Friday, March 31, 2017

Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah.














AFP - WANITA Uighur berjalan melintasi anggota-anggota polis yang berkawal di luar Bazar Besar di Urumqi, Xinjiang, China.
BEIJING – China akan memperting­katkan kempen me­nentang fahaman ekstremis agama di wilayah Xinjiang, barat negara itu pada Sabtu ini dengan melaksanakan pelbagai langkah baharu termasuk..
  • melarang lelaki menyimpan janggut ‘luar biasa’, 
  • mengharamkan wanita memakai purdah di tempat awam 
  • dan mewajibkan penduduk tempatan menonton siaran televi­syen pemerintah.
Muslim China di Uighur Dilarang Pakai Jenggot dan Cadar

Undang-undang baharu itu yang diluluskan kelmarin dan disiarkan di laman web pemerintah, akan memperluaskan lagi peraturan sedia ada apabila dikuatkuasakan esok.
Di bawah peraturan itu, pekerja di tempat awam seperti stesen bas dan lapangan terbang diminta melarang mereka yang berpakaian menutup seluruh tubuh badan termasuk muka daripada memasuki premis tersebut dan melaporkan individu berkenaan kepada polis.
Undang-undang sama juga melarang sikap menolak stesen radio, te­levisyen, kemudahan dan perkhidmatan awam yang disediakan oleh pemerintah.
Penduduk Xinjiang yang beragama Islam juga dilarang berkahwin menurut hukum agama atau menggunakan faktor halal untuk mencampuri kehidupan sekular orang lain.
Sebelum ini, beratus-ratus orang terbunuh dalam keganasan yang berlarutan selama beberapa tahun di Xinjiang. Beijing menyalahkan militan dan kumpulan pemisah Islam sebagai mencetuskan kekacauan.
Wilayah Xinjiang dihuni oleh etnik Uighur yang beragama Islam. Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun berkata, keganasan yang berlaku merupakan tindak balas terhadap penindasan oleh pemerintah.
Beijing pula menafikan melakukan sebarang pencabulan di Xinjiang di samping menegaskan bahawa hak undang-undang, budaya dan agama etnik Uighur dilindungi sepenuhnya. – Reuters
 Ibnu Hasyim (kanan) bersama peniaga-peniaga Islam di bandar Urumqi China. (2010)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah contoh layanan ke atas umat Islam di negara bukan Islam. Sedangkan layanan terhadap bukan Islam di negara umat Islam, nak bogel, melacur, buat perkara yang menyakiti umat Islam pun boleh, bahkan menghina Islam pun masih mampu mereka pertahankan. Orang Islam nak laksanakan undang-undang Islam di negara sendiri pun mereka bantah.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

2 comments:

Anonymous said...

REJIM CHINA KOMUNIS SEDANG MENINDAS DAN MEMBUNUH UMAT ISLAM DI NEGARA CHINA KERANA CHINA KOMUNIS AMAT MEMUSUHI AGAMA ISLAM.

MALANGNYA,
sebilangan manusia munafik yang menganut ajaran sesat seperti sekularisme, liberalisme dan pluralisme dll sedang:

(1) bekerjasama dan bersekutu dengan kafir harbi yang sedang dipimpin oleh parti Da-Pig untuk menindas agama Islam dan umat Islam seperti mana yang sedang berlaku di PP yang diperintah oleh rejim Da-Pig dan Sgpore yang diperintah oleh rejim PAPidog.

(2) menjemput rejim China Komunis menguasai ekonomi dan membeli tanah di negara ini seolah-olah politik tempatan sedang dipengaruhi oleh rejim China Komunis.

Penyokong dan barua kafir harbi dan rejim China komunis adalah pengkhianat yang amat menjijikkan !

ORANG BUTA, PEKAK, BISU DAN DUNGU SAHAJA BERSAHABAT DENGAN ULAR SAWA (KAFIR HARBI TEMPATAN) DAN BUAYA TEMBAGA (rejim china komunis)!

IrWrWs said...

Kengkadang pelik pulak bila golongan yg mengaku cerdik tapi senang2 je kena kencing dgn Tun M dan anak beranaknya..

Episod RUU 355 masih belum tamat tak perlu buat kesimpulan lagi.. kita tunggu je perkembangan selanjutnya..

Berbalik kpd kena kencing dgn Tun M, punya lah PAN berjaya dibutakan oleh Tun M sehinggakan tidak terasa apa2 kepelikan bila Tun M suruh bongkarkan kekayaan pemimpin2 UMNO di bawah Najib sedangkan beliau sendiri dan anak beranak masih lagi kaya-raya. Simpati juga aku buat PAN kerana bukan shj oleh Tun M, malah sejak dari awal lagi dah kena kencing dek DAP dlm Perjanjian Pangkor 2!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails