Wednesday, May 19, 2021

Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia jadi ‘pengatur’

Wanita serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia jadi ‘pengatur’ 2 kenalan merogolnya 

KUALA LUMPUR: Seorang wanita hari ini menyerahkan bukti kepada polis untuk menyokong dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham, “mengatur” untuk dua kenalan wakil rakyat itu merogolnya pada Disember tahun lalu. 

Peguam wanita itu, Asheeq Ali Sethi Alivi, berkata anak guamnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selama 1 jam 10 minit mulai 10.30 pagi dan menyerahkan pelbagai bukti bagi membantu melengkapkan kertas siasatan kes itu. 

“Kita telah serahkan segala bukti yang kita ada berkenaan pembabitan YB Hilman Idham dalam keseluruhan kejadian rogol menimpa anak guam saya sebelum ini,” katanya. 

Asheeq berkata, ini kali ketiga anak guamnya dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes rogol itu, kali pertama pada hari sama laporan dibuat pada 5 Dis 2020 dan kali kedua Mac lalu. 

“Kita sudah menyerahkan segala bukti yang anak guam saya ada bagi membantu polis lengkapkan siasatan. 

“Jadi, saya harap polis dapat mempercepatkan dan melengkapkan siasatan kerana kami sudah memberikan segala bukti yang ada serta mendakwa individu terbabit dengan kes ini,” katanya ketika ditemui selepas memberikan keterangan. 

Asheeq berkata, antara bukti yang diserahkan adalah bersabit dakwaan pembabitan Hilman secara langsung sebagai individu yang “mengatur segala kejadian” atas anak guamnya pada hari berkenaan. 

Sementara itu, Asheeq berkata sebelum ini anak guamnya memberi keterangan di IPD Brickfields berhubung dakwaan mangsa menerima ugutan dan gangguan daripada kenalan individu dinamakan dalam laporan polis kes rogol dibuatnya pada 5 Dis 2020. 

Bagaimanapun, Asheeq berkata susulan laporan polis dibuat anak guamnya baru-baru ini, tiada lagi gangguan atau ugutan baharu diterimanya. 

“Dalam laporan kedua itu anak guam saya memaklumkan kepada polis jika ada apa berlaku ke atasnya maka individu dinamakan dalam laporan polis pertama patut dipertanggungjawabkan”. 

Sebelum ini, media melaporkan wanita yang mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia itu memaklumkan dia diugut supaya menarik balik laporan polis terhadap suspek terbabit. 

Berikutan itu mangsa ditemani peguamnya, memberi keterangan berhubung perkara itu di IPD Brickfields pada 11 Mei lalu. Asheeq juga dipetik berkata, pihaknya menyerahkan bukti berkaitan paksaan dan ugutan diterima wanita itu daripada beberapa individu yang dikatakan mengugut anak guamnya menarik balik laporan polis pertama yang dibuat di IPK Kuala Lumpur pada 5 Dis 2020. (FMT Reporters)


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja...

1 comment:

Anonymous said...

Kah kah kah kebodohan apakah pembangkang dan pembangang sklian...

Kikikiki.. terlampau seronok nak fitnah jijik sedap bangkang tahap longkang.. kah kah bang non, guan eng dan ketua mintri P.Pinang kena SCAM rupenya.... kah kah kah... dikhabarkan ia berpunca dari pusat sumber dari Media Singapork yg sllu buat fitnah butukkan Malaysia...!!

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mendedahkan sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 yang dipolitikkan pimpinan DAP adalah satu aktiviti scam yang dilakukan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong tidak wujud.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menegaskan, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba mempolitikkan sumbangan itu satu perkara serius.

Media Singapura scam barua di sini..!! akhirnya kantoi budak suruhan sendiri..

kikikiki

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails