Friday, March 31, 2017

Kisah Disebalik Nasi Lemak Gay...



Pengusaha Nasi Lemak Gay Dakwa Diugut Simbah Asid 

PETALING JAYA: Pengusaha Nasi Lemak Gay yang mencetuskan kontroversi susulan penggunaan perkataan dan bendera yang melambangkan golongan homoseksual itu mendakwa terpaksa menghentikan sementara perniagaannya selepas menerima ugutan disimbah asid.

Hanya mahu dikenali sebagai Adi Yusuf, pemuda berusia 33 tahun itu menerima panggilan berbaur ugutan yang mengancam dirinya akan ditimpa musibah jika masih terus menggunakan nama tersebut untuk mempromosikan jualannya.

Katanya, ugutan daripaa lelaki tidak dikenali itu adalah punca utama perniagaan nasi lemak yang beroperasi di Taman Segar, Cheras terpaksa dihentikan buat sementara.

“Kecam tak kecam atau apa-apa lain, lantaklah. Cuma ugut itu berat untuk saya...kalau nampak depan, muka akan disimbah asid. 
“Itu agak menakutkan, memang saya takut,” katanya yang mendedahkan perkara tersebut dalam temuramah pada Khamis.

Ditanya adakah laporan polis dibuat berhubung ugutan tersebut, Adi berkata, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu.

“Bagi saya, lagi saya melayan dan diperbesarkan, lagi bertambah buruk,” katanya.

Pada Khamis, mStar Online melaporkan bahawa operasi gerai Nasi Lemak Gay terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Adi tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.

Mengenai lambang bendera Lesbian, Gay, Transgender dan Biseksual (LGBT) yang didakwa terpapar di sepanduk yang digunakannya, Adi berkata, ia sekadar ‘kebetulan’ namun menegaskan sepanduk itu digunakan untuk strategi mempromosikan jualannya.

“Saya tahu bendera itu, tetapi macam yang saya cakap G.A.Y bermakna Gerai Adi Yusuf. Itu yang saya cuba sampaikan.
“Tetapi serius saya tidak bermaksud apa-apa. Saya sekadar mengikut trend terkini untuk melariskan. Tak sangka sampai 'meletup' satu 'Malaya',” katanya.

Adi yang merupakan anak kelahiran Jengka, Pahang itu bagaimanapun memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

“Memang saya tidak ada niat apa-apa. Maaf kepada mereka yang mengecam saya, yang menyokong saya atau sesiapa sahaja. 

Ditanya mengenai status seksualiti berikutan tanggapan netizen bahawa dirinya seorang gay, Adi hanya menjawab ringkas: “Taklah kot.”


Adi masih membuka tempahan meskipun tidak menjual nasi lemak di gerai.

Adi bagaimanapun memberitahu setakat ini dia tidak menerima sebarang mesej yang kurang disenangi daripada lelaki gay.

“Memang tak ada. Tetapi yang kecam pasal gay itu ramai. Yang hendak berkenalan itu tak ada.
“Apa yang saya cuba hendak sampaikan adalah menjual nasi lemak, bukannya saya hendak menjual diri saya,” katanya.

Sehubungan itu, Adi meminta semua pihak supaya tidak berterusan membuat kecaman, sebaliknya memberi peluang kepada dirinya sebagai anak muda untuk mencari rezeki dalam bidang makanan dan minuman (F&B) yang diceburinya sejak berusia 16 tahun.

Bagaimanapun Adi masih belum memutuskan sama ada mahu terus menjual nasi lemak tanpa menggunakan nama Nasi Lemak Gay atau mencari kerja lain dalam bidang F&B.

Kemunculan Nasi Lemak Gay ketika kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.

Selain Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan, terdapat beberapa gerai nasi lemak yang menggunakan nama lain daripada yang lain sebagai strategi memancing pembeli seperti Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Spiderman. 

Lapor mStar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nama 'pondan' atau 'gay' adalah gambaran pelaku kepada perbuatan 'maksiat'. Lain dengan 'khunsa' yang mempunyai dua alat kelamin. Itu lain hukumnya.

Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

Allah melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian Allah samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk Allah lain. 

Malah lebih menambah kebencian lagi bila golongan tertentu cuba 'menghalal'kan perbuatan tersebut sejajar dengan perjuangan LGBT antarabangsa yang merosakkan Islam. 

Mungkin perkara-perkara seperti inilah yang mendalangi perlakuan-perlakuan seperti di atas.
Hasil carian imej untuk lgbt
Imej yang berkaitan

Sedikit Penjelasan Tentang Khunsa Dalam Islam

KHUNSA, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan.

Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

Di bawah, kami sertakan satu video penerangan tentang khunsa oleh Ustaz Azhar Idrus.


Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad pernah berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.

Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.

“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.

Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu, katanya.

Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan. Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.

“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya, katanya.

Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain, tambahnya.  (IH)

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

7 comments:

Anonymous said...

dia nak cover lain, tp warna latar belakang letak warna gay, wallahualam, harap dia jujur

Poor Indon said...

Sama ada betul-betul Gay atau betul-betul Bodoh Nak Mampos sebab bangang nak mampos guna tema Gay Laknatullah untuk berniaga! mangkuk ni ingat boleh tumpang semangkuk dengan 'populariti' Nasi Lemak Pondan kot!

Unknown said...

alhamdulillah klu nk berniaga x salah,tp dlm bab pemilihan nama itu tg harus dititik beratkan.wallahuaklam bis sawab

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt. Setelah kita mengecam golongan tersebut, marilah kita fikirkan cara membawa mereka ke jalan yang benar pula. Semoga usaha yang baik itu akan menjadi kita dan golongan itu mendapat keredaan Ilahi. Ada kemungkinan mereka itu nanti jauh lebih mulia daripada kita di sisi Ilahi. Subhanallah. Insya-Allah. Amin. Wassalam.

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt. Setelah kita mengecam golongan tersebut, marilah kita fikirkan cara membawa mereka ke jalan yang benar pula. Semoga usaha yang baik itu akan menjadikan kita dan golongan itu mendapat keredaan Ilahi. Ada kemungkinan mereka itu nanti jauh lebih mulia daripada kita di sisi Ilahi. Subhanallah. Insya-Allah. Amin. Wassalam.

Anonymous said...

Jual nasi lemak..tapi letak gambar muka...adoi ai..usop usop....aku kenal budak ni...moga Allah memberi rahmat ke atas nye.

mahligaiseni said...

Amin. Syabas, Saudara 8:36 PM, atas doa saudara itu. Semoga saudara mendapat pahala daripada Allah SWT. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails