Saturday, April 01, 2017

K'jaan PAP S'pura Tegang &Trauma Dengan Doa Ini..



Seorang imam di Singapura yang membacakan doa mengandungi kata-kata kurang sensitif terhadap Yahudi dan penganut Kristian, baru-baru ini memohon maaf di depan beberapa pemimpin agama hari ini, lapor Berita Harian Singapura.

Imam Masjid Jamae Chulia, Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik, 47, itu pada bulan lalu dilaporkan membaca satu doa dalam bahasa Arab yang berkata antara lain, 

“Tuhan bantu kami menentang Yahudi dan Kristian”.

Nalla yang berasal dari Tamil Nadu dalam temu bual bersama akhbar itu hari ini berkata beliau menyesali perbuatannya dan akui doa tambahan itu sebenarnya tidak diambil daripada ayat Al-Quran, tetapi teks lama yang berasal dari kampungnya di India.

“Perbuatan saya tidak sejajar dengan etos dan naluri negara muda namun amat hebat ini,” katanya dipetik daripada Berita Harian Singapura.

Beliau membuat permohonan maaf itu dalam satu majlis tertutup di hadapan beberapa pemimpin agama termasuk Kristian. Katanya, beliau amat kesal kerana menyebabkan kesulitan, ketegangan dan trauma kepada negara itu.

Doanya yang dibuat selepas khutbah itu menjadi viral selepas video rakaman itu dimuat naik oleh Terence Nunis, seorang Muslim, hingga mencetuskan kekecohan dalam masyarakat Islam yang merasakan doa itu terkeluar daripada konteks Islam.

Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang K. Shanmugam sebelum ini dipetik berkata di Parlimen, polis sedang menyiasat imam itu dan semua pihak terbabit termasuk individu yang merakamkan dan menyebarkan video berkenaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau parti PAP Malaysia berkuasa memerintah negara ini bersama balaci-balacinya, adakah begini juga cara tadbirnya?

5 comments:

Unknown said...

Bertanding +- 50 kerusi dan kalau menang boleh jadi majoriti ka? dan boleh memerintah? Senang-senang Menuduh orang balaci hanya kerana emosi. Hentikanlah dari buat tuduhan dan fitnah Pak Hasyim takut nanti di akhirat kita jadi bankrupt pahala.

Semoga Allah Azzawajalla beri taufik kepada Pak Hasyim.

Anonymous said...

Aku dah ckp dah. Patut buat artikel bikini je blog ni...

IrWrWs said...

Bro 11:29, kena lebih sikit belajar ilmu politik ni.. PAS dah awal2 kata tak akan jadi kerajaan tapi sekadar ingin jadi king maker. Paham ke apa makna king maker ni? Kalau nak aku jelaskan sila buat komen balas..

Anonymous said...

King problem maker PAS ni.
Parti Agama Sesat perosak Islam dan org melayu. Tunggu masa utk dikuburkan di pru14 nnt.

IrWrWs said...

Tak baca ke kajian Zaaba Institute? Mesti kena kelentong dgn DAP lagi ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails