Tuesday, March 28, 2017

Rumah Di atas Air Tanjung Dumpil Terbakar Libatkan 50 Penghuni 6 rumah.


IMG_4928
PUTATAN: Hampir 50 penghuni hilang tempat tinggal selepas enam rumah atas air didiami mereka di Tanjung Dumpil di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi. 

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak dengan cepat, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Akramin Sakirun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada jam 9.10 pagi sebelum menghantar tujuh jentera bersama 30 anggota yang bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mengawal serta memadam kebakaran. 

"Berdasarkan maklumat awal, enam rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, manakala tujuh lagi terjejas," katanya di sini, hari ini. 
IMG_4923Akramin berkata, bomba menjalankan pemeriksaan lanjut manakala punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan. (IH)


Hasil carian imej untuk PUTATAN: Hampir 50 penghuni hilang tempat tinggal selepas enam rumah atas air didiami mereka di Tanjung Dumpil

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails