Wednesday, March 29, 2017

Pandu Merbahaya, Mengaku Tak Salah.. Kalau Islam, Bagaimana?


KE TING tidak memakai topeng semasa dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding pendakwaan.
JOHOR BAHRU – Pemandu sebuah kereta Nissan Almera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Trafik di sini semalam atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Ta­nah Perkuburan Islam Mahmoodiah terbunuh.
Tertuduh, Sam Ke Ting, 22, yang bekerja sebagai jurujual hadir ke mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan memakai topeng, berjaket warna merah hati dan berseluar jean hitam diiringi anggota polis.
Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salina Omar, Ke Ting mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.
Salina kemudian memerintahkan lesen memandu dan pasport Ke Ting diserahkan kepada mahkamah sehingga kes tersebut selesai. Sepanjang prosiding Ke Ting kelihatan tenang.
Mengikut pertuduhan, Ke Ting sebagai pemandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam pada pukul 3.20 pagi, 18 Februari lalu.
Mangsa yang maut ialah Muhammad Firdauz Danish M. Azahar, 16; Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14; Haizad Kasrin, 16; Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14; Fauzan Halmijah, 13; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14; Mohamad Azhar Amir, 16; dan Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 17.
Ke Ting didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara dua hingga 10 tahun serta denda RM5,000 hingga RM20,000 selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita lihat bagaimana indah dan telitinya sistem perundangan Islam yang sepatutnya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan Islam.
Hukum Pembunuhan yang tidak disengaja (al-qatl al-khatha`)
Ada tiga kategori pembunuhan yang disebutkan dalam Alquran dan hadis, iaitu..
  • pembunuhan yang disengaja ( 'amd), 
  • semi sengaja (syibh' amd) dan 
  • tidak disengaja (khatha`). 
Pembunuhan yang tidak disengaja adalah: pembunuhan yang tidak dimaksudkan, atau dimaksudkan dengan objek tertentu, tapi mengenai orang lain (As Siraj al Wahhaj, Hal.87).

Dengan demikian, jelas bahawa kecelakaan ini termasuk al-qatl al-khatha`, kerana telah terjadi kematian tanpa ada maksud membunuh dari pemandu kereta tersebut, contohnya.

Pembunuhan kategori ini memiliki beberapa konsekuensi iaitu: Tidak Ada Qishash (hukuman berupa tindakan yang sama dengan kejahatan pelaku).

Allah Ta'ala berfirman,
ومن قتل مؤمنا خطئا فتحرير رقبة مؤمنة ودية مسلمة إلى أهله إلا أن يصدقوا
  • "Dan barangsiapa membunuh seorang mu'min dengan sengaja, (harus) ia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat yang diserahkan kepada keluarganya, kecuali jika mereka bersedekah (tidak mengambilnya)." (QS. An Nisa: 92)

Dalam ayat ini, Allah tidak menyebutkan qishash di antara kewajiban yang harus dilakukan pelaku qatl khatha`. Dan pembunuhan yang menyebabkan qishash hanyalah pembunuhan yang disengaja ( 'amd) (As-Siraj al-Wahhaj, Hal. 87).
Kewajiban Membayar Diyat
Sebagaimana dijelaskan dalam ayat di atas. Adapun besarnya adalah seratus ekor unta untuk setiap jiwa muslim pria. Dalam Sunan An-Nasa'i 4.871, diriwayatkan bahwa Nabi -shallallah 'alaih wa sallam- menulis dalam surat beliau:
في النفس مئة من الإبل
  • "Diyat nyawa adalah seratus ekor unta."

Ibnu Hibban dan al-Hakim menghukumi shahih hadis ini, dan Al-Albani melemahkannya. Namun kandungan hadis ini disepakati oleh seluruh ulama, sebagaimana dinukil oleh Imam Syafi'i, Ibnul Mundzir, dan Ibnu Abdil Barr (Al-Umm, 12: 379, Al-Isyraf, 2: 133, dan At-Tamhid 17: 381).
Diyat untuk muslimah adalah setengahnya, yakni lima puluh ekor. Jika tidak ada unta, diyat boleh dibayar dengan wang senilai seratus ekor unta (As-Siraj al-Wahhaj, Hal. 480). Dan berbeda dengan pembunuhan disengaja yang diyatnya ditanggung oleh pelanggar, pembayaran diyat ini ditanggung oleh ahli waris penabrak, iaitu keluarga dari pihak ayah, dan boleh diangsur selama tiga tahun (As-Siraj al-Wahhaj, Hal. 737, At-Tasyri 'al- Jina`i al-Islami, 2: 176).
Kewajiban Membayar Kaffarah
Iaitu dengan membebaskan budak mukmin sebagaimana penjelasan ayat di atas, atau jika tidak ada, berpuasa dua bulan berturut-turut. Allah Ta'ala berfirman di ayat yang sama:
فمن لم يجد فصيام شهرين متتابعين توبة من الله
  • "Maka barangsiapa yang tidak memperolehnya, (hendaklah ia) berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai cara taubat kepada Allah." (QS. An Nisa: 92)

Kaffarah ini disesuaikan dengan jumlah korban meninggal menurut pendapat sebagian ulama, jadi dengan sembilan korban tewas, pelanggar perlu membebaskan sembilan hamba mukmin, atau berpuasa dua bulan berturut-turut sembilan kali (Ahkam hawadits al-Murur fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, bab Khatimah). Sementara sebagian ulama berpendapat cukup satu kaffarah saja.
Adapun korban luka, jika luka yang dialami mengakibatkan hilangnya anggota tubuh atau hilangnya fungsi anggota, syariah Islam juga telah mewajibkan diyat masing-masing secara rinci. Demikian pula biaya pengubatan mereka dan barang-baarng yang rosak akibat kemalangan menjadi tanggungan pelanggar. (Http://www.saaid.net/Doat/Zugail/222.htm)
Tidak Perlu Ta'zir Untuk Kes Ini
Selain hukuman-hukuman yang telah ditetapkan berupa qishash, diyat, kaffarat, dan hudud, Islam juga memberikan wewenang kepada pemerintah untuk memberikan hukuman yang setimpal kepada rakyat yang melanggar; demi mewujudkan kemaslahatan dan kehidupan yang diridhai Allah. 
Hukuman-hukaman yang tidak ditentukan syariat ini disebut ta'zir, dan boleh berupa hukuman cambuk, penjara, pengasingan, denda, hingga hukuman mati. Untuk kes-kes tertentu yang membahayakan negara atau kehidupan rakyat awam, pemerintah boleh menerapkan hukuman mati. (Asy-Syarh al-Mumti ', 14: 303, 317). 
Namun kerana dalam kes ini syariat telah menetapkan hukumannya berupa diyat dan kaffarah, tidak perlu lagi ada ta'zir. (Asy-Syarh al-Mumti ', 14: 311)
Hukuman Minum Arak dan Dadah.
Selain hukuman atas pembunuhan yang tidak disengaja, pelanggar juga kena menjalani hukuman akibat minum khamr atau arak dan dadah yang dilakukannya sebelum memandu. Hukuman atas kesalahan ini tetap perlu ditegakkan, pelanggarnya mesti dihukum atas kesalahan yang lebih besar, iaitu pembunuhun tidak disengaja. (At-Tasyri 'al-Jina`i al-Islami, 1: 648).
Hukuman minum khamr -menurut pendapat yang rajih- adalah ta'zir, bukan hudud, jadi diserahkan kepada kebijakan pemerintah. Ta'zir paling ringan yang diriwayatkan dalam sunah, yaitu empat puluh cambuk. (Asy-Syarh al-Mumti '14: 295)
Para ulama menjelaskan bahawa dadah lebih berbahaya dari khamr, kerananya layak dihukum lebih berat. Hukumannya juga berupa ta'zir, dan jika ta'zir atas penggunaaan dadah sudah ditegakkan, maka ta'zir atas minum khamr tidak perlu lagi. Ini kerana maksud dari kedua hukuman ini sama, iaitu perawatan akal (hifzhul 'aql). 
Hal ini dikenal oleh para fuqaha sebaga teori tadakhul (tumpang tindih), yakni memberikan satu hukuman saja (yang terberat), jika kedua hukuman memiliki maksud yang sama. (At-Tasyri 'al-Jina`i al-Islami, 1: 646)
Penutup
Dari paparan di atas, jelas bahawa syariat Allah lebih adil dan lebih melindungi jiwa dibanding hukum buatan manusia seperti yang dilaksanakan di negara ini sekarang. Syariat Islam memberikan hukuman yang berat untuk pelanggar dan memberikan diyat untuk mangsa korban. 
Ada juga kaffarah yang akan membantu menyucikan jiwa pelanggar di sisa umurnya, dan mengurangi beban mentalnya. Kerana kesalahan pelanggar dilakukan tanpa kesengajaan, diyat dibebankan kepada ahli waris dan boleh bayar angsur. 
Ini adalah bentuk keadilan lain, di mana ahli waris tidak selalu beruntung dengan mendapatkan warisan, tapi juga kadang perlu membantu orang yang akan mereka warisi. Supaya orang tahu bahawa melanggar itu tidak hanya akan menyusahkankan dirinya, tapi juga keluarga besarnya, ia tentu akan lebih hati-hati lagi semasa memandu.
Betapa adil dan sempurnanya syariat Islam. Semoga Allah membimbing umat Islam menegakkan syariat Allah di hati mereka dan menuntun para pemimpin umat untuk menegakkannya di negeri-negeri mereka masing-masing.
رضيت بالله ربا وبمحمد رسولا وبالإسلام دينا
SESEORANG, mengajak saya pergi berjumpa kawannya yang baru pulang dari Australia, beberapa hari lalu. Kawannya itu seorang pensyarah di universiti swasta di KL. Dia ambil cuti 3 bulan pergi melancong di Australia.
Referensi:
-As-Siraj al-Wahhaj Kitab al-Jirah, Badruddin az-Zarkasyi, tesis di Univ Islam Madinah. -Asy-Syarh al-Mumti ', Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin, Dar Ibnil Jauzi. -At-Tasyri 'al-Jina`i al-Islami, Abdul Qadir Audah, Maktabah Dar at-Turats. -Beberapa sumber dari internet.
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails