Friday, March 31, 2017

3 Faktor PAS Kemudi Thunami Islam?


Oleh: BayangDiAir (TKO)


Bagaimana PAS menjana Budaya Politik Matang dan Sejahtera sehingga dapat mengemudikan tsunami Islam dalam PRU14 nanti? 

Tugasan ini bukan sekadar peranan pemimpin, setiap ahli PAS mesti berusaha untuk mendekati ahli dan penyokong UMNO serta pengundi atas pagar yang mengikut kajian agak besar jumlahnya. Mutakhir ini diberitakan ada tendensi baru dari kalangan mereka untuk menyokong dan seterusnya mengundi PAS. Situasi ini berlaku atas tiga faktor besar. 

Pertama, faktor kebobrokan UMNO/BN. Kesnya didominasi oleh kelemahan Najib yang terikut-ikut dengan karenah Rosmah. Kegagalan Najib meningkatkan taraf ekonomi rakyat. GST dan kos sara hidup  semakin melemaskan rakyat marhaen. Di samping itu, rakyat bermaklumat melihat bagaimana pemimpin UMNO melekat pada stigma rasuah. Mereka mula sedar politik UMNO adalah politik masuk kantung sendiri.

Kedua, rakyat mula jatuh hormat kepada pendekatan baru PAS melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera. PAS tidak lagi dilihat sebagai pembangkang yang membangkang secara semberono dan berpolitik konfrantasi. PAS yang bersendirian diyakini jujur dan benar dalam memartabatkan Islam apabila sanggup berpisah daripada DAP yang dimateri dalam minda Melayu sebagai pengamal chauvanisme.

Ketiga, Melayu/Islam melihat kalau bukan UMNO/BN, altenatifnya bukan Pakatan Harapan (PH). Walaupun pada peringkat awal golongan dalam UMNO yang meluat dengan Najib-Rosmah meletakkan harapan kepada Mahathir-Muhyiddin, namun apabila PPBM bersetongkol pula dengan DAP melalui PH, maka mereka kembali kecewa. Justeru, demikianlah bertiupnya berita sepoi-sepoi bahasa bahawa kali ini PAS-lah pilihannya.

Senario ini tidak sayugia melunakkan telinga sehingga mendodoi lamunan ahli PAS. Situasi ini hanyalah vitamin dan suplemen yang sewajarnya menjadi sumber motivasi untuk setiap ahli meningkatkan daya juang masing-masing sama ada melalui pengorbanan masa, tenaga, wang, harta, idea dan segala kepakaran.

Kata orang, kalau selangkah lagi ditakdirkan Islam akan menang, takkan sayap yang patah tak berani bertongkatkan paruh. Takkan lutut yang cedera, siku tak boleh dijadikan senjata. Bidalan berpesan, adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Semua pecinta kemenangan Islam mesti bekerjasama untuk mengukuhkan parti.

Konklusi dan solusinya ialah kemenangan Islam hendaklah diusahakan dengan sedaya upaya. Apatah lagi dijangkakan pada PRU14 ini, tsunami Islam mengambil gilirannya.

Akhirnya, kerana usaha ini mencari redha Allah maka para amilin dan jundullah hendaklah melazimi solat dhuha dan tahajjud. Pastikan helaian al-quran dibuka selalu. Puasa sunat jadi amalan. Zikrullah dan doa kemenangan membasahi lisan.

5 comments:

Anonymous said...

Tsunami adalah satu bala dari Allah. Hati2 bila megharapkan sesuatu sampai sanggup peralatkan Islam. Hadi dan PAS skrg dah dilaknati Allah.

Anonymous said...

Anon 2.40.
Ko cakap macam orang tak ada iman dan tak ada otak...

Anonymous said...

Sebab2 kenapa anda perlu tolak PAS pada PRU14 nanti.
1.Mengundi PAS bererti undi untuk UMNO.
2.Pemimpin PAS menyokong UMNO,sedangkan pemimpin UMNO banyak melakukan rasuah dan salah guna kuasa.
3.Pemimpin PAS tak seperti zaman Tuan Guru Nik Aiz yang amat anti dengan UMNO.
4.Pemimpin PAS seolah2 tak takda maruah kerana sanggup dipermainkan oleh pemimpin UMNO.
5.PAS dah lari dari pakatan pembangkang,adakah PAS boleh menang tanpa kawan2nya pada PRU14 ini,jawapannya sudah tentu tidak.
6.PAS gagal dalam mendapatkan royalti minyak di Kelantan.
7.Pemimpin PAS masih gagal menyelesaikan masalah penduduk Kelantan yang telah ditimpa banjir khususnya dalam isu rumah.

Anonymous said...

Anon 6:51

Ko menulis mcm org tak berakal. Otak letak kat siku dan lutut. Tsunami tu signal bala dari Allah.

AMANAT HADI dah jd LAHANAT HADI dan PAS.

IrWrWs said...

Sebab2 kenapa anda perlu tolak PAS pada PRU14 nanti.
1.Mengundi PAS bererti undi untuk UMNO.(Sekurang2nya UMNO ada jugak keimanan bila hendakkan RUU 355 kerana bimbang kemurkaan Allah berbanding pihak yg menolaknya kerana bimbang kemurkaan DAP)
2.Pemimpin PAS menyokong UMNO,sedangkan pemimpin UMNO banyak melakukan rasuah dan salah guna kuasa.(Ini nyata fitnah kerana PaS hanya bekerjasama dgn UMNO dalam hal kebaikan Islam dan rakyat berbanding pihak lain yg bekerjasama utk membolehkan si kafir jadi pengerusi fatwa utk Muslim Penang)
3.Pemimpin PAS tak seperti zaman Tuan Guru Nik Aiz yang amat anti dengan UMNO. (Ini pun fitnah kerana jika benar PAS tidak anti UMNO mana mungkin PAS akan tetap bertanding pd PRU nanti menentang UMNO, tidak seperti pihak lain yg tidak berani menentang si kafir yg mempengerusikan mesyuarat fatwa)
4.Pemimpin PAS seolah2 tak takda maruah kerana sanggup dipermainkan oleh pemimpin UMNO.(Sehingga ini tiada bukti PAS dipermainkan UMNO berbanding ada pihak yg dipermainkan oleh DAP dalam Perjanjian Pangkor 2)
5.PAS dah lari dari pakatan pembangkang,adakah PAS boleh menang tanpa kawan2nya pada PRU14 ini,jawapannya sudah tentu tidak.(PAS tidak pernah lari malah tidak pernah pun bersama Pakatan Harapan kerana sudah ada Gagasan Sejahtera)
6.PAS gagal dalam mendapatkan royalti minyak di Kelantan.(Oleh kerana BN Sarawak berjaya mendapatkan royalti minyak maka kena sokong BN; inilah pemikiran baghal)
7.Pemimpin PAS masih gagal menyelesaikan masalah penduduk Kelantan yang telah ditimpa banjir khususnya dalam isu rumah.(MB Kelantan sudah mengumumkan rumah gantian sudah pun disiapkan oleh kerajaan negeri dan swasta namun cuma ada segelintir mangsa yg sendiri memilih utk kekal di kawasan bekas banjir atas sebab2 tersendiri)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails