Thursday, March 30, 2017

Ada Pula Promosi Pakej 'Khidmat Valet Doa'.

Hasil carian imej untuk Promosi Pakej 'Khidmat Valet Doa'.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang masih menjalankan perkhidmatan Valet Doa sehingga menjadi viral dalam laman sosial baru-baru ini walaupun telah dinasihatkan menghentikan perbuatan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun pi­hak mufti tidak mengeluarkan sebarang fatwa mengenai isu itu, ia tidak bermakna individu tersebut boleh meneruskan perniagaan­nya.
Katanya, Jabatan Mufti di Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Pahang telah mengambil inisiatif serta langkah proaktif yang berterusan dengan memberi nasihat berkaitan larangan mempromosikan pakej tersebut.

Ikuti berita sebelum ini..

‘Doa Tidak Boleh Diniagakan’ – Mufti Ulas Servis Valet Doa


MASYARAKAT Islam Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kewujudan satu laman Facebook dikenali Valet_Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.

“Dah bertahun berdoa tapi hajat belum makbul juga?… Valet_Doa bantu anda berdoa depan Kaabah – Confirm Makbul Cepat!.. Bermula Mac 2017,” antara status dalam akaun Facebook tersebut.
Kewujudan Valet_Doa lantas menarik perhatian ramai hingga mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang netizen malah berpendapat ia satu bentuk promosi berbaur keagamaan yang amat keterlaluan.
Menerusi perkongsian dalam akaun Facebook, Valet_Doa menawarkan perkhidmatan kiriman doa dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, konon mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.
Difahamkan, pengirim boleh memilih mana-mana tempat di Tanah Suci untuk doa mereka dibacakan. Namun, berbeza harganya mengikut ‘tahap kemakbulan tempat doa itu’.
Valet_Doa turut mendakwa servis yang ditawarkannya ini merupakan pertama kali seumpamanya yang wujud di muka bumi ini.
Menurut pemilik akaun itu, Nasrin Harin, atau Haji Arin, 40, dia memperkenalkan servis sedemikian bagi membantu menyampaikan doa orang ramai yang tidak mampu ke Makkah.
'Doa Tidak Boleh Diniagakan' - Mufti Ulas Servis Valet Doa
'Doa Tidak Boleh Diniagakan' - Mufti Ulas Servis Valet Doa
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang diminta mengulas isu ‘Valet_Doa’ ini menyifatkan, perbuatan tersebut sebagai mengarut.
Jelasnya, doa tidak boleh diniagakan dan Allah SWT sendiri yang berhak menentukan sama ada cepat atau lambat doa itu dimakbulkan.
Ini perbuatan mengarut. Doa paling penting adalah kita doakan sendiri. Minta kepada Allah SWT di mana-mana sahaja.
“Konon dia (Valet_Doa) cakap pergi Makkah, tolong doakan orang dan confirmtermakbul. Mengarut. Doa ini adalah hak Allah SWT. Allah SWT yang menentukan cepat lambat doa itu.
“Doa tidak boleh diniagakan. Sebagai seorang saudara sesama Islam, kita patut doakan saudara kita seikhlasnya bukan lakukan sebagai perniagaan,” katanya yang dihubungi Mynewshub.
Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan individu yang percaya dengan Valet_Doa ini sebagai tidak percaya diri sendiri untuk berdoa kepada Tuhan.
“Orang yang percaya dapatkan perkhidmatan Valet_Doa ini terdesak, tiada ilmu dan langsung tak percaya diri sendiri untuk berdoa.
“Kalau nak makbul, menghadap Allah SWT lakukan solat Tahajjud malam-malam. Insya-Allah apa yang dihajati dapat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha mengeluarkan kenyataan peringatan agar umat Islam sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.
“Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia.
“Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam,” tulis kenyataan itu. 

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails