Thursday, March 30, 2017

Lagi RM305J Apa Jadi? Mana Projek Mega DAP PP?



KUCHING – Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja Raya (KKR) masih belum menerima laporan kajian kemungkinan projek jambatan ketiga Pulau Pinang.

Malah lebih lucu, pelan reka bentuk terperinci pembinaan laluan ketiga negeri itu konon sebagai menggantikan projek terowong dasar laut pun belum lagi diserahkan oleh pihak kerajaan DAP yang ditadbir Lim Guan Eng.
Perkara itu didedahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sambil menegaskan, disebabkan pihak KKR masih belum menerima kajian tersebut, sebarang kelewatan projek bukan disebabkan kesilapan kementerian.
“Hari ini menandakan bakal berakhirnya suku pertama tahun 2017. Kementerian dukacita ingin memberitahu orang ramai khasnya di Pulau Pinang bahawa kami masih belum menerima sebarang kajian projek mega tersebut.
“Justeru, apa-apa kesalahan bagi sebarang kelewatan projek tidak disebabkan oleh kementerian kami,” kata Fadillah menerusi kenyataan akhbar sambil turut melahirkan kebimbangan mengenai masa depan projek berkenaan.
Beliau kemudian menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri sekiranya khidmat KKR diperlukan kerana kajian projek tersebut telah bermula begitu lama iaitu lewat tahun 2013 selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13.
“Syarikat konsesi yang dianugerahkan projek Terowong Pulau Pinang dan tiga jalan berkaitan berjumlah RM6.34 bilion telah menyatakan pada Januari 2014 bahawa kajian akan siap dan disiarkan kepada awam pada April 2014.
“Kami menyatakan kebimbangan mengenai kelewatan ini,” ujarnya. Pulau Pinang ketika ini memiliki Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selain perkhidmatan feri sebagai alternatif.
Pelbagai pihak terutama badan alam sekitar tempatan turut mengkritik projek terowong itu sebagai tidak sesuai dengan keadaan geografi negeri tersebut selain bakal mengancam ekosistem marin perairan Pulau Pinang.
Fadillah menjelaskan, meskipun kerajaan negeri mempertahankan RM305 juta untuk kos kajian projek itu adalah munasabah, KKR percaya ia berlebihan di luar garis panduan bajet yang biasa untuk projek sama di luar negara.
Projek Mega DAP Di P.Pinang 'Senyap', RM305j Apa Jadi?
“Kami ada kepakaran untuk melengkapkan kajian mengikut masa ditetapkan dan pada kos lebih rendah. KKR sekali lagi menyatakan kesanggupan untuk membantu kerajaan Pulau Pinang sekiranya mereka memerlukan bantuan.
“KKR maklum sekurang-kurangnya RM135 juta telah dibayar kerajaan Pulau Pinang untuk kajian itu dan RM2.83 bilion tanah di Pulau Pinang yang ditukar untuk projek ini telah diprajual oleh syarikat konsesi terowong tersebut.
“Ia merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia bahkan satu majlis menandatangani perjanjian pada 15 Januari 2016 yang dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang telah diadakan,” jelas Fadillah lagi.
Beliau menambah, walaupun pembayaran mega tersebut dan proses prapenjualan tanah negeri dilaksanakan, KKR dimaklumkan bahawa fasa pertama projek itu pada mulanya dijangka dimulakan pada awal tahun 2015 lalu.
“Sejak 2015, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang kemudian dilaporkan telah menyemak semula garis masa projek prasarana tersebut sebanyak beberapa kali lagi dengan memetik pelbagai sebab untuk penundaan.
“Baru-baru ini, seorang ahli exco kerajaan Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi infrastruktur berkata, fasa pertama projek itu dijangka dimulakan pembinaan paling awal pada pertengahan tahun 2018,” tambahnya.
Guan Eng sebelum ini mahu mengubah projek terowong kepada jambatan ketiga yang lebih murah selepas dikutuk banyak pihak kerana tindakan kerajaan Pulau Pinang bersetuju membayar sepenuhnya untuk syarikat dipilihnya.
Lucunya projek terowong Pulau Pinang yang dicadangkan melalui pertukaran tanah kerajaan negeri tetapi ia masih memberi pengendali swasta itu konsesi tol semasa tiga dekad pada awal tahun lepas. – Agensi

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

4 comments:

Anonymous said...

Hanya balaci, barua dan macai buta, pekak dan dungu ternakan roket sahaja yang membela sifu roket dan kroni-kroninya semata-mata kerana seguni dedak roket. Upah dedak menunjukkan betapa rendahnya taraf balaci, barua dan macai roket !

Balaci, barua dan macai ternakan roket sengaja mencipta pelbagai fitnah untuk memfitnah dan memburuk-burukkan ulama-ulama Islam dan pemimpin-pemimpin parti Islam supaya orang ramai lupa tentang salah laku dan salah guna kuasa puak roket tetapi taktik puak roket ini gagal 100% ! Semua kejahatan dan keburukan puak roket telah terbongkar !

Malangnya sifu roket sendiri terketar-ketar tangan, siku dan lutut kerana didakwa dalam mahkamah dan dua orang kuat roket telah ditangkap kerana dakwaan menipu orang ! Selepas ini siapa pula akan ditangkap?

Tindakan puak roket memfitnah, memburuk-burukkan, menentang dan memusuhi ajaran Islam, pendakwah Islam, ulama Islam, parti Islam dll dan menafikan hak umat Islam jelas menunjukkan puak roket bersikap perkauman dan cauvinis.

Anonymous said...

Budaya roket ialah:

(1) Kronisme (Cronyism) dimana kroni dan bini roket diberi pelbagai projek mega oleh rejim roket sedangkan rakyat hidup miskin.

(2) Penghapusan etnik iaitu merobohkan berpuluh kampung Melayu @ umat Islam di negeri yang di perintah oleh rejim roket.

(3) Perniagaan Melayu @ umat Islam diganggu atau dirobohkan sedangkan kaum roket bebas beriaga tanpa sebarang gangguan. Kes terbaru, 10 gerai Melayu @ umat Islam telah dirobohkan tanpa sebarang ganti rugi.

(4) Pembelian banglo terlajak murah untuk VIP roket sedangkan rakyat miskin dan sederhana mengalami kesukaran membeli rumah di negeri yang diperintah oleh rejim roket.

(5) Menjual tanah kerajaan kepada syarikat asing,

(6) Campurtangan dalam hal ehwal agama Islam seperti proses membuat fatwa dll.

(7) Menghina dan memfitnah dan memusuhi pendakwah Islam dan ulama Islam dan ajaran Islam seperti Hudud, pakaian menutup aurat, fatwa, khutbah Jumaat dll.

(8) Menafikan hak umat Islam dan cuba menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebagi penduduk asal negara ini.

(9) Melaksanakan projek dengan kos tak masuk akal manusia yang normal

(10) Dll

Semua fakta ini menunjukkan puak roket mengamalkan perkauman dan bersikap cauvinis. Puak buta, pekak, bisu dan dungu sahaja menyokong puak roket !

Anonymous said...

1MDB mana ceritanya?

IrWrWs said...

Bangang gak kau ni.. org bincang topik DAP bukan UMNO.. Kalau nak sembang bab UMNO baru boleh masukkan topik 1MDB, kes altantuya, jet rosmah guna, kapal selam tak boleh selam dll. Begitu juga topik PERWAJA, skandal BMF, RM2 billion selamatkan syarikat perkapalan anak sendiri, hina hudud, hapuskan biasiswa, hapuskan subsidi pendidikan, hapuskan royalti Terengganu dan banyak lagi lah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails