Tuesday, March 28, 2017

Rasuah, Inspektor &Koperal Polis..


 Seorang anggota polis berpangkat koperal (kanan) ditahan selepas disyaki meminta suapan RM4,000 daripada seorang pengedar daun ketum di Kodiang semalam.
KANGAR – Perbuatan seorang inspektor dan koperal polis meminta suapan berjumlah RM4,000 daripada seorang pengedar daun ketum memakan diri apabila kedua-duanya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kodiang, Kedah semalam.
Suspek berusia 30 dan 50 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah itu ditahan pada pukul 1.30 petang di Kampung Sena, Kodiang selepas SPRM mendapat maklumat mengenai perbuatan haram mereka.
Difahamkan, pengedar daun ketum itu merupakan seorang lelaki tempatan.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati, mereka dipercayai meminta wang suapan sebanyak RM4,000 daripada pengedar daun ketum yang ditahan kelmarin.
“Wang itu diminta sebagai dorongan supaya pengedar daun ketum itu tidak dikenakan tindakan di atas kesalahan tersebut,” katanya di sini semalam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails