiga dalam seminggu bagi menghalang dikeluarkan kenyataan mengutuk pengeboman regim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Edrogan menyatakan bahawa Joe Biden mempunyai ‘tangan yang berlumuran darah’ kerana menyokong rejim zionis Israel. Briged Al Qassam menlancarkan roket ke arah bandar Sedirot.

Tentera rejim zionis Israel menembak orang ramai yang menghampiri pagar sempadan antara Lubnan dan Israel berdekatan bandar Manara.

Gambar 2
Sebuah kilang dan kediaman di Sedirot mengalami kerosakan teruk akibat terkena roket pejuang Palestin. (Gambar 2)

Pesawat pejuang regim zions Israel melancarkan siri serangan terbaharu ke atas Semenanjung Gaza semalam yang menyasarkan bangunan kediaman, perkilangan, rumah anak yatim dan pejabat Kementerian Wakaf yang mengakibatkan tiga terkorban dan ramai yang mengalami kecederaan. (Gambar 3)

Pusat Komersial Al Ramal di Semenanjung Gaza musnah apabila dibedil roket pesawat pejuang rejim zionis Israel pada petang semalam. (Gambar 4)

Seorang kanak-kanak terkorban dan ramai yang cedera apabila pesawat pejuang rejim zionis Israel mengebom sebuah bangunan kediaman di tengah Gaza lewat petang semalam.

Sekumpulan pendatang haram Yahudi melakukan provokasi rumah ke rumah ke atas penduduk Palestin di Sheikh Jarrah. (Gambar 5)

Lapan pendatang haram Yahudi cedera akibat terkena bedilan roket pejuang Palestin di Asdood. (Gambar 8)

Sebanyak 247 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Palestin semalam.

Pesawat pejuang tentera udara rejim zionis Israel mengebom penempatan rakyat Palestin di ‘Maldives Gaza’ yang terletak di pinggir pantai di barat bandar Gaza semalam. (Gambar 6)

Pesawat pejuang rejim zionis Israel memusnah sebuah rumah kediaman di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza. (Gambar 7)

311 pendatang haram Yahudi cedera semenjak bermulanya konflik Palestin-Israel kali ini.

Briged Al Qassam: Kami memberi amaran kepada musuh jika mereka tidak menghentikan pengeboman ke atas rumah dan lain-lain kediaman, kami akan sekali lagi mengebom Tel Aviv.

Briged Al Qassam melancarkan roket ke arah pangkalan tentera rejim zionis Israel Tel Nof Al Jawiya, Hatzor dan Raim.

Canselor Jerman, Angela Markel menyatakan solidaritinya terhadap Israel dalam perbualan telefon dengan Benjamin Netanyahu.

Laporan terbaharu Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa jumlah korban akibat pengeboman berterusan rejim zionis Israel meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita termasuk lebih 1,400 orang yang cedera.

Dua terkorban manakala ramai lagi yang cedera apabila pesawat pejuang rejim zionis Israel mengebom bangunan Faisal Al Shawa di bandar Gaza. (Gambar 9)

Roket yang dilancarkan pejuang Palestin mengenai pusat kewangan di Tel Aviv. (Gambar 10)
Roket yang dilancarkan pejuang Palestin mengenai pusat kewangan di Tel Aviv. (Gambar 10)

Obaid Akram Jawabra terkorban setelah ditembak tentera rejim zionis Israel ketika bertempur di pintu masuk kem Aroub utara Hebron. (Gambar 11)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. HARAKAHDAILY 18/5/2021. (Kredit: Al Jazeera Channel, Alarabiya Palestine, Al Quds, Shehab & Gaz)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails