Tuesday, March 28, 2017

Beruntunglah, Beliau Dipilih Allah Menjadi Islam..

Sempat Peluk Islam Sebelum Meninggal Dunia

KUALA NERANG – Hasrat seorang remaja untuk memeluk Islam tercapai walaupun hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa minit sebelum meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan di sini, pagi tadi.

Mangsa, Azyet Jopilin, 17, dari etnik Rungus yang berasal dari Kampung Teringai Darat, Kota Marudu, Sabah sepatutnya pergi ke pejabat agama di sini untuk urusan menukar agama pada pukul 2 petang, namun menemui ajalnya lebih awal.
Bapanya, Abdul Aziz Abdullah yang telah memeluk Islam selama lapan tahun dan menetap di Kampung Dalam, Mukim Kurung Hitam dekat sini berkata, sebelum kejadian dia dan dua anak lelakinya termasuk Allahyarham pergi menoreh getah di sebuah kebun milik majikannya.
“Bagaimanapun, setelah selesai menoreh di kebun pertama, dia tidak mahu mengikut kami ke kebun kedua kerana mahu balik ke rumah. Malangnya dia tidak membawa kunci rumah dan berpatah balik ke kebun.
“Sewaktu dalam perjalanan dia terbabas lalu terlanggar pokok…orang kampung yang pertama tiba di lokasi mengajarnya mengucap kerana memang sudah maklum akan niatnya memeluk Islam, sebelum dia meninggal dunia,” katanya kepadaBernama.
Abdul Aziz memberitahu Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik baru empat bulan berada di Kedah kerana sebelum ini tinggal bersama neneknya di Kota Marudu.
“Memang dia sudah lama berniat mahu memeluk Islam dan turut belajar perkara asas dalam Islam seperti sembahyang dan mengucap dua kalimah syahadah.
“Dia ada berkata pada saya mahu bekerja kilang selepas ini dan kumpul duit untuk membeli motosikal,” katanya dan menyifatkan Allahyarham seorang yang periang dan suka menyakat adik-adiknya.
Walaupun sedih, Abdul Aziz berkata beliau amat bersyukur kerana Allahyarham meninggal dalam keadaan sudah memeluk Islam malah jenazahnya turut diuruskan mengikut cara Islam. – BERNAMA

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

1 comment:

Anonymous said...

Beruntunglah Azyet kerana dia meninggal dunia dalam iman. Berbahagialah saudara baru kita didalam syurga. Semoga Allah merahmati rohnya. Amin.

Malanglah segelintir manusia yang mendakwa mereka beragama Islam tetapi pada waktu yang sama mereka bersikap munafik kerana bersekutu dan bekerjasama dengan kafir harbi seperti parti roket yang telah dan sedang menghina, memfitnah dan memusuhi ajaran Islam dan menindas hak umat Islam. Adakah mereka mahu hidup dalam neraka bersama kafir harbi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails