Friday, March 31, 2017

Artis Popular Thai, Nook Suthida Pilih Islam, Nama Assieh.



HALAMAN HIBURAN

ARTIS popular Thailand, Nook Suthida rupanya telah menghebohkan dunia hiburan negeri Thai Gajah Putih itu kerana memutuskan menjadi seorang Islam.

Lahir di negeri majoriti Buddha, keIslaman Suthida pun menjadi kontroversi di pelbagai media yang ada di Thailand. Walaupun orang-orang di sekitarnya meraskan keberatan, namun Suthida sudah memutuskan untuk masuk Islam. 

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat setelah dirinya melakukan perjalanan ke banyak negara guna mencari agama yang paling sempurna, dan dia menjumpai Islam.

Seperti dikutip Mi'raj Islamic News Agency (MINA), wanita cantik ini pun berganti nama jadi Assieh dan mula mendalami agama Islam di sebuah sekolah di Bangkok.

 "Saya mula melakukan ibadah lima kali sehari secara tepat masa dan mula belajar bahasa Arab agar mampu membaca Al-Quran," kata artis muda popular itu. 

Muslim di Thailand Majoriti penduduk Thailand adalah bangsa Siam, Cina dan sebahagian kecil bangsa Melayu. Pada masa ini, terdapat kira-kira 7.5 juta orang Islam atau kira-kira 12% daripada jumlah 62.5 juta penduduk Thailand. 

Umat Islam tertumpu di wilayah-wilayah selatan di Narathiwat, Pattani, Yala dan Satun. Islam dikatakan telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan pengembaraan dalam abad ke-13.

Kebanyakan orang Islam Thai adalah keturunan Melayu, mencerminkan warisan bersama budaya wilayah paling selatan Thailand berkongsi dengan Malaysia. Menurut Pejabat Perangkaan Nasional Thailand pada tahun 2007, negara ini mempunyai 3,494 masjid dengan jumlah terbesar (636) di Wilayah Pattani.
 (IH)

Video: Famous Thai actress Nook Suthida converts to Islam

Rakyat Malaysia kahwini pelakon Thai

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails