Thursday, May 20, 2021

RM8,390,157.76 jumlah terkini terkumpul #Aid4Palestine

 

KUALA LUMPUR: Sokongan PAS kepada perjuangan Palestin ternyata cukup padu apabila telah mengumpulkan sumbangan berjumlah RM6,703,155.76 ke Tabung #Aid4Palestine setakat kutipan hingga hari ketujuh, semalam.

Sekretariat #Aid4Palestine memaklumkan, jumlah terkumpul oleh 143 NGO pula adalah RM1,687,002 yang diterima hasil kutipan sumbangan dibuat anggota gabungan itu setakat disahkan rasmi hingga jam 9:30 pagi ini.

Penyumbang terbesar diungguli PAS Negeri Terengganu dengan jumlah RM1,964,888.13 diikuti PAS Kedah sebanyak RM1,647,557.10 dan PAS Pahang (RM707,887), PAS Pulau Pinang (RM397,390) serta PAS Perak (RM272,278)

Manakala PAS Johor sebanyak RM240,594 dan PAS Selangor (RM146,617), PAS Wilayah Persekutuan (RM97,068), PAS Melaka (RM60,000), PAS Negeri Sembilan (RM54,971), PAS Sabah (RM31,360) dan PAS Perlis (RM28,016).

Dewan Pemuda PAS masih terkumpul RM120,000 dan Dewan Muslimat PAS (RM100,000), manakala PAS Negeri Perak dan PAS Kelantan serta Dewan Ulamak PAS masih lagi menggerakkan kutipan yang belum bersedia memuktamadkan jumlah rasmi untuk diumumkan.

Bagi sumbangan langsung ke akaun PASRelief pula telah mencatat jumlah RM812,269.53 dengan kempen secara sumbangan aset-aset untuk dibida semakin rancak selepas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memulakannya.

Pengerusi Sekretariat #Aid4Palestin, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu ulasan terbaharunya menyatakan kekesalan terhadap Menteri Israel yang mempermainkan surah al-Fil dalam muat naiknya di media sosial.

#Aid4Palestine diketuai Khalil ini adalah bagi mengambil tindakan proaktif dan segera membantu perjuangan Palestin menerusi kempen kesedaran dan penyelarasan kutipan dana melalui kaedah ‘crowfunding‘.

Timbalan Pengerusi II #Aid4Palestine, Ustaz Mohd Yusni Md Piah dalam pada itu berharap agar sokongan padu ditunjukkan PAS ini akan mempengaruhi solidariti sama dari rakyat Malaysia dan dunia amnya.

Menurutnya, kempen seperti ini mampu memberikan tekanan kepada Israel dan para penyokongnya yang tidak berperikemanusiaan dan melampau untuk meletuskan perang di bumi Anbiya’ itu.

“Sumbangan besar boleh menjadi isyarat atau mesej kepada Israel dan sekutunya bahawa negara kecil seperti Malaysia dan negara lain yang turut menyokong, jika bersatu boleh memberi bencana buat kejahatan mereka

“Kita berikrar, selagi Zionis Israel tidak menghentikan penjajahannya, perjuangan pembebasan dan menegakkan kembali kedaulatan Palestin akan tetap berlangsung di mana-mana jua di seluruh pelusuk dunia.

“Dunia bukan hamba yang jahil dan pengecut untuk tunduk kepada Israel. Kita juga memberi mesej kepada sekutu Israel bahawa mereka selama ini memberi sokongan yang salah dan keji,” ujarnya yang juga Pengarah Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief).

Beliau terus menyeru agar sumbangan dibuat menerusi akaun Maybank 5640 7061 4481 (Tabung Kemanusiaan PASRelief) atau https://pasrelief.onpay.my/order/form/gaza dengan rujukan ‘Aid4Palestine’.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian ‘hotline’ 011-2077 5802 atau layari Facebook rasmi PASRelief di https://web.facebook.com/pasrelieff. – HARAKAHDAILY 20/5/2021

4 comments:

Anonymous said...

Ini kutipan dari tin milo atau tin yg sebangsa dgnnya. Semoga setiap sen yg disumbang menjadi saksi jihad menuju sejahtera.

Anonymous said...

Alhamdulillah.

sayednoordin said...

Banyak atau tidak ..hanyalah angka..yang dinilai Allah hanyalah keikhlasan niat.

Anonymous said...

Semoga angka2 ini adalah lkhlas. Bantu rakyat palestin yg ditindas oleh oleh yahudi laknatullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails