Saturday, April 01, 2017

Seleweng! SPRM Serbu Pejabat Pemimpin DAP Teresa Kok Pula..


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat pemimpin DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh di Kuchai Lama di sini hari ini.


Pembantu kepada ahli parlimen pembangkang tersebut, Edmund Teoh turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan, lapor portal propembangkang Malaysiakini yang dipetik oleh MalayMail Online.
Siasatan tersebut dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dimasukkan terus ke dalam akaun Teresa untuk diagihkan kepada penerima yang layak oleh kerajaan Selangor.
Skim berkenaan adalah seumpama dana khairat kematian kononnya sebagai menghargai jasa warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka.
Ia adalah pemberian percuma daripada pihak kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan kepada kelompok warga emas dan Orang Kelainan Upaya setelah mereka disahkan sebagai meninggal dunia.
Penama yang berdaftar boleh menuntut bayaran dari Pusat Khidmat DUN di tempat mana mereka didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.
Namun portal Free Malaysia Today sebaliknya melaporkan pejabat Teresa diserbu SPRM, dipercayai susulan dakwaan salah guna dana daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) milik kerajaan negeri.
Serbuan tersebut disahkan oleh ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, yang memberitahu portal itu bahawa ia bertujuan konon untuk menakutkan ramai pemimpin Pakatan Harapan di Selangor.
Dalih beliau lagi, ini disebabkan semua dokumen asal berkaitan dengan Yawas, sekarang dipercayai berada di pejabat tanah dan daerah manakala pejabat Teresa hanya menyimpan salinan akaun sebagai rujukan.
Langkah SPRM itu susulan dakwaan pemimpin sebuah badan bukan kerajaan, Datuk Seri Jamal Md. Yunos baru-baru ini mendakwa dana daripada SMUE dan Yawas diselewengkan oleh pembangkang.
Beliau kemudian membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam dengan menyerahkan beberapa dokumen berkaitan termasuk penyata bank untuk proses siasatan. – Agensi.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails