Saturday, April 01, 2017

RUU 355: Kita Hadapi Halangan, Kita Kenal Siapa Menghalang.. -Abd Hadi.


PAS telah mendapat kebenaran pihak kerajaan bagi membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ke persidangan Parlimen kali ini.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masa itu akan ditentukan oleh pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut ‘standing order’ Parlimen.
“Kita mendapat persetujuan untuk bawa pada sidang Parlimen kali ini dan akan dibahas, insya Allah. Itu Speaker (Dewan Rakyat) yang tentukan masa mengikut ‘standing order’ Parlimen selepas urusan kerajaan.
"Walau bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa bila-bila masa sahaja,” ujarnya kepada wakil media selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ketika ditanya, apakah kesan kepada PAS setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan membawa RUU 355 itu ke Parlimen, beliau menegaskan tiada kesan kepada partinya.
Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata sebenarnya pihak kerajaan sendiri bersetuju agar PAS yang membawa ‘private bill’ itu ke Parlimen.
“Tak ada kesan, sebenarnya pihak kerajaan setuju kita bawa ‘private bill’ itu. Ini (RUU 355) kaitan tentang hak orang Islam, kewajiban bersama bagi orang Islam dan tak ada sebab bagi orang bukan Islam untuk campur tangan,” jelasnya dipetik Buletin Online.
Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada semua ahli parlimen Islam agar menyokong pindaan RUU Akta 355 tersebut sementara ahli parlimen bukan Islam pula dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan.
“Saya seru ahli parlimen Islam khususnya menyokong. Ada pun yang bukan Islam supaya mereka menghormati Perlembagaan. Perlembagaan mengatakan ini hak berkait dengan orang Islam sahaja,” tegasnya.
Beliau turut menafikan PAS ditipu sekali lagi oleh Umno BN dalam isu RUU Akta 355 dan bersedia menghadapi sebarang halangan kerana itu urusan agama.
“Ini (RUu 355) kewajiban bersama orang Islam, macam masjid kerajaan benar untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja agama. Ini urusan agama, bukan kerja menipu.
“Kita akan hadapi halangan-halangan itu dan kita kenal siapa yang menghalangnya, insya Allah,” tegasnya. 
(HARAKAHDAILY )

12 comments:

Anonymous said...

Dah lama dah halangan tu. Presideng pas jer yg berlagak kuat nak langgar halangan tu. Bila dah kena, baru sedar ada halangan. Tu pasal jadi orang yg berfikir sebelum cakap

Anonymous said...

Dah terhantuk baru tergadah.lain kali jangan pakai spek mata hitam.

Anonymous said...

Ini urusan agama hadi kata, bukan kerja menipu, tapi dia bodoh sombong... Politik tu kerja menipu...

mazmad said...

Dah kerap kena tipu..ini kena tipu lagi..memang bangang kaum ni..

Anonymous said...

Akta 355 tu undang2 sekular jugak bkn hukum Allah pun.

Ketua penipu dah kena kencing dgn ketua penyamun.

IrWrWs said...

Kelulusan RUU 355 akan membolehkan akta jenayah syariah yg sudah termaktub di Kelantan dan Terengganu dilaksanakan.. tak seronok kah kita sebagai umat Islam jika ia benar2 jadi kenyataan? Kalau bak komen pun tak payah lah menyerlahkan sikap kemunafikun tu.. cukuplah bagi pada pimpinan PAN yg bersama Siti Kasim dalam isu RUU 355 ini..

Anonymous said...

ko la penghalang tu

Anonymous said...

Apa yg seronoknya bila tgk agama dan undang2 Islam dipermainkan oleh puak2 Parti Ajaran Syaitan ni.

Buat dulu akta hudud dan masukkan dlm perlembagaan parti PAS masa muktamar nnt utk diimplimen pd lebai2 jual agama dan ahli2 parti PAS dulu. Ada walaun2 biol kat sini yg tak sokong?

Akta 355 ialah undang2 sekular bkn hudud. Tgk muka ketua lebai tu dah tahu dia penipu.

Anonymous said...

Puak2 Parti Ajaran Syaitan ni dari dulu lg suka menyalahkan org lain atas kegagalan dan kejahatan diri sendiri.

Anonymous said...

buat hudud lg ko tentang

Anonymous said...

Buat akta hudud atau ruu355 utk lebai2 dan walaun2 biol PAS dulu..masukkan dlm perlembagaan parti sesat ko di muktamar di kedah nnt. Confirm lebai2 pondan pengecut.

Ada tak walaun2 biol yg tak sokong?

IrWrWs said...

Akta jenayah syariah di Kelantan dan Terengganu kan dah ada.. itu bukti kuat lebai PAS berani! Bukannya pondan macam lebai tokong Pangkor 2.. berani ke dia nak buat di Perak? Penang jauh sekali.. Dasar barua pondan tokong!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails