Saturday, April 01, 2017

Nasi Lemak Pondan &Gay 'Haram' Kerana... -Mufti





PETALING JAYA: Promosi jualan menggunakan perkataan yang menjurus kepada golongan homoseksual seperti pondan dan gay adalah haram kerana ia bertentangan dengan Islam, kata Tan Sri Harussani Zakaria.
Mufti Perak itu menegaskan bahawa kaedah promosi tersebut dilarang agama walaupun makanan yang dijual adalah halal.
“Itu nama-nama yang tidak baik. Haram. Ia menarik orang ramai ke arah kehidupan pondan dan gay.
“Ia nanti akan mengundang fitnah terutama kepada pembeli-pembeli yang dikatakan suka atau cenderung kepada pondan dan gay,” katanya ketika dihubungi mStar Online baru-baru ini.
Justeru, Harussani menggesa peniaga terbabit menghentikan promosi itu dan segera menukarkan nama makanan atau peniagaan mereka dengan nama-nama yang baik.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perniagaan Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay yang kini tular sehingga menjadi bualan netizen di media sosial.
Sementara itu, Imam Masjid Negara, Khisamuddin Ismail yang turut berpandangan promosi melambangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah haram berkata, Islam tidak mengiktiraf pondan dan gay, kerana tidak ada jantina melainkan lelaki dan perempuan.
Khisamuddin berkata, tindakan menjalankan peniagaan tersebut dilihat sebagai usaha untuk mempromosikan LGBT menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
“Jika ia berlarutan, ia akan diterima sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan kemudiannya merebak kepada perkara-perkara lain yang tidak baik seperti pergaulan bebas, termasuk penganjuran kelab-kelab gay dan pondan,” katanya.
Selain itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula menyifatkan penggunaan nama pondan dan gay dalam penjualan nasi lemak sebagai sindiran sinis kepada ajaran agama Islam.
“Ia dengan sengaja diketengahkan bagi mempopularkan perkara-perkara yang dilarang dalam hukum agama Islam.
“Walaupun kita mahu menarik perhatian orang ramai dengan cara promosi, tetapi kenapa perlu memilih nama-nama seperti itu? Pilihlah nama-nama baik, yang juga boleh menarik perhatian,” katanya.
Ditanya adakah pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit, Mohamad Shukri berkata, nasihat dan teguran adalah memadai.
“Tidak perlu tindakan, apa yang lebih utama adalah mengetengahkan pendidikan dan moral kerana kalau benda itu halal sekalipun, tetapi ia tidak baik dari segi moral, ia perlu diberi nasihat untuk memperbetulkannya,” katanya.
Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay merupakan antara nama-nama yang menjadi strategi peniaga untuk memancing pembeli termasuk Nasi Lemak Anak Dara.
Bagaimanapun, Khisamuddin berkata,  Nasi Lemak Anak Dara berbeza kerana ia tidak membawa maksud atau pengaruh yang buruk.
“Ia sekadar nama yang ‘catchy’ untuk menarik perhatian bakal pembeli, tidak bertentangan dengan hukum Islam.
“Tetapi biarlah penjual itu menjalankan perniagaan dengan beradab, jujur dan tidak memakai pakaian menjolok mata yang mendorong kepada perkara tidak baik,” katanya.
Lapor mStar.

Imej yang berkaitan
Lihat sebelum ini..

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

6 comments:

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt.
Peringatan oleh tuan mfti tersebut betul. Saya sokong. Pada masa yang sama, program pendidikan kepada rakyat terutama kepada golongan "peniaga yang sedemikian" perlulah disemarakkan. Undanglah peniaga-peniaga tersebut ke pejabat agama Islam yang tertentu. Beritahu mereka hal tersebut dengan penuh hikmah. Didiklah mereka dengan penuh tangungjawab dan berhentilah mengecam/menghina mereka. Kepada para hukama, bercakap kepada media berkaitan hukum-hakam sangat bagus namun lebih baik tuan-tuan juga turun ke lapangan dan mendekati peniaga tersebut. Jangan risau kalau-kalau baju dan seluar atau jubah tuan-tuan kotor kerana kekotoran itu akan menjadi sebahagian saksi bahawa tuan-tuan melaksanakan amanah Allah SWT di akhirat nanti. Kepada para hukama yang telah berbuat demikian, alhamdulillah, semoga Allah SWT member ganjaran yang mulia di sisinya nanti. Wassalam.

mahligaiseni said...

PEMBETULAN:
...member (sepatutnya dibaca sebagai "memberi). Mohon maaf.

Hjri said...

Tangkas Dato' membetulkan keterlanjuran ..syabas..
Tp RUU 164 tak da plak diviralkan sanggahan dari warasatul anbia.. why!!!
Rakyat berharap!!!

Hjri said...

Tangkas Dato' membetulkan keterlanjuran ..syabas..
Tp RUU 164 tak da plak diviralkan sanggahan dari warasatul anbia.. why!!!
Rakyat berharap!!!

Anonymous said...

Big Bos ambil rasuah tak haram,makan duit 1MDB tak haram,makan dan pakai duit rakyat tak haram,pemimpin menyusahkan rakyat tak haram.Kalau pekerja bawahan buat semua yang diatas adalah haram.Apalah nak jadi kat Malaysia ni.

Anonymous said...

Agamawang2 Melayu takut dgn manusia yg ada pangkat dan kuasa. Tak takut dgn Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails