Tuesday, March 28, 2017

Azmin Hina 'Tok Lebai' Lagi, Disambut Gemuruh Penyokong PKR!


Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk azmin yang hina

KUALA LUMPUR – “Pakai (macam) Tok Lebai tetapi perangai hodoh!” Demikian cercaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke atas pemimpin PAS.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta pemimpin PAS tidak memakai seperti seorang Tok Lebai kerana hati mereka tidak mewarisi sifat lebai.
“Tak payah pakai (macam) Tok Lebai. Tok Lebai ni pun dalam hati. Kalau pakai (macam) Tok Lebai perangai hodoh tak boleh juga,” katanya dalam satu majlis anjuran PKR baru-baru ini.
Cercaan beliau itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh oleh penyokong PKR yang menghadiri majlis itu.
Rakaman video ceramah beliau itu dimuat naik di laman Facebook Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat.
PKR dan PAN merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Mohamed Azmin sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.
Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.
Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara berang dengan pengumuman PAS mahu memenangi kerajaan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Kenyataan beliau yang seolah-olah memperlekehkan golongan lebai itu dikecam oleh netizen, pemimpin dan penyokong PAS.
Malah, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut mengingatkan Mohamed Azmin beliau akan disolatkan oleh lebai apabila meninggal dunia.
Mohamed Azmin dalam pada itu mengakui beliau tersinggung kerana PAS mengumumkan mahu menawan Selangor dalam PRU14.
“Kita tahu ada masalah tetapi saya kira kita boleh runding.. tetapi jangan kita nak tawan sesama kita. Kata saya nak tawan Selangor.. Ehh.. tersinggung la saya,”katanya. 

Lapor MYNEWSHUB.CC


11 comments:

Unknown said...

Nampak sgt bloger org kuat umno...kenyataan umi hafilda pun di masukn dlm blog...kesian..

Unknown said...

Ada betoi jugak pendapat mu Syazmall. Aku sokong mu. Crita tak cukop kain pon banyak.

Anonymous said...

Biasalah balaci kuali dan barua roket sokong-menyokong untuk menegakkan benang basah untuk memfitnah orang lain. Nampak sangat kebodohan mereka.

Jika balaci kuali PM menulis Nampak sangat TV Tig* org kuat roket...kenyataan sifu roket pun di masukn dlm berita tv tig*...kesian..

Maka barua roket akan menjawab Ada betul juga pendapat mu balaci kuali. Aku sokong mu. Cerita tak cukup dedak pun banyak.

Yang penting ialah pada setiap hujung bulan, balaci kuali dan barua roket akan beratur panjang untuk mendapatkan seguni dedak roket !

Anonymous said...

Sifu roket kafir harbi dan tuang guru parti liberal suka menghina dan memusuhi ulama Islam dan ajaran Islam dan hak umat Islam. Maka tidak hairanlah mereka menentang undang-undang Islam dll.

Bila tuang guru liberal mati selepas menghina ulama Islam dan umat Islam dll, keluarga tuang guru liberal tanpa merasa malu dan segan akan merayu ulama Islam , ustaz dan umat Islam untuk memandikan jenazah tuang guru liberal dan menyembahyangkan jenazah tuang guru liberal dan menanamnya di kubur dan berdoa untuknya.

Sifu kafir harbi pula akan bermurah hati memberikan 'wang neraka' 1 billion kepada jenazah tuang guru liberal sebagai bekalan di dalam kubur.

Begitulah kesesatan sifu kafir harbi dan kebodohan tuang guru liberal.

Anonymous said...

Puak libral sekuler dan Katie bergabung untuk memusnahkan pas mereka bersama umno masing2 berharapkan pas akan dapat dihapuskan dengan berbagai2 fitnah dan tuduhan berterusan tapi pas tetap istikomah memperjuangkan islam malah mereka makin tertekan dan mereka mengikut ajaran yahudi supaya menabur fitnah pada ulamak orang2 alim perjuang islam dan sesiapa sahaja demi untuk menghapuskan islam. Lagi mereka serang pas lagi kekuatan pas bertambah. Kami berjuang untuk agama allah.

Anonymous said...

Admin sudah menjadi penjaja fitnah persis dengan kerja UMNO dulu kini dan selamanya.

Anonymous said...

Hanya DAP halal dan Toyibbah. Itu sebab ratib kami UG UG

Boy PAN

Anonymous said...

Lebai yang dicemuh tu khusus kepada Nik Abduh,bukannya Tok Imam atau pak haji yang ada di Malaysia ni.Lebai Nik Abduh ni bersekongkol dengan Najib iaitu pemakan rasuah no1 dan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa serta menyusahkan rakyat.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim pembodek Najib dan Rosmah dah kenyang makan dedak pastinya menyalak untuk UMNO dan PAS.

Unknown said...

Agama apa kau anut ckap masuk parti lain jd kafir harbi...syiah ker...suruhla hj bersumpah didlm masjidil haram yg beliau x terima 90juta tu....berani kerna benar...mudah2 han allah cashkn nadib dia disitu agar jd pengajaran buat seluruh umat islam..berani kerna benar...nk saman pun lambat but nk kumpul duit lg kn...so wat la mcm tu...x payah la nk kafirkn org jika parti pas sendiri menyokong ru355 undang2 british dajjal laknatullah..

Unknown said...

Agama apa kau anut ckap masuk parti lain jd kafir harbi...syiah ker...suruhla hj bersumpah didlm masjidil haram yg beliau x terima 90juta tu....berani kerna benar...mudah2 han allah cashkn nadib dia disitu agar jd pengajaran buat seluruh umat islam..berani kerna benar...nk saman pun lambat but nk kumpul duit lg kn...so wat la mcm tu...x payah la nk kafirkn org jika parti pas sendiri menyokong ru355 undang2 british dajjal laknatullah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails