Sunday, March 26, 2017

Nik Abduh Jawab Azmin, 'Hujungnya.. ziarah Tok Lebai juga..'

Nik-Abduh

KUALA LUMPUR – “Hujungnya nanti keluarga mereka pun akan ziarah Tok Lebai juga. Siap bawa sekujur tubuh di kain putih. Tolonglah Tok Lebai solatkan dia” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau dipercayai membuat kenyataan itu bagi menyindir Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana memperlekehkan golongan Tok Lebai baru-baru ini.
Nik Mohamad Abduh menjelaskan, mereka yang memperlekehkan golongan Tok Lebai berpandangan lebai hanya layak menyampaikan khutbah di masjid atau mengetahui solat Jumaat.
“Tok lebai tahu sempadan kuasanya adalah masjid. Di luar masjid, Tok Lebai tahu khutbahnya tak laku. Jika Tok Lebai berkeras mahu berkhutbah dan bersyarah juga di luar masjid, bersedialah untuk rebah tersungkur. Tak kena gaya, ditertawakan saja.
“Jadi ingatlah, jika Tok lebai nak selamat hidup aman sentosa, Tok Lebai berkhutbahlah di masjid seberaninya. Jangan tunjuk berani di luar masjid. Rebah tersungkur lagi ditertawakan nanti,” sindirnya lagi dalam satu kenyataan semalam.
Mohamed Azmin sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.
Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.
Mohamed Azmin dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara berang dengan pengumuman PAS mahu memenangi kerajaan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Tok Lebai tersungkur kerana nak sangat kacau orang politik. Angan-angan nak ambil negeri orang. Nak tawan Putrajaya la. `Last-last’ tersembam jatuh. Ditertawa lagi,” sindir Nik Mohamad Abduh lagi.
Justeru, beliau menyindir “Jangan jadi Tok Lebai seperti beliau jika mahu hidup aman damai, jaga masjid, jaga madrasah dan tunggu sahaja orang mati”
“Jangan sedih, orang politik akan ziarah tok lebai dengan senyum manis nanti pada hari Jumaat. Nasib diuntung ada wang RM100 masuk poket Tok Lebai hadiah daripada orang politik yang baik-baik,” katanya sinis. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

10 comments:

Anonymous said...

Ni jenis lobai pale siku lutut nak buat ape! yg dia tau nak memantat

Anonymous said...

Err... Dlm FB jer ke? Agak2nya klu dlm Parlimen blg guna FB, baru rancak bergulung... berbahas.

Tapi ada statement yang saya kira mengambarkan keadaan PAS sekarang,
"Nasib diuntung ada wang RM100 masuk poket Tok Lebai hadiah daripada orang politik yang baik-baik".

Dah tiada keikhlasan dalam perjuangan. Agak2nya betul kot dakwaan 90juta dan 2juta tu?

Unknown said...

Lebai pun tukang baca usul ru 355 jer .patut la sampai 2 kali tangguh..x tau ape pun si lebai ni...last kene kencing dgn umno lg..tu pun masih x serik or wat2 bodoh or mmng keturunan bodoh

Anonymous said...

kena kencing dgn mahafiraun ok jer

Anonymous said...

Tolong la jgn marah dan kutuk lebai BODO ni

IrWrWs said...

Habis tu mungkinkah keluarga dia nak panggil siti zabedah kasim utk sempurnakan jenazah?

Anonymous said...

Apalah engkau ni Nik Abduh yang dimaksudkan Azmin sebagai lebai itu ialah engkau,bukannya Imam2 dan pak haji yang ada kat masjid.Sejak berkawan dengan Najib ,otak engkau dah jadi bebal pula ya.

Anonymous said...

sbb dia tau la dia jwb..gila bebal

Anonymous said...

Harun din meninggal di negara kafir Amerika pun bkn lebai2 PA$ yg sembahyang dan talkinkan. Walaun2 PA$ mmg biol..bebal bertingkek2 taksub pd parti politik yg melacurkan agama.

Anonymous said...

hamPA$ perosak Islam serta akidah org Melayu dulu, kini dan selamanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails