Thursday, March 30, 2017

RUU 355, BN Tak Bawa, Apa Kata PAS?


BERITA bahawa BN memutuskan bahawa kerajaan tidak membawanya selepas mesyuarat majlis tertinggi menunjukkan sesuatu yang penting dilihat dengan kaca mata hikmah Allah. Mereka yang memandang dengan kaca mata sekular akan kekal buta dan tersesat.
Keputusan yang membelakangi cadangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?
Hakikat ini perlu disedari jika kita pejuang politik Islam yang peka. Dua minggu lepas, TPM mengumumkan bahawa kerajaan akan mengusulkan pindaan, tiba-tiba hari ini, ia berlaku sebaliknya? Apa yang terjadi pada Umno BN? Sudah tidak sekata antara PM dan TPM atau BN akan bergolak lagi.
RUU355 dilihat sebagai aspirasi seluruh umat Islam yang mahu Islam terus dimartabatkan. Maka, bola yang cuba diambil kesempatan politik tak akan mampu dibawa. Hanya yang ikhlas berjuang, mampu terus mengangkat usaha usul ini. Maka, ia kembali kepada PAS untuk terus mengarusperdanakan melalui usul persendirian. Parti-parti lain hanya akan mengejek atau menentang, kerana agenda mereka bukan bertujuan memartabatkan Islam. Adapun yang nama sahaja Islam, tetapi jadi tunggangan dan khadam bukan Islam yang tak akan menjaga kepentingan Islam.
Kedudukan Najib tidak begitu kukuh atau Umno merasakan ada pengkhianatan senyap?
Keputusan terbaru tentang RUU355, menunjukkan bahawa Umno sendiri berada dalam ragu-ragu untuk menjadi kuasa yang dipatuhi dalam BN. Kemungkinan jua, PRU14 nanti akan berlaku proses pembersihan kepada mereka yang tak sokong dan tak bersama Najib. Maka akhirnya, Umno semakin lemah dengan perpecahan.
PAS? Sekiranya perjuangan ini memang diangkat oleh mereka mereka yang beriman dan beramal soleh, sepertinya tanda tanya yang berlaku sebagai tanda kemenangan akan muncul jua walaupun buat masa ini ramai melihat seolah-olah sebaliknya. Lihatlah sejarah bagaimana dalam perang Hunain, walaupun ketika ramai, ramai bangga akan menang. Lantas Allah menguji umat Islam diserang hendap. Namun, sisa-sisa yang tinggal, malah dibantu muallaf yang baru masuk Islam seperti Abu Sufian, Suhail bin Amru, akhirnya kemenangan kembali kepada Islam.
Pandanglah dengan kaca mata janji Allah, jangan melihat dengan kaca mata munafik dalam perang Ahzab.
Mereka yang tidak yakin dengan untuk membawa Islam di zaman terkini akan bersikap seperti sikap munafik perang Ahzab. Mengejek ejek yang beriman, namun akhirnya mereka dihinakan kedudukan oleh Allah. Identiti mereka dikenali dan pasti akan menjadi liabiliti sepanjang orang mukmin mengenali mereka melainkan mereka bertaubat.
Yakinlah, Islam pasti menang.
Ahmad Hakimi Othman
Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS
30 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 30/3/2017

22 comments:

mahligaiseni said...


Salan.
Ya, pandanglah dengan mata hati dan sesekali lihatlah kelemahan diri juga.
Dengan langkah itu, insya-Allah kita terselamat daripada tersepit di sebalik pintu kedegilan. Semoga Allah SWT memberikan kita rahmat-Nya. Amin.
Wassalam.

Anonymous said...

Kah...kah....kah....kesian lebai2 PAS ni asyik dikencing UMNO saja.Dah ramai kata jangan kawan dengan UMNO nanti dikencing lagi,tetapi mereka tak dengar dan malah ada lebai kata mereka rela dikencing UMNO.Kalau dah selalu dikencing pastinya sepanjang masa dan hayat berbau hancing.Rakyat Malaysia dah jemu dan bosan dengan perangai lebai2 PAS yang punya fikiran lembab dan bebal.

mahligaiseni said...

PEMBETULAN EJAAN:
"Salan" (sepatutnya "salam").
Maafkan saya.

Anonymous said...

Tak perlu main wayang opera. Sendiri usul,sendiri tangguh.kemudian sibuk melabel orang macam macam. Haprak punya orang.

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada TGHH dan parti Islam kerana beliau dan parti Islam telah berjaya mendedahkan puak munafik sekular yang berpura-pura membela Islam tetapi pada waktu yang sama tunduk kepada puak kafir harbi yang menentang agama Islam dan apa sahaja yang berlabel Islam.

Keputusan puak munafik sekular jelas amat mengembirakan orang-orang kafir yang memiliki industri judi, arak, pelacuran dan kaki judi, kaki botol dan kaki betina dll.

Maka bersorak gembiralah iblis dan syaitan !

SEJARAH MEMBERITAHU KITA:

Puak munafik yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubay juga cuba memperdayakan dan mengkhianati perjuangan dan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. dan umat Islam tetapi puak munafik ini gagal mencapai cita-cita jahat mereka.

Contoh munafik di abad ke 21 ini ialah pemimpin-pemimpin liberal yang bersekutu dengan parti kafir harbi. Contoh lain ialah anon 6:51 PM ternakan sifu roket yang ketawa gembira melihat pemimpin sekular enggan menunaikan janji untuk membentangkan pindaan 355 !

Pemimpin sekular mempunyai lidah biawak sama seperti lidah bercabang puak munafik dan kafir harbi.

Anonymous said...

Balaci 7:08 PM ternakan sifu roket menulis komen seperti budak tahap tadika.

Fakta:

(1) Usul pindaan 355 ditangguhkan untuk memberi kefahaman kepada semua rakyat.

(2) Pemimpin sekular keris mendabik dada konon mahu membawa sendiri pindaan 355 ke parlimen.

(3) sama ada pindaan 355 akan dibentangkan atau tidak bergantung kepada kebenaran speaker parlimen! Jika speaker tidak benarkan, pindaan 355 tidak boleh dibentangkan.

Malanglah sifu roket mempunyai balaci yang bodoh yang tak faham protokol parlimen dan politik!

Anonymous said...

Yang mengencing atau yang kena kencing? Heran pulak! Apa nak jadi dah pada rakyat Malaysia. Makin x waras dah dalam soal memilih kepimpinan.

Anonymous said...

Sejarah memberitahu kita ketua lebai munafik Parti Ajaran Syaitan PAS dah lama kena tendang dgn rakyat Terengganu. MB sepenggal masa zaman reformasi.

Takbirrr!

Anonymous said...

Ini adalah jawapan menteri...
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/03/30/ruu-hadi-nancy/

Agak2nya siapa yang salah?

Anonymous said...

Weiiii lobai2
Mana nak letak muka hah.
Pom..pang..pom..pang kat luar kata org yg tak sokong RU355 munafik la..kafir la..tanam kat jirat cina la. Pada hal menteri UMNO sendiri tak diberi penjelasan. Tambah la pulak pada parti2 lain.
Apa nak jadi kau orang ni lobai?
Penerangan pun takda tiba2 terus menghukum orang gitu.

Islam apa kau orang ni lobai..

Ni la org kata rakus nak kedudukan dlm politik agama di mainkan. Rakyat yg jadi mangsa.

Anonymous said...

Anon. kami orang2 islam bersaudara. Ko masih belum faham. Yang kami musuhi ideologi Umno buksn orang2 Umno.

kampong lad said...

selaraskan undeng2 keluarga islam dulu.

IrWrWs said...

Entah apa pulak perjuangan mereka yg memartabatkan Islam bila asyik mempertikaikan usaha pihak lain memartabatkan Islam.. kini lengkap lah sudah bila pihak2 kafir harbi, munafikun dan kini Muslim jahil berganding bahu menolak RUU 355. Kami bersyukur kerana tidak langsung bersama di kalangan mereka!

Anonymous said...

Parti Ajaran Syaitan PAS memurtabakkan Islam. Menyesatkan akidah walaun2 biol.

Anonymous said...

Habis tu org2 Islam dlm Amanah, PKR, DAP dan Bersatu knp PAS bermusuh bagai nak kiamat. Panggil mrk dgn gelaran2 yg tak elok. Akhlak geng lebai munafik ni mengalahkan org kafir.

Anonymous said...

Puak munafik seperti Abdullah bin Ubai mendakwa diri mereka beragama 'Islam' tetapi pada masa yang sama mereka bersekutu dengan musuh Islam untuk mengkhianati dan memusnahkan agama Islam dan umat Islam di zaman Rasulullah.

Jika Abdullah bin Ubai yang menjadi ketua munafik di zaman Rasulullah s.a.w. masih hidup, Abdullah bin Ubai juga akan bersekutu dan bekerjasama dengan parti kafir harbi roket memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Oleh sebab itu kita tidak merasa hairan melihat puak munafik liberal yang mendakwa diri mereka beragama 'Islam' bersekutu dan bekerjasama dengan NGO dan parti kafir harbi seperti parti roket menghina, mempertikai, memburuk-burukkan, memusuhi dan menentang ajaran Islam seperti Hudud, hukum menutup aurat dll, maka puak liberal tersebut telah kafir, murtad atau kufur akidah !

Puak munafik ini dan kafir harbi menghina agama Islam dan mendewa-dewakan ajaran sekularisme, liberalisme, pluralisme dll dan menghasut umat Islam melakukan segala bentuk kemungkaran, kesesatan dan murtad secara terbuka.

Puak munafik ini juga bekerjasama dengan puak kafir harbi menghalang program dakwah Islam untuk umat islam dan menghina, memfitnah dan memusuhi pendakwah Islam seperti Dr Zakir Naik, ulama Islam, mufti, mahkamah syariah, pihak berkuasa agama Islam dll.

Anonymous said...

Anon 12:13 AM,

Patutkah orang yang mendakwa diri mereka beragama 'Islam' tetapi pada waktu yang sama mereka bersekutu dan bekerjama sama dengan musuh Islam menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat islam?

Jika 'orang Islam' bersekutu dan bekerjasama dengan musuh Islam seperti parti roket yang memusuhi agama Islam dan umat Islam, maka 'orang Islam' tersebut tergolong kepada puak musuh Islam.

Anonymous said...

Musuh Islam sebenar adalah ulamak2 suu, golongan penjual2 agama dsb. Mrk sanggup mempermainkan hukum Allah utk kepentingan politik. Memecahbelahkan umat Islam dan kaum berbilang bangsa demi menagih undi pru. Menyesatkan akidah walaun2 biol mrk utk memudahkan lg kerja menghasut. Bersahabat dgn ketua perompak negara utk bersama berkongsi merasa harta2 rompakan.

Anonymous said...

Fakta yang mahu disembunyikan oleh puak munafik liberal yang menjadi penjilat pemimpin kafir harbi:

(1) Musuh Islam sebenar adalah ulamak2 suu, golongan penjual2 agama dsb yang bersekutu, bekerjasama dan bersubahat dengan NGO dan parti kafir harbi seperti parti kafir harbi roket yang telah dan sedang menghina, memfitnah dan memusuhi ajaran Islam dan menindas hak umat Islam. Mereka adalah penjilat pemimpin kafir harbi !

(2) Puak munafik liberal ini sanggup mempermainkan dan mempertikaikan hukum Allah untuk kepentingan politik kafir harbi yang memusuhi agama Islam dan umat Islam.

(3) Puak munafik liberal ini berusaha memecah-belahkan umat Islam dan bersekongkol kaum kafir harbi demi menagih undi puak kafir dalam pru. Yang penting bagi puak munafik ini ialah pemimpin-pemimpin kafir harbi dan munafik mesti menang dalam pru supaya mereka boleh menindas agama Islam dan umat Islam!

(4) Puak munafik liberal ini menyesatkan akidah walaun2 biol ternakan roket untuk memudahkan lagi kerja menghasut.

(5) Puak munafik liberal ini bersahabat dengan ketua kafir harbi yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana dakwaan rasuah untuk bersama berkongsi merasa harta2 rompakan dengan sifu dan kroni roket di negeri ynag diperintah oleh rejim roket.

Jika bapa munafik Abdullah bin Ubay masih hidup, bapa munafik ini juga akan menjadi balaci parti kafir harbi roket untuk menentang agama Islam dan menindas umat Islam.

Anonymous said...

Puak sekular dan liberal Terengganu kah yg menendang keluar ketua lebai munafik PAS dari kerusi MB? Sudah2lah sebar agama sesat kpd org melayu. Dah tak laku.

Parti Ajaran Syaitan berketuakan bapak dajjal penghasut umat Islam.

Anonymous said...

Dap dan Umno ni sama jer...keduanya takut pada Islam. Bezanya Dap boleh menunjukkan sikap keterbukaannya menentang Islam sebab mereka tak perlukan undi drpd muslim. Umno pulak tidak boleh. Terpaksa main tarik tali sbb mengharapkan undian Muslim.

Namun pada waktu2 yg getir ni Umno seolah olah tidak boleh mengelakkan diri mereka drpd berbuat kesilapan demi kesilapam. Umno menyokong pindaan Ruu355 pada awalnya dan berubah kemudian itu merupakan cth huge mistake. Tindakan yg jelas menampakkan penipuan dan kehinaan. Sedangkan bab agama mereka tidak takut utk menipu, apalagilah bab2 dunia dan kebendaan...W.pun itu simple logic tapi Umno tidak mampu mengelakkan diri melakukan kesilapan. Mungkin itulah takdir..

Kalau nak diikutkan, apabila Umno menyatakan mereka menyokong Ruu355, ianya tidak pun menjadikan Umno itu special. Sbb memang kewajipan orang Muslim menyokong perundangan Islam. Even if Umno 'katakanlah' benar2 meminda Ruu355 pun belum tentu lagi Melayu yg menyokongnya kekal ramai seperti dulu lagi. Reda sikit mungkin, tapi pulih sepenuhnya tidak... sedangkan jika 'berlakon' setuju pinda ruu355 itu pun belum pasti kekuatan Umno, apatah lagi jika Umno menipu dgn secara terang terangan akan Ruu355 ini? Sudah tentulah impaknya lagi worse kpd Umno bukan? Tapi Umno seolah olah seperti telah ditutupi hijab utk mereka memahami akan rasional ini.

Kesimpulannya, MT Umno tdk menjalankan tindakan seperti apa yg diharapkan oleh ahli Umno. Harapan ahli Umno ialah rakyat terus menyokong Umno tapi sebaliknya tindakan pihak tertinggi Umno membawa kpd keruntuhan yg lebih cepat.

Kesilapan umno ini sememangnya ditunggu oleh parti pembangkang yang sekular spt Pan dan Pkr kerana tindakan Umno telah meletakkan ranking kepercayaan rakyat kpd Umno menjadi sama level spt mereka (Dap tak usah ckplah dh tentu liberal). Dimata Muslim sebelum ini, Pkr dan Pan memang berada dibelakang Umno disebabkan kesilapan mereka menipu Muslim dan menipu Pas. Pan dan Pkr klu dilihat telah ketandusan idea utk memperbetulkan keadaan.

Tindakan Umno ini juga infact memberi keuntungan kepada Pas kerana sokongan oleh Muslim yg berbelah bahagi antara Umno dan Pas telah membuka satu ruang jwpn yg mudah utk mereka memilih Pas. Kekecewaan Pas mungkin lebih berupa kesedihan melihat sebuah parti pemimpin Muslim/Melayu yg besar menolak Islam. Disudut mata politik Pas mungkin gembira, tapi disudut dakwah Pas mungkin kecewa kerana gagal menyedarkan kepimpinan Umno.

Namun diharapkan Pas teruskanlah gagasan Politik Matang dan Sejatera mereka.

IrWrWs said...

Terbaeklah 2:22..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails